SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, December 1, 2014

TAMBANG KAPAL TERBANG LEBIH MURAH? (NOW ALMOST EVERYBODY CAN FLY)

Penurunan harga petroleum memberi kesan langsung terhadap kos operasi industri pengangkutan. Jika selama ini kos bahan api menjadi alasan utama untuk mengenakan surcaj kepada penumpang, bagaimanakah keadaannya sekarang apabila komponen kos bahan api itu sudah jatuh sehingga 40 peratus? AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah negara telah memberi respons positif terhadap perkara itu (klik di sini).

Sementara itu, kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM) pula turun jika dibandingkan dengan dolar Amerika (USD), kini sudah mencecah USD1 = RM3.42. Hal itu bermakna bahawa harga eksport menjadi lebih murah, manakala perbelanjaan pelancong asing ke sini juga lebih rendah. Harga import pula lebih mahal dan perbelanjaan perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara menjadi lebih mahal.

Dua keadaan yang bertentangan secara serentak membawa implikasi kewangan yang tersendiri kepada kegiatan ekonomi antarabangsa negara kita. Kemasukan pelaburan asing langsung dan kegiatan spekulasi hartanah mungkin mengakibatkan rakyat tempatan terpaksa menghadapi persaingan yang lebih sengit, serta berlakunya manipulasi golongan pemodal (kapitalis). Namun, pihak berkuasa kewangan sudah pasti telah mengambil kira mekanisme terbaik bagi memastikan bahawa kejatuhan harga minyak petrol dan RM akan menjurus kepada daya saing yang lebih baik.

Penganalisis ekonomi tidak menolak kemungkinan bahawa di sebalik kejatuhan mendadak harga petroleum dunia terdapat 'tangan ghaib' yang menjalankan muslihat tertentu. Kuasa petrodollar negara-negara pengeluar emas hitam di rantau timur tengah mula merosot. Kedudukan yang semakin lemah mungkin mendedahkan mereka kepada persekitaran ekonomi yang dikawal oleh kuasa-kuasa besar ekonomi yang lain.

...

...

...

...

1 comment:

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.