SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, December 23, 2014

AIR PASANG DI KEMAMAN, PAKA (THE RISK OF FLOODED AREA)

Hujan lebat berselang rintik dalam sehari setengah mengakibatkan muatan air sungai melebihi kapasiti biasa. Maka, terjadilah fenomena air pasang yang melimpah hingga ke jalan raya. Laluan yang ditenggelami air sangat berbahaya kepada semua jenis kenderaan kerana dikhuatiri hanyut oleh arus deras.

Di persimpangan lampu isyarat Taman Chukai Utama, terdapat limpahan air menghala ke Dungun. Kenderaan pacuan empat roda masih berupaya melepasi halangan itu. Kenderaan kecil biasanya mengambil kesempatan mengekori laluan air yang dikuak oleh kenderaan lasak tadi.

Namun, sebuah kereta sedan kelihatan tersekat di dalam air. Barangkali enjin kenderaan yang dimaksudkan tiba-tiba gagal berfungsi. Pasukan penyelamat masih belum tiba di tempat kejadian.

Tiba di Kertih, semua kenderaan yang menuju ke Dungun dilencongkan ke arah Kertih 2 sebelum memasuki lebuh raya. Pemandu boleh memilih untuk membelok ke susur keluar ke Kuala Dungun melalui jalan Kampung Che Lijah atau meneruskan perjalanan ke Bukit Besi. Jarak perjalanan bertambah 40 kilometer berbanding dengan laluan biasa Paka.

Sementara itu, bandaraya Kuala Terengganu juga dilaporkan mengalami banjir yang luar biasa sehinggakan kawasan Kampung China, Losong, Pasar Payang, Pulau Wan Man yang menempatkan masjid kristal dan pasar Chabang Tiga turut ditenggelami. Timbunan sampah sarap hanyut kelihatan mencemarkan pemandangan di beberapa buah tempat. Sudah pasti banyak peruntukan diperlukan bagi memulihkan semula keadaan selepas musim banjir berakhir (baca: kontraktor tersenyum lebar, projek masuk).

Terdapat andaian yang berbeza tentang punca banjir yang melanda Kuala Terengganu kali ini. Ada pihak yang mendakwa bahawa projek Esplanade telah menyebabkan muara Sungai Terengganu menjadi sempit sehingga tidak mampu menampung muatan air yang meningkat secara mendadak. Pihak lain pula mendakwa bahawa fenomena bulan penuh (full moon) berkait rapat dengan tarikan graviti air pasang besar.

Penduduk di kawasan rendah terpaksa mengambil risiko apabila meletakkan kenderaan masing-masing di sepanjang bahu jalan bagi mengelakkan kerosakan akibat dimasuki air. Tahun lepas sejumlah besar kenderaan gagal dipindahkan apabila air naik secara tiba-tiba. Kos baik pulih kenderaan satu hal, manakala jangka masa menunggu untuk memperoleh alat ganti dan giliran mekanik satu hal yang lain.

Perhubungan darat ke pantai timur juga tersekat kerana laluan di Jalan Timur Barat yang menyambung laluan dari Gerik ke Jeli mengalami tanah runtuh di kilometer 63. Laluan melalui Lojing - Cameron Highland - Gua Musang juga ditutup kepada semua kenderaan kerana masalah yang serupa. Kawasan pelancongan Sungai Lembing di Pahang juga terputus hubungan, manakala 100 orang pelancong terperangkap di Taman Negara Pahang.

Pasukan penyelamat juga mendapat bantuan tenaga daripada pasukan JPA3 dan Rela yang sanggup bertugas dalam keadaan cuaca buruk. Mereka ditempatkan di kawasan kritikal bagi melencongkan pergerakan kenderaan daripada kawasan bahaya. Sesungguhnya bencana banjir bukan sahaja suatu fenomena alam biasa, bahkan suatu peringatan Ilahi tentang kerosakan yang berpunca daripada perbuatan tangan manusia (ar-Rum, 30:41) ...

1 comment:

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.