SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, November 10, 2014

MI REBUS SUNGAI ROKAM EDISI TERHAD (THE REAL FIRST COME FIRST SERVE)

Jika anda memasuki laluan Sungai Rokam dari Jalan Gopeng, anda bakal menemui pintu gerbang selamat datang. Bersedia untuk belok ke kiri, dan kemudian serta-merta belok kanan. Kebanyakan rumah di situ masih kekal dengan binaan asal, iaitu rumah kayu kampung.
di sebelah teksi itulah

Anda akan ternampak sebuah rumah moden yang agak tinggi beberapa saat sahaja anda melalui Jalan Tampoi itu. Di sebelahnya terletak gerai mi rebus yang dimaksudkan. Namun, gerai itu hanya beroperasi mulai pukul 12 tengah hari, kecuali hari Ahad.

Pengendali gerai memang tidak menang tangan melayani permintaan pelanggan. Jika anda tiba pukul empat petang, biasanya mi rebus sudah habis. Sebabnya banyak orang yang membuat pesanan melalui telefon dan kemudian datang mengambil berbungkus-bungkus mi rebus sambil melunaskan bayarannya.

Mi rebus ialah pilihan utama pelanggan, tetapi menu lain masih ada. Misalnya ada mi kari, mi sup dan laksa. Terpulang kepada selera masing-masing.
kuah yang membezakan mi rebus ini dengan yang lain

Kedudukan gerai mi rebus memang tersorok, atau dalam bahasa perniagaan tidak strategik. Namun, sebaran maklumat secara mulut ke mulut telah menggamit kedatangan pelanggan yang banyak. Selepas azan Asar, mungkin hanya akan tinggal laksa dan ais kacang sahaja.

Kelibat pelajar Politeknik Ungku Omar biasa kelihatan singgah di gerai mi rebus sensasi itu. Begitu juga dengan pekerja veteran dan pesara. Kanak-kanak pula berbasikal datang membuat pesanan untuk seisi keluarga barangkali.

Pemilik gerai mungkin sengaja mengehadkan jumlah jualan sebagai suatu strategi dan juga menjaga mutu hidangan. Kehidupan yang serba sederhana jelas kelihatan pada rumah papan asal dan persekitarannya. Perniagaan berskala kecil lebih mudah dikawal dan selamat.

Orang luar mungkin kenal Ipoh dengan mi rebus Ramli dan Yusak. Teluk Intan dengan Mastan Ghani dan kawasan R & R Tapah arah utara dan Ulu Bernam dengan mi rebus Pak Tam. Mi rebus edisi terhad Sungai Rokam ini lebih asli dari segi sentuhan desa di pinggir bandar raya ...

No comments: