SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, December 14, 2014

MEMPERKENALKAN ANTOLOGI BAHARU TINGKATAN 4 TAHUN 2015 (ISTANBUL LOOK ON THE COVER)

Murid tingkatan empat pasti tersenyum meleret kerana antologi teks komsas untuk mereka kini lebih nipis dan ringan. Bilangan keseluruhan karya yang dimuatkan juga hanya berjumlah sebelas buah. Genre tradisional pula tinggal tiga buah karya sahaja, iaitu dua buah puisi tradisional: Syair Bidasari dan Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga); serta prosa tradisional tunggal: Kepimpinan Melalui Teladan.

Judul antologi "Jaket Kulit Kijang dari Istanbul" merupakan cerpen ketiga yang termuat mulai muka surat 65 hingga 82. Cerpen berkenaan ialah karya Maskiah Haji Masrom, pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Maskiah, 49, sedang menyiapkan tesis doktor falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.

Maka, kulit hadapan antologi memberi gambaran tentang suasana latar tempat cerpen berkenaan dengan pemandangan bandaraya Instanbul di pinggir Selat Bosphorus yang memisahkan bahagian benua Asia dengan benua Eropah negara Turki. Kulit belakang antologi juga berlatar belakang negara Turki, berkemungkinan laluan Grand Bazaar sebagaimana yang tercatat pada halaman 67. Kisah jaket kulit kijang yang bermula dengan sikap hipokrit peniaga di bazar dengan keramahan peniaga pasaran gelap diadun dengan kepekaan terhadap bahan jaket daripada kijang yang dikorbankan begitu menarik walaupun berupa pengalaman yang biasa dan ringkas bagi seorang pelancong yang pernah mengunjungi destinasi dunia ketiga.
Selain 10 halaman berangka roman, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (JKKDI) mempunyai 106 muka surat, termasuk halaman kosong dan ilustrasi. Muka surat 107- 110 memaparkan biodata lapan orang pengarang asal karya puisi moden (empat), cerpen (tiga) dan drama (satu). Antologi JKKDI edisi murid dijual pada harga senarai (sebelum potongan harga) RM5.60.

Dengan jumlah karya yang sedikit itu, perbincangan, tumpuan dan pembelajaran boleh dilakukan secara lebih terperinci. Kegiatan pembelajaran tidak perlu dilakukan dengan tergesa-gesa. Nampaknya antologi JKKDI telah mengambil kira rungutan murid, khususnya bukan penutur jati Bahasa Melayu yang mengalami kesukaran untuk mendekati teks asal, sebaliknya bergantung kepada buku ulasan atau tulisan dalam laman sesawang (weblog) seperti ini.

Perancangan pembelajaran juga boleh bersifat lebih lentur (fleksibel), serta memasukkan lebih banyak kemahiran berfikir aras tinggai (kbat) sebagaimana yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 - 2025). Karya pilihan yang mesra pembelajaran murid seperti ini boleh dikatakan sebagai akur terhadap peluang menikmati pengalaman pembelajaran komsas yang berkesan, menarik dan menyeronokkan. Tidak timbul lagi soal fobia atau berasa terbeban mempelajari komsas sebagai wahana pembinaan jati diri generasi muda Malaysia.
Agak menarik juga apabila Syair Bidasari (muka surat 5 -7) turut menyediakan nota kaki cara lama bagi menjelaskan maksud istilah lama yang digunakan. Syair lapan rangkap itu keseluruhannya mengandungi 32 baris dengan persamaan rima akhir aa, bb. Syair Bidasari akan menangkap imaginasi murid ke zaman feudal silam yang menjadi asas kenegaraan moden.

Puisi moden menampilkan Sang Gembala Kuda (Mohd Hashim Othman), Aku Membaca Lagi (Razali Mohd. Yussof), www.sibermerdeka.com.my (Abdul Ghaffar Ibrahim) dan Gelanggang (Onn Malini). Kebetulan, penulis blog (PB) pernah mengenali Cikgu Hashim dalam suatu progam rasmi beberapa tahun yang lalu, serta berkesempatan bertukar-tukar fikiran dengan beliau. Maka, tidaklah menghairankan bahawa Cikgu Hashim, 50, mampu menulis sebuah sajak yang boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut, misalnya kepimpinan orang berkuasa. Nanti kita akan membincangkan kandungan sajak Cikgu Hashim secara lebih khusus.

Selain JKKDI, genre cerpen turut menampilkan judul 'Kaduk, Ayam dan Raja' (Dato' Dr. Zurinah Hassan, 65) dan Munsyi (Husna Nazri, nama pena bagi Ustaz Nazri Hussien, 48). Zurinah Hassan cuba mengangkat semula maruah keturunan Kaduk menerusi watak cucunya, Hakim. Jika datuknya Kaduk menjadi mangsa raja ketika zamannya, Hakim juga menjadi mangsa RAJA, singkatan nama syarikat Rangkaian Jasa Agrikultur.

Akhir sekali, karya genre drama tunggal 'Berkhidmat Untuk Negara' tulisan Affix Zukarnaen Adam, pegawai kebudayaan di Universiti Selangor, Unisel. Drama berkisar tentang watak Aiman yang keberatan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) walaupun sekalian teman rapat dan bapanya, Khir Ghazali, berpendapat sebaliknya. Hanya Puan Masnah, ibu Aiman, yang menyokong pendirian Aiman, tetapi bagaimanakah kesudahannnya?

2 comments:

We Love Sports said...

Cowboys vs Eagles live.. stream..(http://www.reddit.com/r/JamalJorda/comments/2pamnx/)

Dallas Cowboys vs Philadelphia Eagles live..(https://www.reddit.com/r/JamalJorda/comments/2pam6z/)

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.