SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, December 24, 2014

PERSIAPAN KEMBALI KE SEKOLAH 2015 YANG MENCABAR (DESPITE OF ALL THE UNPLEASANTNESS EXPERIENCES)

Pelbagai peristiwa yang berlaku pada penghujung tahun 2014 ini memberi kesan yang tertentu terhadap persediaan memasuki tahun 2015. Paling dekat dengan denyut nadi orang ramai ialah fenomena hujan lebat dan musim banjir yang disifatkan antara yang terburuk dalam tempoh 30 tahun. Sudah pasti sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk menuding jari sambil meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak, sebaliknya segala sumber perlu digembleng ke arah usaha menyelamat dan memulihkan keyakinan mangsa yang terbabit.

Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) dan penyusutan hasil Petronas juga bakal mempengaruhi kegiatan ekonomi tempatan dan antarabangsa. Orang ramai mula berhati-hati dalam berbelanja sebagai langkah menghadapi waktu sukar. Namun, paradoks penjimatan yang terjadi bakal mengakibatkan permintaan agregat semakin lemah dan selanjutnya kemelesetan ekonomi mungkin berulang kembali.

Walaupun ayunan KDNK (keluaran dalam negara kasar) atau kitaran perniagaan merupakan persekitaran lazim bagi sesebuah ekonomi, campur tangan menerusi dasar belanjawan (fiskal) dan dasar kewangan yang berupaya membetulkan keadaan wajib diambil segera. Sebarang petunjuk kemelesetan ekonomi seperti arah aliran kadar pengangguran yang meningkat atau kegiatan urus niaga sangat lesu boleh menjurus kepada krisis penguncupan saiz aliran pusingan pendapatan negara. Mekanisme agihan semula kekayaan bagi mengelakkan daripada harta berlegar dalam kalangan segelintir orang berada hendaklah diletakkan sebagai keutamaan.

Kakitangan awam bakal menerima bonus setengah bulan gaji pokok, manakala kakitangan swasta bergantung kepada pencapaian kewangan majikan masing-masing. Sejumlah 7.1 juta orang penduduk yang termasuk dari kategori layak menerima bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) pula menerima bayaran secara berperingkat-peringkat. Murid sekolah menerima bantuan tunai RM100, manakala pelajar universiti dan prauniversiti bakal menerima bantuan baucar buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 setiap orang.

Dasar yuran persekolahan percuma juga diteruskan, selain bayaran peperiksaan awam ditanggung oleh kerajaan untuk pendaftaran kali pertama, kecuali Muet dan peperiksaan ikhtisas, misalnya LCCI. Maka, apa-apa jua alasan tentang perbelanjaan pendidikan anak-anak sama ada di sekolah atau menara gading tidak lagi dapat dipertahankan. Barangkali hanya rungutan tentang harga pakaian seragam sekolah, kelengkapan alat tulis dan tambang yang dibimbangi.

Ibu bapa yang bakal mendaftarkan anak sebagai murid tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan empat mempunyai peranan tambahan dari segi dorongan persekitaran pembelajaran yang baharu. Murid tahun satu diberi kata-kata semangat bagi menempuh alam persekolahan yang indah. Murid tingkatan satu yang telah memiliki pengalaman UPSR patut diberi galakan supaya meningkatkan momentum pembelajaran secara berterusan.

Murid tingkatan empat yang masih belum pulih dengan kejutan PT3 perlu menerima hakikat bahawa proses pembelajaran sudah mengalami anjakan daripada berorientasi peperiksaan semata-mata ke arah kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran insaniah. Murid juga hendaklah memberi tumpuan terhadap kegiatan di bilik darjah daripada sibuk berkejar ke pusat tuisyen. Hubungan yang lebih ikhlas serta adab pembelajaran yang terpuji akan memudahkan proses pertolongan oleh guru di sekolah.

Pelajar tingkatan enam nampaknya menerima khabar gembira apabila mereka dibenarkan mengenakan pakaian yang berlainan dengan pakaian seragam murid sekolah. Walaupun tertakluk kepada kod etika kesopanan yang tertentu, kelonggaran itu suatu penghargaan terhadap usia mereka yang lebih matang. Sudah pasti kelas tingkatan enam akan lebih meriah apabila tema perbualan dan perbincangan berlaku secara lebih terbuka.

Kepimpinan sekolah, guru dan kakitangan hendaklah akur bahawa perkhidmatan mereka berkait rapat dengan enrolmen murid di sesebuah sekolah. Pengetua dan guru besar akan sentiasa dipantau menerusi pelbagai petunjuk dan sasaran pencapaian jika tidak mahu dikategorikan sebagai tidak berkesan. Demikian juga para guru hendaklah merancang pengalaman pembelajaran yang terbaik buat semua murid walaupun tidak mungkin sunyi daripada menghadapi cabaran getir.

Sesungguhnya sekolah tetap menggalas harapan, kepercayaan dan tanggungjawab yang tinggi walaupun pelbagai idea berbaris dan kecaman datang bertubi-tubi. Sumbangan institusi sekolah terhadap kegiatan ekonomi dan keselamatan negara memang sentiasa kritikal dan mustahak. Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid, ibu bapa, guru, kakitangan dan semua pihak yang berkepentingan ...

1 comment:

Asa Loan said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.