SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, May 31, 2014

MILIK SIAPAKAH BANGLO INI? (AMAZING HOME)

...
berasa musykil

...

...
oh, ini jawapan sebenar!

...

...

...
hati-hati jika sengaja mengambil kesempatan

...

...

Friday, May 30, 2014

MOTIVASI BELAJAR: KEBAIKAN STRES DALAM PEMBELAJARAN (THE REAL MEANING OF HARD WORKING)

Assalamu alaikum dan salam sejahtera,
selamat menikmati musim cuti sekolah,
terima kasih kerana masih sudi melayan celoteh saya.

Pelajar yang dikasihi,

Keadaan cuaca ekstrem, sama ada panas membahang atau dingin hingga ke tulang sum-sum sering mendatangkan tekanan terhadap kehidupan insan. Misalnya, kepanasan mungkin menjejaskan kesihatan warga emas, manakala kedinginan memberi kesan terhadap kesihatan golongan pesakit tertentu. Hakikatnya bukan sahaja manusia yang mengalami tekanan cuaca ekstrem, malah dunia flora dan fauna turun mengalami hal yang serupa.

Baru-baru ini ketika negara dilanda musim kemarau, tumbuh-tumbuhan yang mengalami tekanan telah mengeluarkan bunga yang cukup indah yang jarang-jarang dapat dilihat dalam kedaan cuaca biasa.

...
bunga melur lambang gadis desa yang berakhlak luhur

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Thursday, May 29, 2014

RAJA DR. NAZRIN SULTAN PERAK KE-35 (THE WISE MAJESTY)

...

...

...

...

...
sumber ambilan gambar: Mylaunchpad

...

...

...

Wednesday, May 28, 2014

PAKAR MOTIVASI: TELADAN ATAU PERCANGGAHAN (RETHORICS OF HOPE)

Penilaian atau tanggapan kita terhadap seseorang umpama sekeping gambar yang hanya benar pada waktu ia diambil (ditangkap?). Maksudnya, piawaian yang diletakkan kepada orang yang dinilai lebih banyak bergantung kepada penampilan dan tingkah laku lahiriah. Hakikatnya, tiada manusia yang memiliki sifat maksum, melainkan para nabi utusan Ilahi.

Bidang motivasi telah berkembang dengan pesat di seluruh dunia, bermula dengan dunia perniagaan, khususnya segmen jualan langsung dan ejen insurans, hinggalah menjengah dunia pembelajaran. Maka, banyaklah syarikat perunding motivasi ditubuhkan untuk menawarkan perkhidmatan yang berkaitan kepada organisasi korporat, institusi pendidikan dan agensi awam. Beberapa orang tokoh penceramah motivasi yang bertaraf selebriti sangat bertuah justeru menerima bayaran yang sangat lumayan atas kepetahan mereka bercakap sehingga berupaya menyentuh jiwa khalayak ke lubuk hati yang paling dalam.

Pengaruh progam motivasi untuk mendorong peserta ke arah penghayatan amalan terbaik, bijak dan produktif sangat penting untuk kelangsungan sesebuah organisasi yang menampung pelbagai ragam manusia. Kesetiaan terhadap kepimpinan dan hala tuju organisasi, sokongan terhadap proses pembaharuan dan perubahan, serta sumbangan yang berteraskan keikhlasan ialah antara tema wajib yang dilontarkan sepanjang slot motivasi. Di tangan pakar motivasi, gesaan yang mungkin dianggap sebagai leteran ketua jabatan, bertukar kepada susunan kata yang menggetar jiwa raga dan bersifat luar biasa.

Pakar motivasi glamor tidak ubah seperti selebriti yang mengalami pasang surut dari sudut populariti. Pengalaman hebat yang dikongsi dengan khalayak umum dan peserta program motivasi akan hilang magis jika asyik mengulangi modal cerita yang sama. Keadaan menjadi lebih sukar apabila sisi kehidupan peribadi pakar motivasi berkenaan terdedah kepada umum.

Pakar motivasi menjual perkhidmatan dan idea amalan terbaik, bukan menjaja kisah peribadi masing-masing yang sudah pasti tertakluk kepada penilaian yang subjektif. Bakat mereka ialah bercakap dan melontarkan idea berdasarkan pengalaman hebat dan luar biasa insan yang berjaya dalam pelbagai bidang, latar belakang, persekitaran dan zaman. Mudah cakap, pakar motivasi menggembleng dan menghimpun kebijaksanaan sebagai dorongan untuk dirinya dan khalayak berfikir tentang cara dan pelaksanaannya secara tuntas.

Maka, lebih adil untuk kita menganggap bahawa pakar motivasi dan input motivasi sebagai entiti yang berasingan, sebagaimana peniaga dan perniagaan sebagai entiti yang berasingan dalam perakaunan. Islam juga menganjurkan prinsip kebijaksanaan sebagai barang yang hilang daripada orang beriman, al-hikmah dholatul-mukmin (au kama qala). Jika kita sanggup melayan buku motivasi Steven Covie, Napoleon Hill, Tom Peter dan penulis Barat yang tidak dikenali, mengapakah kita mengenakan terlalu banyak syarat terhadap pakar motivasi tempatan? 

Kita boleh berbeza pandangan dan bersikap kritis terhadap pakar motivasi, tetapi sebaik-baiknya hendaklah dihadkan terhadap input ilmu pengetahuan dan dorongan yang berharga. Jika kita sengaja suka terlajak untuk mengintip kekurangan dan kelemahan peribadi pakar motivasi, sama jugalah halnya dengan adab yang pincang terhadap guru kita sendiri. Murid tidak digalakkan menunjuk kepandaian yang berlebihan secara terbuka di hadapan guru masing-masing jika dilakukan atas niat yang songsang.

Pakar motivasi ialah insan biasa yang tidak pernah sunyi daripada khilaf dan kelemahan yang tertentu. Mereka mungkin tidak berjaya membuktikan konsep 'cakap serupa bikin', tetapi hendaknya janganlah mulut kita celopar menjatuhkan hukuman sembarangan (as-Saf, 61: 2 - 3). Biarlah kita menaruh sangka baik bahawa insan yang berilmu seperti pakar motivasi juga seperti kita yang sentiasa berusaha menuju kecemerlangan dalam segenap penjuru kehidupan. Andai kata kita sudah tidak serasi lagi dengan mana-mana pakar motivasi, hanya sisihkan diri daripada mereka tanpa menabur cerita yang mungkin berstatus fitnah semata-mata.

Sumbangan pakar motivasi terhadap pelbagai segmen masyarakat, kerjaya dan bidang telah banyak mencetuskan pemikiran tentang kecemerlangan, kebijaksanaan dan amalan terbaik. Khalayak dan peserta program motivasi dijuruskan terhadap idea keberkesanan dan kecekapan yang menepati konsep amalan berhemah, serta meminimumkan kemungkinan pembaziran sumber. Disiplin dan keutuhan peribadi ialah rahsia sebenar masyarakat maju yang sangat dekat dengan ajaran kitab samawi.

Hendaknya kita janganlah bersikap terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam pencarian kebijaksanaan, kehebatan dan kemajuan yang sejati. Sementara pakar motivasi juga berusaha memacu diri dan keluarga masing-masing ke arah keunggulan, marilah kita kutip input ilmu pengetahuan yang berguna daripada mereka. Kadangkala, teguran daripada kanak-kanak yang masih mentah secara bersahaja pun mungkin suatu dorongan untuk kita berfikir, justeru kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa ...

Tuesday, May 27, 2014

PUNCA PENILAIAN PRESTASI BERAT SEBELAH (NEVER ENDING DISSATISFACTION)

Rumah sudah (siap) pahat berbunyi. Peribahasa berkenaan membawa maksud bersungut (mencela) sesuatu yang sudah selesai atau berlalu (klik di sini). Perkara itu memang biasa berlaku selepas sesuatu keputusan diambil atau sesuatu penilaian berakhir.

Ralat dalam pengukuran untuk menetapkan aras signifikan sesuatu alat penilaian bukan isu baharu. Dalam kata lain, tiada suatu penilaian pun yang bebas daripada kemungkinan berlakunya khilaf atau kesilapan dalam proses pemberian markah penilaian, termasuk dalam sesebuah organisasi ikhtisas. Maka, pihak yang diberi kuasa menilai juga hendaklah bersedia untuk dinilai berdasarkan kemungkinan pengaruh peribadi dalam pelaksanaan tugas penilaian.

Syak wasangka terhadap penilaian berlaku apabila terdapat pola kecenderungan tertentu dalam pemberian markah, seperti ukuran kecenderungan memusat dalam statistik. Misalnya, penilai memberi markah yang tinggi kepada subordinat yang memiliki persamaan dari segi jantina, kaum atau bidang pengkhususan yang sama dengan dengan dirinya. Sebagai jalan selamat, kumpulan subordinat yang lain juga diberi markah yang munasabah, serta tidak menjejaskan peluang mereka dalam kemajuan perkhidmatan.

...

...

...

...

...

...

..

Monday, May 26, 2014

AKHIRNYA PENGELUAR YONEX JUARA PIALA THOMAS (THE STORY BEHIND SUCCESS)

Setelah berhasil meletakkan Jepun dalam senarai pasukan bola sepak handalan dunia, Jepun kini memasuki era baharu badminton apabila mampu membawa pulang kejuaraan dunia tidak rasmi sukan berkenaan di New Delhi, India pada hari Ahad yang lalu. Sesudah 'meruntuhkan' skuad negara tembor besar China, negara matahari terbit berkenaan menghampakan pula juara sulung Piala Thomas, iaitu negara kita. Perlawanan akhir berlangsung begitu sengit apabila pemain kedua-dua belah pihak berjuang berhabis-habisan untuk menjulang nama negara masing-masing.

Walaupun harus akur dengan kedudukan selaku naib juara, Malaysia sebenarnya telah melepasi sasaran awal, iaitu melangkah ke peringkat separuh akhir. Namun, Malaysia berupaya menumbangkan Indonesia yang telah mengalami zaman kemerosoton sukan badminton pasca-Taufik Hidayat, Lim Swie King dan Rudy Hartono. Pemain angkatan baharu Indonesia seperti Tommy Sugiarto (anak legenda Icuk Sugiarto), Rumbuka dan Simon Santoso nyata tidak menyengat,malah beregu utama mereka juga tidak konsisten.

Malaysia membenam cabaran Indonesia 3-0, manakala Jepun menundukkan China juga dengan 3-0 di peringkat separuh akhir. China pasca-Li Yong Bo juga tidak segagah dahulu. Chen Long tidak sehebat Lin Dan yang mampu menewaskan lawan dalam permainan singkat.                                                                                                                                             
Jepun mendapat sentuhan kejurulatihan legenda beregu Korea Selatan, Park Joo Bong yang pernah berganding dengan Kim Mon Soo yang sentiasa membayangi kehebatan Razif dan Jalani Sidek suatu ketika dahulu. Namun, fakta yang agak mengejutkan ialah betapa pemain perseorangan kedua Jepun, Kento Memota yang baru berusia 19 tahun berada di bawah bimbingan Izuan Ibrahim, 30, bekas jurulatih kelab Nusa Mahsuri dari Malaysia (klik di sini). Memota pernah tumpas dengan mudah di tangan Zulfadli Zulkifli dalam kejohanan remaja dunia 2011, tetapi di manakah kedudukan Zulfadli kini?

Skuad Jepun dibarisi pemain muda di bawah usia 25 tahun, berbanding Malaysia yang masih bergantung harapan kepada pemain yang lebih berusia walaupun perkara berkenaan bukanlah janggal. Barangkali Malaysia terlalu lambat mendedahkan pemain skuad pelapis dalam kejohanan besar sehingga mereka ketinggalan berbanding dengan pemain sebaya negara lain yang pada asalnya tidaklah begitu menyerlah. Tengku Mahaleel yang beroleh mandat sebagai presiden persatuan badminton kebangsaan (BAM) perlu bertegas tentang hal berkenaan supaya tunas muda seperti Zulfadli dan Misbun Ramdan tidak tenggelam dalam percaturan licik pihak tertentu.

Badminton tidak harus dibiarkan menjadi monopoli kelompok tertentu seperti yang berlaku kepada kepada beberapa jenis sukan. Persatuan Badminton Melayu Malaysia (PBMM) perlu kembali aktif supaya akan muncul lagi Suffian Abu Bakar, keluarga Sidek, Mohd Hafiz Hashim, Roslin Hashim dnan beregu Farizizuan Tazari - Zakry Abdul Latiff. Jagoan dalam kalangan kaum India seperti Punch Gunalan dan James Selvaraj juga perlu dicari dan digilap ke tahap yang lebih tinggi.

Jepun kini menjadi negara keempat yang berjaya mengecapi kejuaraan Piala Thomas selepas Malaya selaku juara edisi sulung, Indonesia dan China. Tidak mustahil Denmark yanug pernah beberapa kali melangkah ke saingan akhir berupaya mencatat sejarah sebagai wakil Eropah pertama memecahkan dominasi Asia dalam kejuaraan Piala Thomas. Senario itu bererti bahawa Malaysia perlu melakukan sesuatu, terutama program akademi, penyelidikan dan pembaharuan taktikal.

Jepun sudah pasti berusaha keras untuk mengekalkan kejuaraan Piala Thomas untuk edisi kejohanan dwitahunan itu seterusnya. Mereka sudah pun mempunyai teknologi peralatan sukan badminton yang tercanggih. Peminat sukan badminton pasti sudah terbiasa dengan jenama Yonex, walaupun kini bersaing hebat dengan keluaran negara China yang berharga lebih murah secara berbanding.

Dalam mana-mana acara sukan, kemunculan pesaing baharu yang hebat memang tidak dapat dielakkan. Bola sepak dunia lebih meriah apabila benua Afrika mula menggegar sebagai kuasa baharu dan pemain dengan tanda harga tertinggi. Sukan hoki yang selama ini bertaraf rekreasi di Eropah sudah terlepas dari genggaman elit Asia, iaitu India dan Pakistan.

Kejayaan Jepun memenangi Piala Thomas juga hendaklah dilihat sebagai perkembangan yang sihat bagi merancakkan sukan badminton dan bakal meningkatkan nilai personaliti badminton sama ada pemain, pengurus dan jurulatih. Malaysia mesti menerima hakikat bahawa jumlah pasukan belasahan kini semakin kecil bilangannya. Persediaan untuk berhadapan dengan persekitaran yang lebih mencabar tidak boleh ditangguh lagi ...

Sunday, May 25, 2014

HALA TUJU BAHARU GERAKAN KOPERASI KEBANGSAAN (TAPPING THE CONSUMER POWER)

Ipoh, Ahad: 25 Mei 2014; 25 rejab 1435

Angkatan Koperasi Kebangsaan (Angkasa) yang ditubuhkan pada tahun 1966 ialah satu lagi cetusan ilham Profesor Di-Raja Ungku Abdul Aziz selain Lembaga Tabung Haji (klik di sini). Kini, Angkasa menaungi lebih 11,000 buah koperasi di seluruh negara sebagai anggota gabungan. Jumlah keanggotaan koperasi di Malaysia sudah mencecah bilangan lapan juta orang dengan nilai aset terkumpul sebanyak RM110 bilion, pusingan niaga RM33 bilion dan caruman yuran keanggotaan RM13 bilion.
Dato' Haji Fattah (Presiden Angkasa), Haji Zaman, Haji Hidzer (pengerusi Kagum), 
Haji Mohd Rosli (pengerusi Angkasa Perak), Dr. Amiruddin (CEO Majlis Islam Perak)

Data berkenaan didedahkan oleh Dato' Haji Abdul Fattah bin Haji Abdullah, Presiden Angkasa yang diberikan kepercayaan oleh mesyuarat agung Angkasa yang lalu bagi mengambil alih kepimpinan Profesor Dato' Dr. Mohd. Ali bin Baharom yang dianggap sebagai protege Pak Ungku sekian lama (klik di sini untuk gambar dan senarai lengkap kepimpinan Angkasa). Anggota gabungan Angkasa bukan tidak menghargai sumbangan Pak Ungku dan Profesor Ali, tetapi mereka mahu menguji kepimpinan baharu yang turut dibarisi oleh Tan Sri Alimuddin Md. Dom, mantan ketua pengarah pelajaran selaku naib presiden untuk memacu gerakan koperasi ke persada kegiatan ekonomi dalam persekitaran perniagaan yang semakin rencam. Dato' Haji Fattah merasmikan mesyuarat agung Koperasi Guru Melayu Perak (Kagum) di Hotel Seri Malaysia dekat sini pagi tadi.

Beliau turut menggesa supaya anggota gabungan Angkasa mengekalkan saf kepimpinan sedia ada dalam persidangan kebangsaan tahunan Angkasa tidak lama lagi. Dato' Fattah juga memaklumkan bahawa Angkasa kini melangkah ke arena antarabangsa apabila diberi kepercayaan oleh Pertubuhan Koperasi Antarabangsa (ICA) sebagai mentor gerakan koperasi di negara-negara Islam seluruh dunia. Pasaran makanan halal yang sangat besar di negara-negara Islam patut dimanfaatkan secara optimum oleh gerakan koperasi.

Angkasa juga bakal menggerakkan sejumlah 6,500 buah masjid di Malaysia untuk menubuhkan koperasi masing-masing. Setakat ini sebanyak 200 koperasi kariah masjid telah bergerak secara aktif, sementara 600 buah lagi sudah pun diluluskan pendaftaran mereka. Angkasa mempunyai sasaran untuk mewujudkan rangkaian keluaran halalan tayyiba justeru perniagaan milik umat hanya menguasai 13 peratus segmen halal di negara yang mewartakan Islam sebagai agama persekutuan ini. 

Isu kandungan DNA babi yang ditemui dalam keluaran cokelat tempatan baru-baru ini menunjukkan betapa umat Islam tidak boleh mengharapkan orang lain untuk menghormati dan menjaga perkara yang paling sensitif iaitu makanan yang halal, berkat dan bersih. Makanan yang haram dan syubhah tumbuh sebagai darah daging, lalu menjadi penghalang untuk doa dimakbulkan. Maka, perpaduan umat dalam kegiatan ekonomi halal bukan lagi sebagai pilihan, tetapi suatu kewajipan atau sine qua non.
 
Setiausaha Kagum, Cikgu Abdul Rahim Abdullah Azizi (JPN Perak)
bersama anggota lembaga ketika sesi perbahasan mesyuarat agung tahunan

Nisbah keanggotaan golongan belia dan muda yang masih rendah dalam gerakan koperasi mendorong Suruhanjaya Koperasi Kebangsaan membuat ketetapan bahawa dua per tiga anggota lembaga sesebuah koperasi hendaklah dalam kalangan mereka yang masih berkhidmat, bukan pesara. Koperasi sekolah yang mencecah bilangan 2,300 buah di seluruh negara patut menjadi saluran kesinambungan pembabitan generasi muda dalam gerakan koperasi arus perdana. Terma keanggotaan dan bayaran yuran khusus perlu ditawarkan supaya apabila murid sekolah memasuki universiti atau baharu bekerja memiliki peluang mendaftar sebagai anggota koperasi walaupun punca pendapatan mereka masih belum kukuh.

Gerakan koperasi yang berkesan berupaya mengekang manipulasi golongan pemodal besar (kapitalis) yang lebih condong terhadap matlamat keuntungan maksimum, walaupun perkara itu tidak bercanggah dengan undang-undang. Kemelut kepimpinan persatuan pengguna yang lebih sibuk dengan kedudukan berbanding dengan perjuangan membela pengguna menjadikan peranan koperasi lebih menyerlah. Maka, kepimpinan Angkasa hendaklah berlapang dada dengan sebarang perbezaan aliran dan pendapat dalam kalangan anggota gabungan, termasuk daripada koperasi yang dinaungi oleh parti politik.

Dato' Haji Abdul Fattah membuat andaian bahawa anggota gabungan Angkasa mungkin telah berasa jemu dengan pelbagai kursus wajib dan terbuka di Maktab Kerjasama milik Angkasa di bawah kepimpinan sebelum ini. Beliau menegaskan bahawa Angkasa kini mula melaksanakan anjakan dan transformasi ke arah amalan terbaik agar pada akhirnya masyarakat akan menikmati nilai wang yang berbaloi dalam setiap urus niaga. Di samping itu dana berbilion ringgit yang terkumpul merupakan suatu kekuatan raksasa yang dimiliki oleh gerakan koperasi di Malaysia dalam konteks tawar-menawar kegiatan ekonomi skala besar.

Kepimpinan datang dan kepimpinan pergi secara silih berganti. Kepimpinan terdahulu sejak era pengasas Angkasa, Pak Ungku, dan Profesor Ali hendaklah dilihat sebagai suatu kesinambungan. Dalam keghairahan kepimpinan baharu Angkasa hendak melakukan perubahan, mereka harus juga menghormati dan mewarisi pengalaman hebat kepimpinan Angkasa terdahulu yang telah membawa Angkasa sebagai entiti induk koperasi (apex) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. 

Berdasarkan pencapaian organisasi dan kewangan yang meyakinkan, gerakan koperasi memiliki landasan untuk melobi projek awam dan swasta menerusi sistem tender terbuka. Kejayaan gerakan koperasi bermakna bahawa harta kekayaan tidak hanya bakal berlegar dalam kalangan segelintir orang kaya. Monopoli usahawan rakus dapat dipecahkan bagi memberi laluan kepada amalan ta'awun alal birri wa't-taqwa, insya-Allah ...

Saturday, May 24, 2014

SISTEM 'HOMEROOM' MRSM JAMBATAN SARANA IBU BAPA (CONTINOUS HELPING SERVICE OF LEARNING)

Setiap orang ahli Ansara (Alumni Maktab Rendah Sains Mara, MRSM) pasti menyimpan kenangan manis bersama homeroom masing-masing. Homeroom merujuk kepada seorang guru yang diberi tanggungjawab sebagai penasihat akademik dan pembelajaran di MRSM. Homeroom menjalankan tugas in loco parentis (ganti ibu bapa dalam batasan peranan tertentu) memandangkan sebahagian besar pelajar MRSM berjauhan dengan keluarga, serta kedudukan MRSM yang dibina berjauhan dengan kawasan yang pesat membangun.

Berbeza dengan sistem mentor-mentee di sekolah aliran perdana, homeroom ialah program rasmi MRSM yang tercatat dalam profil setiap orang pelajar MRSM sejak tingkatan satu hingga tingkatan lima. Guru kelas berperanan dalam urusan harian dalaman, tetapi homeroom menjadi rujukan dalam urusan dengan ibu bapa pelajar. Homeroom akan mengambil tahu tentang kemajuan akademik kumpulan pelajar di bawah jagaan mereka, di samping melayan peluahan rasa pelajar, sama ada yang dipendam atau dilafazkan.

Keberkesanan program homeroom sangat bergantung kepada iltizam dan kesungguhan guru yang berkenaan. Mereka perlu mempunyai strategi yang tertentu untuk memancing perhatian pelajar di bawah jagaan masing-masing supaya menjalin suatu aras komunikasi yang dikehendaki. Keikhlasan yang dilihat oleh pelajar menjadi petunjuk betapa homeroom boleh diletakkan sandaran dan kepercayaan sebagaimana teras perkhidmatan kaunseling.

Di samping pertemuan rasmi dengan keseluruhan pelajar jagaan secara sekali gus, kesanggupan homeroom menggandakan kekerapan pertemuan tidak rasmi secara individu membolehkan program itu bertahan sehingga kini. Buku log homeroom, jika ada, boleh didokumentasikan dalam bentuk buku supaya menjadi rujukan pada masa hadapan. MRSM boleh mendapatkan hak paten dan persijilan ISO andai kata program homeroom tidak diciplak sewenang-wenangnya oleh pihak lain.

Ibu bapa pelajar MRSM mula bersua muka dengan homeroom anak masing-masing sebaik selesai proses pendaftaran tingkatan satu atau tingkatan empat. Ibu bapa kemudian dibenarkan menghubungi homeroom menerusi talian telefon, whatsapp atau sistem mesej pesanan ringkas biasa, SMS. Pertemuan kedua biasanya berlaku apabila ibu bapa dijemput oleh pihak MRSM untuk membawa anak masing-masing balik bercuti semester.
Cikgu Zuraida, bijak berhadapan dengan ibu bapa pelajar
MRSM Parit, mengumpul pengalaman sejak bertugas di MRSM Transkerian

Dalam pertemuan bersemuka homeroom dengan ibu bapa, segala kemusykilan boleh dibangkitkan untuk maklum balas dan tindakan susulan. Homeroom memang perlu memiliki kesabaran tahap tertinggi dengan gelagat ibu bapa yang meletakkan harapan luar biasa terhadap pencapaian pembelajaran anak mereka. Homeroom mesti mempamerkan ketenangan walaupun diasak dengan soalan yang bersifat agresif atau provokatif, selain sentiasa meyakinkan ibu bapa tentang betapa bertuahnya pelajar MRSM yang ditatang bagikan minyak yang penuh!

Kewibawaan homeroom sedikit sebanyak mewakili imej dan penanda aras pendidikan MRSM yang bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, bukannya berstatus sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Tambahan pula, mod pengajian dwisijil IGCSE (International General School Cerificate of Education) bakal diperluas kepada semua MRSM setelah projek rintis di enam buah MRSM terpilih menunjukkan tanda-tanda kejayaan. Maknanya, MRSM membuka peluang kepada pelajar bumiputera untuk mengikuti pembelajaran bertaraf antarabangsa sebagaimana yang dinikmati oleh pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan tinggi di sekolah antarabangsa kendalian pihak swasta.

Sama ada mod pengajian dwisijil memberi kelebihan tertentu atau sebaliknya sangat bergantung kepada keupayaan pelajar MRSM menyerap tekanan pembelajaran yang begitu mencabar. Maka, peranan homeroom dilihat sebagai kritikal dan mustahak untuk membimbing pelajar yang masih mentah, terutama dalam kalangan mereka yang datang dari luar bandar. Keyakinan pelajar MRSM berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama perlu sentiasa diberi perhatian oleh homeroom.

Walaupun kehebatan MRSM sedikit terjejas dengan tanggapan bahawa kemasukan pelajar second cream selepas sekolah berasrama penuh (SBP), hakikat bahawa potensi pelajar sentiasa boleh digilap, terpulang kepada strategi pintar untuk melonjakkan pencapaian pembelajaran di MRSM supaya sekurang-kurangnya setara dengan SBP. Pengenalan mod pengajian dwisijil membuka lembaran baharu MRSM untuk menarik kemasukan pelajar terbaik negara, di samping mengekalkan hasrat menyediakan pendidikan terbaik kepada pelajar yang datang daripada tahap sosioekonomi yang kurang beruntung, sama ada dari luar bandar atau di pusat bandar.

Sudah menjadi tradisi pembelajaran di MRSM yang bukan sahaja tertumpu terhadap pencapaian akademik, bahkan memupuk citra berdikari dan keusahawanan demi manfaat jangka panjang kepada pelajar, keluarga dan masyarakat secara tuntas. Menerusi peruntukan pembiayaan pendidikan yang boleh dikatakan moncah, pihak Mara mampu menawarkan kesinambungan pendidikan yang berdaya saing kepada lulusan MRSM. Sumbangan homeroom memang wajar diberikan harapan setinggi bintang, tetapi serentak itu masih berpijak di bumi ...

Friday, May 23, 2014

TUMAKNINAH DALAM PERCAKAPAN (PAUSE AND REPHRASE)

Bijak pandai, cendekiawan, guru musyid, sarjana dan ulama memiliki nada suara, gelombang sebutan atau tona yang tersendiri apabila bercakap, bertutur dan berhujah. Setiap patah perkataan dan rangkai kata yang terpacul daripada bibir mereka telah melalui proses saringan berfikir dengan pedoman ilmu pengetahuan yang sah lagi autentik. Maka, wacana yang ringkas sekalipun begitu sarat dengan sejumlah kesimpulan dan pengamatan yang sangat bermakna dan mendalam.

Dalam satu slot bicara ilmuan Ikim.fm seorang tetamu jemputan telah menjelaskan tentang ciri percakapan orang-orang yang berdisiplin tinggi, serta sentiasa terikat dengan keperibadian yang dekat dengan taqwa. Golongan sedemikian mewakili anjuran yang dinyatakan lewat surah ali Imran, 3: 191 - 192 iatu mereka yang sentiasa mengingati Allah sama ada ketika berdiri, duduk dan berbaring. Mereka juga sentiasa melafazkan rabbana ma khalaqta hadha batila, subhanaka faqina azabannar, Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, hindarilah kami daripada api neraka.

Sebagai insan berpengetahuan yang taat, lisan mereka sentiasa basah dengan zikrullah dan kalimah-kalimah yang baik belaka. Komunikasi bagi mereka ialah ibadah dan dakwah yang perlu dilontarkan dengan kebijaksanaan dan keunggulan. Tidak terselit di benak mereka untuk berlaku angkuh, bongkak, riak, sombong, sum'ah, takbur atau ujub apabila berkata-kata.

Ulama ialah pewaris para nabi yang perlu dicontohi dari segi akhlak, disiplin, tingkah laku dan sahsiah yang mulia. Orang awam yang berhasrat untuk menyumbang terhadap kekuatan umat yang semakin teruji dengan pelbagai fitnah akhir zaman wajib mendampingi para ulama dan mempelajari adab dalam menjalani kehidupan secara tuntas. Jika tidak, pengaruh hedonisme dan sekularisme bakal menjadi cabaran yang sangat getir untuk dipatahkan terutama dalam proses memupuk jati diri generasi muda umat.

...

...

...

...

...

...

Thursday, May 22, 2014

KUIZ KEHENDAK, SUMBER DAN MASALAH ASAS EKONOMI (THE CONFLICT BETWEEN TWO EXTREME)

SMK ST MICHAEL, IPOH, LA3: KUIZ PENGENALAN MIKROEKONOMI  bahagian  3  (23052014)  _________________

Arahan: Tampal lembaran ini dalam buku latihan. Perbincangan dan rujukan buku teks dibenarkan.

  Tentukan sama ada pernyataan yang diberikan benar atau palsu.
Bil.
Pernyataan
Jawapan anda
1
Barang dan perkhidmatan yang dihasilkan menerusi proses pgⁿ disebut barangan

2
Barang percuma tidak dikenakan bayaran kerana tiada ukuran nilai harga tertentu

3
Maka, barang percuma tidak mempunyai nilai

4
Penawaran barang percuma adalah tidak terhad, tetapi masih bersifat kekurangan

5
Kos lepas barang percuma bersamaan sifar

6
Pemberian atau hadiah yang tidak perlu bayaran ialah contoh barang percuma

7
Pencemaran dan kos sosial yang lain mungkin mengubah b. percuma menjadi b. ekonomi

8
Barang ekonomi memiliki penawaran yang terhad

9
Barang ekonomi tertakluk kepada kos lepas

10
Firma menanggung kos pengeluaran barang ekonomi

11
Tidak semua jenis barang ekonomi diletakkan harga, atau perlu dibayar

12
Kekurangan yang dialami oleh barang percuma bersifat relatif akibat kehendak tidak terhad

13
Prinsip pengecualian tidak terpakai untuk barang awam

14
Pengecualian b’maksud semua anggota masyarakat boleh menikmati barang secara kolektif

15
Barang awam disediakan oleh kerajaan yang dibiayai menerusi hasil kutipan cukai

16
Barang awam disediakan kepada orang ramai secara percuma sepenuhnya

17
Penyediaan barang awam bertujuan memaksimumkan kebajikan masyarakat

18
Caj penggunaan b. awam, jika ada, sangat murah dan mampu dibayar õ semua golongan

19
Contoh barang awam yang paling klasik ialah rumah api

20
Barang persendirian tidak tertakluk kepada prinsip pengecualian

21
Orang yang tidak mampu membayar dikecualikan daripada memiliki barang persendirian

22
Firma mengeluarkan barang persendirian bagi memaksimumkan keuntungan

23
Bagi pengguna, barang persendirian bertujuanmemaksimumkan kepuasan

24
Barang modal  juga dikenali sebagai barang pengeluar

25
Barang modal mengalami perubahan bentuk fizikal dalam proses pengeluaran

26
Kereta yang digunakan untuk perniagaan diklasifikasikan sebagai barang modal

27
Barang modal tiada kaitan dengan tujuan memperoleh (menjana) pendapatan masa depan

28
Barang modal hanyalah sebagai alat untuk mengeluarkan barang lain

29
Barang perantaraan digunakan sebagai input (bahan mentah) pengeluaran barang pengguna

30
Permintaan barang perantaraan berkait dengan permintaan keluaran barang akhir

31
Barang pengguna sudah siap untuk digunakan sebaik sahaja dibeli di pasaran

32
Barang pengguna tidak termasuk barang mudah rosak (tidak tahan lama)

33
Permintaan terhadap perkhidmatan bukan merupakan barang pengguna

34
Firma berupaya memenuhi semua permintaan barang ekonomi

35
Faktor pgⁿ yang relatif terhad mengakibatkan pgⁿ barang ekonomi lain dikurangⁿ

36
Sumber pgⁿ yang relatif terhad tidak m’halang p’guna daripada memenuhi semua kehendak

37
Isi rumah m’hadapi masalah kekurangan pendapatan wang untuk memenuhi kehendak

38
Firma mengalami kekurangan faktor pgⁿ  untuk mengeluarⁿ semua barang ekonomi

39
Kerajaan tidak menghadapi masalah kekurangan hasil bagi menyediakan barang awam

40
Kekurangan menyebabkan pelaku ekonomi terpaksa membuat pilihan

41
Pilihan dibuat berdasarkan matlamat setiap pelaku ekonomi

42
Pilihan tiada kaitan dengan masalah kos lepas

43
Kos lepas ialah pilihan kedua terbaik yang terpaksa dikorbankan akibat pilihan barang t’baik

44
Kos lepas tambang bas RM1 mungkin sekali ialah seketul burger murah

45
Firma tidak mengalami masalah kos lepas setiap masa

46
Kos lepas membina sebuah hospital mungkin sekali sebuah rumah kebajikan warga emas

47
Kekurangan, pilihan dan kos lepas dikategorikan sebagai masalah asas ekonomi

48
Kekurangan, pilihan dan kos lepas sebenarnya ialah punca masalah asas ekonomi

49
Terdapat empat masalah asas ekonomi

50
Masalah asas ekonomi m'bantu pelaku ekonomi m'capai matlamat masing-masing



©   Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction) (Malaya)

TRANSFORMASI MASJID ERA MAKLUMAT DI HUJUNG JARI (PERMANENT AND CHANGE)

...

...

...

...

...

...

...

...