SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, October 31, 2014

BENARKAH SUAMI SUKAR MELAFAZKAN CINTA? (THE MYSTERIOUS VERBAL LANGUAGE)

Dari satu sisi, perkahwinan ialah proses mencantumkan sejumlah perbezaan, termasuk tingkah laku. Pakar motivasi pula pernah menyebut bahawa kaum lelaki memiliki sejumlah stok 5,000 patah perkataan sehari, berbanding dengan wanita dengan 20,000 perkataan sehari. Profesor Dr. Abdullah Hassan (Upsi) pernah merumuskan pada umumnya lelaki, atau lebih khusus para suami sebagai kaum yang pendiam.

...

...

...

...

...

...

...

Thursday, October 30, 2014

Wednesday, October 29, 2014

MAHASISWA: BELAJAR ATAU BERSUARA LANTANG? (THE ROLE OF HIGHER EDUCATION)

Kes Adam Adli dari Upsi, Safwan Anang dan terbaharu Fahmi Zainol, presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya kembali membuka perdebatan tentang peranan pelajar universiti. Adakah mahasiswa hanya perlu menumpukan perhatian terhadap pengajian, atau mengambil bahagian yang aktif dalam isu-isu nasional? Jawapannya akan berbeza apabila dikemukakan kepada pihak berkepentingan, misalnya pentadbiran universiti berbanding dengan kelompok yang menggelar diri mereka sebagai aktivis.

Mahasiswa diterima masuk ke universiti atas asas pencapaian akademik atau laluan khas, misalnya pencapaian, bakat atau keperluan tertentu. Kini, bilangan universiti awam sudah mencecah angka 20 buah, manakala universiti swasta, termasuk cawangan universiti asing menjangkau ratusan buah kampus. Bilangan mahasiswa juga mencecah angka lebih daripada 300,000 orang.

...

...

...

...

...

...

...

...

Tuesday, October 28, 2014

SIJIL PENGHARGAAN KEHADIRAN PENUH GURU DAN KAKITANGAN (REINFORCEMENT OF EXPECTED BEHAVIOUR)

Kemudahan cuti kakitangan awam diperincikan dalam Perintah Am Bab C. Selain kelepasan am Persekutuan dan Negeri dan cuti bersalin bagi kakitangan wanita, permohonan cuti perlu dipanjangkan kepada ketua jabatan masing-masing untuk kelulusan. Secara am, prinsip cuti berkenaan lebih bersifat kelayakan, bukan suatu hak mutlak yang akan diberikan secara automatik.

Ketua jabatan akan mempertimbangkan permohonan cuti subordinat berdasarkan kes demi kes, serta kepentingan perkhidmatan. Keutamaan akan diberikan kepada kes kecemasan yang membabitkan hal kesihatan keluarga terdekat, pendaftaran anak ke mana-mana institusi pengajian dan yang seumpamanya. Permohonan cuti tanpa rekod seperti kemudahan pengajian separuh masa (maksimum 30 hari dalam setahun), menghadiri kursus pentauliahan tentera simpanan wataniah, sebagai pemudah cara Biro Tatanegara juga mesti dipersetujuioleh ketua jabatan.

Kakitangan awam yang bertugas di pejabat juga mempunyai kelayakan cuti tahunan dan cuti gantian bekerja lebih masa. Namun, kaum guru tertakluk kepada jadual pembelajaran murid sepanjang tahun. Kewajipan melengkapkan semua kehendak sukatan pelajaran, pentaksiran dan kegiatan wajib sampingan yang lain juga tidak boleh dikecualikan.

Selain kemudahan cuti sakit yang ditandatangani oleh doktor perubatan yang bertauliah, serta dimaklumkan kepada ketua jabatan, guru diperuntukkan cuti rehat khas (CRK) sebanyak tujuh hari dalam setahun. Guru yang tidak menggunakan CRK akan dibayar sagu hati (golden handshake) dengan had maksimum 120 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Bayaran hanya akan dihitung dan dibayar setelah kakitangan bersara kelak.

Berdasarkan pengalaman sebenar di sekolah, memang sukar untuk mencatat kehadiran guru 100 peratus pada mana-mana hari persekolahan. Selain tugas rasmi di luar kawasan sekolah yang dikawal menerusi e-gerak, guru perlu menguruskan hal-ehwal anak yang masih belajar atau ibu bapa yang telah lanjut usia. Maka, CRK bahkan cuti tanpa gaji terpaksa juga dipohon.

Bagi menghargai guru yang mencatat kehadiran penuh di sekolah, suatu bentuk pengiktirafan khas berbentuk sijil disampaikan dalam suatu majlis yang disaksikan oleh rakan sejawatan. Lazimya, lebih kurang 30 peratus guru sahaja yang berjaya berbuat demikian. Hal itu tidak berlaku setiap tahun dalam kalangan guru yang sama.

Walaupun sijil kehadiran penuh guru tidak memiliki natijah signifikan dalam rekod perkhidmatan, penghargaan yang diterima itu tetap memiliki nilai sentimental yang tersendiri. Berdasarkan urusan keluarga yang sukar dijangka, serta kemungkinan diri sendiri jatuh sakit bila-bila masa, kejayaan hadir 100 peratus itu hakikatnya suatu keajaiban. Maka, tidak keterlaluan bahawa sijil berkenaan boleh dibingkaikan serta dipamerkan di atas meja guru sebagai galakan untuk mengulanginya saban tahun.

Bukan untuk menunjuk lagak atau mengundang cemburu orang lain, tetapi bagi memberi ganjaran kendiri terhadap satu pencapaian dalam perkhidmatan. Sijil itu juga boleh dijadikan sebagai dorongan kepada murid untuk melakukan hal yang sama. Jika ada yang sampai tergelak mencebik, atau sekadar melemparkan senyuman sinis, anggaplah sebagai suatu kejayaan menyampaikan mesej yang hebat ...

Monday, October 27, 2014

KERJA AMAL KELAB MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI (CREATIVE WAY OF HELPING DISADVANTAGES)

Pagi Ahad yang lalu, gerai capati Gazebo Abang Nash berhampiran kelab golf Water Sanctuary, Kampung Seri Rahmat menghala ke pekan Batu Gajah 'diserbu' secara serentak oleh sekumpulan besar pelanggan. Tuan punya gerai, seorang pengurus wilayah sebuah syarikat makanan segera yang berpangkalan di Johor Bahru kelihatan tidak menang tangan dan berpeluh melayan pesanan pelanggan. Kebetulan terdapat empat buah meja digabungkan untuk meraikan sepasang mempelai menyebabkan pelanggan yang baru tiba berdiri menunggu tempat duduk dikosongkan.

Seperti biasa terdapat pesanan bawa balik dalam jumlah yang besar oleh pelanggan tertentu, misalnya 20 keping capati atau capati telur cicah ikan sardin. Nasi lemak, mi kari, mi kicap, kuih muih dan nasi goreng menjadi rebutan. Minuman panas dan sejuk juga kelihatan ditatang oleh petugas kepada pelanggan silih berganti.
Gerai capati Abang Nash yang dijenamakan sebagai Gazebo Abang Nash menjadi tempat berkumpul dan berbincang secara tidak rasmi oleh kumpulan konvoi berbasikal mountain bike dan kumpulan konvoi motosikal kapcai, dan juga berkuasa tinggi. Abang Nash ialah anggota aktif kedua-dua kelab, malah boleh dianggap sebagai penasihat yang berwibawa. Maka, sebahagian kegiatan kumpulan menggunakan Gazebo Abang Nash sebagai pangkalan untuk bergerak.

Terpampang dengan jelas kain pemidang sepanduk tentang kegiatan amal kumpulan konvoi motosikal iaitu kempen makan capati sambil beramal. Capati Abang Nash memang istimewa, terutama capati telur gulung. Mungkin idea Abang Nash boleh dimajukan sebagai suatu jenama yang memiliki hak paten suatu hari nanti.

Abang Nash sudi mengorbankan sebahagian keuntungan jualan capati untuk didermakan kepada sebuah kompleks rumah anak yatim tempatan dan juga kepada pejuang Gaza di Palestin. Jumlah sumbangan yang kecil hanyalah suatu permulaan kerana sudah pasti ada idea lanjutan tentangnya. Sokongan yang diterima akan membuka jalan dan menyemarakkan semangat untuk usaha amal yang sangat murni.

Kegiatan pemilik kenderaan berkumpulan memang sudah menjadi kegilaan di seluruh dunia, termasuk kereta antik, kereta mewah dan motosikal biasa. Beberapa kes kemalangan yang turut membabitkan selebriti seperti Datuk K di New Zealand, Allahyarham Sophan Sofean (aktor Indonesia), dan terkini seorang jurutera muda, Allahyarham Hazalli tidak memudarkan semangat anggota kelab pemotoran yang semakin aktif. Malah, usaha kebajikan yang dilaksanakan wajar mendapat penghargaan yang tinggi.

...

...

Sunday, October 26, 2014

PERANAN IBU BAPA MEMBANTU DAN MEMBIMBING ANAK DALAM PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELAJARAN (INCREASING AUTONOMY AND REDUCING DEPENDENCY AMONG CHILDREN)



Terdapat kecenderungan sebahagian ibu bapa yang beranggapan bahawa anak-anak sebagai penyambung cita-cita mereka yang mungkin tidak kesampaian pada masa yang lalu. Lalu, mereka cuba menetapkan haluan pembelajaran anak-anak mengikut kehendak berkenaan. Mereka sedaya upaya mengelakkan diri daripada terpacul pertanyaan tentang pendapat peribadi anak-anak.

Pengalaman masa lalu ibu bapa yang harus akur dengan rancangan orang tua masing-masing berdasarkan persekitaran berbeza cuba dilanjutkan. Tanpa disedari, anak-anak menjadi mangsa paksaan atas sikap kuku besi yang mempengaruhi pemikiran ibu bapa. Sungguh malang bahawa bakat terbaik dan impian kendiri anak-anak kekal terpendam dalam bentuk sesalan yang panjang.

Saidina Umar al-Khattab radiallahu anhu pernah berpesan supaya ibu bapa menyediakan pendidikan dengan berasaskan keperluan masa hadapan, iaitu berciri futuristik. Maka, tugas ibu bapa yang sebenarnya ialah memperoleh input terkini tentang bidang pengajian yang serasi dengan bakat dan minat anak-anak menerusi pertolongan pakar, sama ada guru, kaunselor atau ibu bapa lain yang berfikiran terbuka. Anak-anak diberi bimbingan yang cukup bagi membuat keputusan pembelajaran yang cocok lagi terjamin.

Tekanan yang keterlaluan boleh menggoncang emosi kanak-kanak yang masih mentah, walaupun ibu bapa mungkin buat-buat tidak tahu akan bantahan senyap anak-anak. Andai kata pemberontakan dalaman itu tidak lagi tertanggung, anak-anak mungkin menunjuk perangai dan tingkah laku yang menakutkan ibu bapa. Sebelum perkara yang tidak diingini seperti itu berlaku, ibu bapa hendaklah menghormati hak anak-anak untuk membuat keputusan sambil melakukan intervensi dengan cara yang bijak dan berhikmah.

Seorang kenalan penulis blog (PB) yang kini memiliki klinik perubatan banyak kali meluahkan perasaan terkilan justeru cita-cita peribadi beliau ialah menjadi seorang arkitek. Namun, untuk tidak menghampakan ibunya yang bertungkus-lumus mencari rezeki, beliau pasrah. Kini, beliau turut bergelar ibu tunggal dan seorang anaknya sedang belajar di Mesir dalam bidang perubatan.

Satu kes lagi ialah seorang pelajar sekolah agama yang mula berkelakuan liar apabila mencecah usia remaja kerana tidak tahan dengan desakan dan paksaan ibu bapa supaya dia belajar di sekolah berkenaan. Remaja itu sanggup membantah cakap bapanya secara berhadapan, serta langsung tidak makan nasihat. Kepatuhannya sebelum menginjak akil baligh lenyap sama sekali.




Saturday, October 25, 2014

MAJLIS PERKAHWINAN DI TEMPAT EKSKLUSIF (BRIDAL RECEPTION PLANNING)

Hakikat persekitaran bandar yang serba sempit, sesak dan sibuk tidak memungkinkan konsep kenduri kendara sebagaimana di desa dapat dilaksanakan. Tuan rumah majlis tidak memiliki kawasan halaman rumah yang lapang, sebaliknya terpaksa menggunakan sebahagian laluan jalan raya di hadapan rumah masing-masing dengan ehsan jiran tetangga dan pihak berkuasa tempatan. Pilihan lain yang ada ialah sewaan dewan berdasarkan keupayaan kewangan yang mampu ditanggung.

Perkhidmatan perancang majlis perkahwinan juga boleh menjadi pilihan jika harga yang ditawarkan masih dalam lingkungan perbelanjaan yang tidak membazir. Memang benar bahawa majlis perkahwinan tidak sepatutnya bertujuan untuk bermegah-megah sehingga membawa dosa, tetapi suatu ibadah yang mengukuhkan ikatan persaudaraan dan kejiranan. Maka, sebarang keputusan tentang majlis yang hendak dilangsungkan perlu mengambil kira segala perkara yang berkaitan dengan adab, maqasid syariah dan nilai-nilai kemasyarakatan.

Di samping undangan kepada kaum keluarga, jiran tetangga, handai taulan dan def kenamaan, elok juga jika golongan kurang beruntung seperti anak yatim, orang kelainan upaya dan warga emas dijemput sama menikmati hidangan dan kemeriahan majlis. Sesungguhnya penghormatan yang diberikan kepada mereka pasti terbalas dengan barakah dan doa yang tulus suci. Sekali lagi hal ini tertakluk kepada peruntukan kewangan tuan rumah dan faktor lojistik seperti pengangkutan dan ruangan jamuan yang khusus.

...

...

...

...

...

Friday, October 24, 2014

PENYANGAK PECAH CERMIN KERETA BERKELIARAN (PRECAUTION OF CRIME ACTS)

Setinggi mana pun harapan kita agar indeks kesejahteraan hidup masyarakat menuju puncak, kegiatan jenayah masih terus berleluasa. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa sepanjang masa di sekeliling kita ada-ada sahaja mata liar penjenayah memerhatikan bakal mangsa yang cuai. Maka, komponen pelakuan jenayah yang bermula dengan niat jahat dilengkapkan dengan peluang yang terbuka dan mangsa yang bernasib malang.

Modus operandi jenayah sudah semakin agresif, nekad dan di luar jangkaan akal yang waras. Kejadian samun berkumpulan di tempat tumpuan awam dan jalan raya yang sesak pada hari yang terang-benderang bukanlah suatu cerita baharu. Pemasangan kamera litar keselamatan atau pergerakan kereta peronda polis tidak menggentarkan penjenayah  yang kejam dan tegar.

Maka, menjadi tanggungjawab orang ramai untuk menjaga diri, keluarga dan harta benda daripada menjadi sasaran penjenayah yang semakin licik dengan pelbagai taktik penyamaran. Pihak polis telah menggiatkan kempen kesedaran tentang hal itu menerusi pelbagai cara. Sepanduk seperti paparan gambar di atas menjadi bukti betapa pihak polis begitu serius mahukan orang awam memberikan kerjasama padu bagi membanteras kegiatan jenayah.

...

...

...

...

...

MENERUSKAN AZAM TAHUN BARU HIJRAH 1436 (THE REMAINING TIME BECOMING SHORTER, SHORTER, ...)


Thursday, October 23, 2014

ISU PEMUNGUT DERMA KANAK-KANAK (TAKING ADVANTAGE OF GENEROUS SOCIETY)

Antara sifat insan yang bertaqwa ialah kesanggupan menafkahkan sebahagian rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka (rujuk al-Quran, 2:3). Umat Islam wajib menunaikan zakat sebagai penyempurnaan rukun Islam keempat, selain digalakkan menghulurkan sedekah jariah, derma, wakaf dan perbelanjaan ke jalan Allah (infaq) yang lain jika berkemampuan dari segi kewangan dan harta benda. Proses menafkahkan sebahagian rezeki itu merupakan pembersihan (tazkiyah) yang memberikan hak kepada golongan lain yang mempunyai bahagian daripadanya.

Sebahagian rezeki yang dinafkahkan akan berfungsi sebagai mekanisme agihan semula pendapatan kepada seluruh masyarakat supaya maksud syariat dari segi tolong-menolong (ta'awun) akan tercapai (al-Quran, 5:2). Dari satu segi, golongan yang memiliki akses atau kelebihan terhadap rezeki bermakna terdapat lebih banyak orang lain yang terlepas kesempatan berkenaan atas sebab-sebab tertentu. Maka, sebarang bentuk agihan semula rezeki yang diperoleh juga boleh dianggap sebagai pampasan kepada golongan yang tidak berkesempatan kerana laluan yang diberikan untuk orang-orang yang dikurniakan rezeki yang melimpah ruah tanpa persaingan yang sama rata.

Sebahagian rezeki yang dinafkahkan itu memberikan kuasa beli kepada si penerima. Mereka akan berbelanja di pasaran untuk membeli barang dan perkhidmatan yang mungkin juga disediakan oleh si pemberi nafkah menerusi amalan zakat, sedekah, wakaf, derma dan sebagainya. Pada akhirnya, saiz pusingan aliran pendapatan sesebuah ekonomi akan berkembang, lalu taraf hidup dan indeks kesejahteraan masyarakat akan meningkat.

Tanpa kuasa beli golongan yang kurang beruntung, sebahagian barang dan perkhidmatan di pasaran tidak laku mengakibatkan kegiatan pengeluaran yang berkaitan akan dihentikan sehingga memburukkan lagi tahap kuasa beli masyarakat yang dibelenggu masalah pengangguran. Perusahaan yang dimiliki oleh golongan kaya juga akan terjejas kerana permintaan yang rendah. Malah, golongan yang tidak memiliki kuasa beli akan berasa tidak puas hati atas sistem agihan pendapatan yang berat sebelah.

Sistem zakat dan penafkahan sebahagian rezeki yang teratur bakal meningkatkan tahap kebajikan masyarakat, iaitu kos sara hidup yang adil dan taraf hidup yang tinggi. Jurang agihan pendapatan, yang diukur menerusi pekali Gini, keluk Lorenz atau persantil, juga semakin mengecil. Asnaf zakat akan terbela, golongan miskin tegar berjaya dibawa keluar daripada putaran ganas kemiskinan, manakala kegiatan ekonomi yang sihat dapat dilaksanakan.

Perkara yang sepatutnya berlaku sering sahaja tidak berlaku justeru begitu banyak kekangan, manipulasi dan sikap tamak manusia yang memegang amanah. Manusia dengan segala kelemahan dan kekurangan mudah terjebak dalam kancah dosa dan penyelewengan. Terdapat golongan yang tergamak mengambil kesempatan atas kemurahan hati masyarakat untuk kepentingan diri sendiri dan kumpulan.

Kegiatan memungut derma jalanan untuk merayu simpati orang ramai kian menjadi-jadi. Tidak kira di pintu masuk bank, tapak pasar malam, tapak pasar tani, di tempat letak kereta, stesen minyak, perkarangan masjid, restoran dan segala tempat tumpuan orang ramai, di situ kelihatan pemungut derma dengan pelbagai penampilan dan ragam. Sebahagian pemungut derma datang secara bersendirian, manakala sebahagian lagi diangkut dengan kenderaan yang selesa seperti Econovan atau Starvic.

Pemungut derma rasmi, misalnya anggota pengakap dan bulan sabit merah mungkin melakukan kegiatan secara bermusim, tetapi pemungut derma jalanan beroperasi dari pagi hingga lewat malam setiap hari. Hal itu mendapat teguran seorang sarjana pengamatan sosial terkemuka, Profesor Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yussof dari UKM (klik di sini). Beliau kesal kerana kanak-kanak mentah dikerah memungut derma sebagai jalan mudah kepada penganjur institusi pengajian tradisional tertentu untuk mencari sumber kewangan.

Kesedaran tentang eksploitasi kanak-kanak barangkali belum begitu meluas sehingga tergamak segolongan orang dewasa melakukan penindasan secara halus. Bayangkan kanak-kanak perempuan yang terdedah kepada kes gangguan seksual dan jenayah kekerasan. Maka, sebelum terlambat, penganjur derma jalanan yang disyaki mengeksploitasi kanak-kanak hendaklah disiasat, didakwa jika menjurus terhadap asas pertuduhan, dihadapkan ke muka pengadilan jika berstatus prima facie dan dikenakan hukuman yang yang setimpal apabila didapati bersalah.

Mungkin sudah sampai masanya suatu persidangan khas tentang isu pemungut derma jalanan, khususnya membabitkan kanak-kanak dianjurkan dengan segera. Pengendali institusi pondok, rumah anak yatim dan tahfiz yang berdaftar perlu dijemput sebagai peserta persidangan bagi mencari jalan keluar yang lebih baik bagi menangani masalah pembiayaan pendidikan yang mereka alami. Tugas mengumpul dana tergalas atas bahu orang dewasa, bukan kanak-kanak yang sepatutnya sibuk dengan pengajian, serta mendapat rehat yang secukupnya.

Wednesday, October 22, 2014

EKSKLUSIF ATAU INKLUSIF: APLIKASI DUNIA PENDIDIKAN DAN POLITIK (UNCONDITIONAL WELCOME)

Secara mudah, eksklusif bermakna khas, khusus atau istimewa. Inklusif pula bemaksud menyeluruh, am atau untuk semua. 

...

...

...

...

...

...
 
...

...

...

Tuesday, October 21, 2014

Monday, October 20, 2014

RESTORAN HARGA MURAH DI IPOH (PAY LESS FOR DELICOUS BREAKFAST, LUNCH)



Alasan mengejar masa ialah ungkapan klise bagi golongan yang sering makan minum di luar rumah. Selain itu, ada juga alasan tentang tukar selera atau berasa jemu dengan makanan ringkas yang boleh disediakan sendiri seperti lempeng kosong cicah kari atau oat. Hakikat sebenar ialah masih punya wang dan kuasa beli, serta tidak payah mencuci perkakas makanan.

Bagi pegawai kerajaan kumpulan A (pengurusan dan profesional), mereka dilarang daripada membeli atau menikmati makanan di tepi jalan sepertimana yang digariskan dalam perintah am kerajaan. Namun, sama ada memang tidak tahu atau buat-buat tidak tahu, peraturan itu hanya tinggal di atas lembaran naskhah perintah am yang tidak pernah ditelek lagi setelah melepasi proses pelantikan dan pengesahan jawatan. Tambahan pula, makanan yang dijual oleh penggerai, penjaja dan peniaga pasar malam selalu pula lebih enak dan berkhasiat justeru sudah terdapat penjual jalanan yang memiliki kelayakan kulinari dan sajian.

Kriteria pemilihan makanan ialah dari segi harga, kebersihan, layanan dan kedudukan sesebuah tempat jualan. Pelanggan juga kebiasaannya peka tentang penampilan dan kesihatan penjual makanan. Semoga suatu hari nanti, semua penaiaga makanan perlu mempamerkan sijil kelayakan perniagaan setelah lulus saringan kesihatan dan kursus intensif penjualan makanan berkhasiat.

Ipoh memang terkenal sebagai tumpuan pengunjung untuk makan-makan, lebih-lebih lagi pada  pada hujung minggu dan musim percutian. Bandaraya Ipoh hidup 24 jam kerana banyak premis makanan, khususnya restoran mamak sentiasa dibuka. Orang ramai seakan-akan tidak peduli tentang keburukan berat badan berlebihan atau bahaya perisa tambahan tertentu.
Terdapat sebuah restoran yang mendapat sambutan hangat golongan pelajar dan tentera di Taman Cempaka, Ipoh iaitu Restoran Halimah Bachik. Disebabkan sewa kedai di Taman Cempaka berdasarkan kontrak tertentu, sudah banyak kali restoran itu bertukar tempat. Pada hal, Halimah Bachik sudah memiliki jenama kukuh, setara dengan Restoran Sabar Menanti dan Restoran Tasik Raban berhampiran Stadium Perak.

Pengasas restoran, Puan Halimah Bachik sudah menyerahkan pengurusan restoran kepada adik-beradik yang lain. Cawangan restoran di Ampang juga sudah ditutup walaupun petugas di situ juga tidak menang tangan melayan pelanggan. Masalah tipikal dari segi memperoleh pekerja yang amanah dan mahir yang dihadapi oleh usahawan makanan juga dikongsi oleh Restoran Halimah Bachik.

Taman Cempaka berkedudukan strategik justeru sebahagian besar pelajar Politeknik Ungku Omar menyewa rumah kos rendah di situ. Selain itu, kem tentera Tambun hanya terletak bersebelahan, manakala sekolah ternama seperti Star, Izzudin Shah dan Kolej Vokasional (dahulu Teknik Brash) juga sangat berdekatan. Selain itu, Institut Penyelidikan Haiwan, Jabatan Kimia dan Jabatan Geosains juga hanya dalam jarak berjalan kaki.

Restoran Halimah Bachik ‘diserbu’ ketika waktu sarapan pagi dan makan tengah hari. Hidangan roti canai dalam tray disediakan dengan lebih bersih berbanding restoran mamak. Menu lazim seperti mi goreng, nasi goreng, kuetiau dan lontong juga disediakan. Kuih-muih yang diletak oleh peniaga luar atas cabutan komisen juga boleh dibeli.

Harga makanan yang perlu dibayar memang sangat berpatutan. Barangkali keluarga Halimah Bachik mementingkan keberkatan dalam perniagaan makanan, iaitu kebajikan dan keuntungan secara sekali gus. Maka, kadar harga pelajar juga dapat dinikmati oleh keluarga tentera, pensyarah politeknik dan pengunjung lain. Kaum Cina dan India juga kelihatan sama kerana mereka juga sanggup membayar untuk hidangan yang enak dan berkhasiat.

Restoran Halimah Bachik hanya beroperasi sehingga pukul dua atau tiga petang setelah juadah makan tengah tengah hari habis dijual, termasuk secara bungkus. Waktu lewat petang ialah tempoh berehat dan bertenang buat petugas restoran. Hendaknya tabiat makan kita juga demikian …

Sunday, October 19, 2014

Saturday, October 18, 2014

ASIA DILANDA ANGIN KENCANG, CUACA LEMBAP DAN PUTING BELIUNG (ERROR IN WEATHER FORECAST)

Amaran tentang bencana kemarau dan el-nino tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya, benua Asia mengalami musim basah yang berterusan sejak beberapa bulan. Negara kepulauan seperti Filipina, Indonesia dan Jepun memang terdedah kepada ancaman, badai, ribut dan taufan.

Di Malaysia sendiri, fenemona pusaran angin yang mampu menerbangkan objek yang berada di laluannya, iaitu puting beliung telah memakan korban jiwa seperti yang berlaku di sebuah balai polis di ibu negara. Selain itu, kerosakan harta benda juga berlaku, misalannya di Pendang, Kedah dan sebuah sekolah berasrama penuh elit, Kolej Tunku Kurshiah di Nilai, Negeri Sembilan. Dentuman petir secara tiba-tiba juga sangat berbahaya kepada orang ramai yang berada di kawasan lapang dan di dalam bangunan yang bertindak balas dengan pemindahan cas elektron yang dihasilkan oleh kilat, sehingga mencapai tahap halilintar (klik di sini).
sumber ambilan gambar di sini

Di Bintulu pula, berlaku kejadian belalai air yang berlanjutan selama 20 minit dalam keadaan cuaca gelap seperti gambar di atas. Pusaran angin mampu menjulang air dari permukaannya begitu tinggi. Pengalaman cuaca yang baharu dan pelik kepada rakyat tempatan menandakan pengetahuan geografi (ilmu alam) tidak boleh diketepikan daripada sistem pendidikan di sekolah dan media.

Sistem pengairan dan saliran di kawasan bandar yang padat dengan binaan konkrit yang tidak dapat menampung muatan air yang berlebihan mungkin sekali membawa kepada banjir kilat. Pengalaman warga Kuala Lumpur kini sudah melarat ke Kajang dan Rawang. Maknanya, penduduk bandar besar yang lain juga perlu membuat persediaan yang perlu jika hujan turun mencurah-curah dalam tempoh yang panjang.

Suhu lembap dan dingin juga mungkin mendatangkan risiko kepada orang ramai yang tidak memiliki sistem daya tahan badan untuk menghadapi serangan bakteria dan virus tertentu. Peruntukan wang untuk urusan rawatan tidak dapat dielakkan. Keluarga yang berada mungkin boleh menggunakan kad kesihatan insurans dan takaful untuk rawatan pakar, manakala golongan kurang berada harus bergantung kepada pengamal perubatan am untuk pesakit luar di hospital dan klinik awam.

Hanya jika seseorang pesakit ditahan untuk rawatan lanjut di wad, baharulah mereka diletakkan di bawah pengawasan pakar dari segi preskripsi ubat-ubatan dan keputusan untuk kebenaran keluar dari hospital. Urusan harian masih dilakukan oleh doktor am dan jururawat. Petugas hospital mengalami kesibukan berganda dan tekanan kerja justeru terpaksa melayan pelbagai kerenah pesakit dan keluarga mereka.

Jalan raya pula menjadi licin dan di sana sini terbentuk lopak serta takungan air yang boleh mengakibatkan tayar kenderaan gagal mencecah permukaan jalan. Jarak pemandangan di jalan raya juga menjadi terhad, manakala pantulan cahaya daripada lampu kenderaan arah bertentangan boleh mengganggu tumpuan pemanduan. Kenderaan yang tidak disenggara dengan baik mungkin mengakibatkan sistem pendingin hawa dan bilah pengelap cermin tidak mampu menghalang pembentukan kabus yang memburukkan kawalan pemanduan.

Femomena cuaca basah dan lembap juga berpotensi menjejaskan bekalan tenaga elektrik. Andai kata berlaku air bah berhampiran kawasan pencawang atau talian voltan tinggi, arus air yang terbentuk mungkin sekali mengandungi cas elektrik yang mendatangkan risiko renjatan. Maka, bekalan elektrik mungkin terpaksa diputuskan buat sementara sehingga segala bahaya berjaya dialihkan.

Langkah berjaga-jaga ketika cuaca basah, lembap dan gelap tidak bermakna bahawa kita terperangkap dengan fikiran negatif dan pesimis, sebaliknya sebagai ikhtiar untuk menghindari bahaya. Banyak sekali bacaan doa yang disyorkan supaya pergantungan insan secara mutlak semata-mata kepada Yang Maha Esa. Mudah-mudahan kita bisa menitip hikmah yang tersembunyi ...

Friday, October 17, 2014

'GOOGLE STREET VIEW' ANCAM PRIVASI? (THE AGE OF SEE THROUGH)

Pengenalan teknologi satelit telah memberi manfaat yang tidak terhingga terhadap peradaban pascamoden. Sektor pertanian kini dibantu menerusi sistem penderiaan jauh (remote sensing), manakala ralat dalam bidang kaji cuaca juga kini lebih kecil. Komunikasi maya jalur lebar tanpa wayar juga telah mengalami kemajuan yang cukup pesat.

Kini, orang awam sudah boleh mencapai pemandangan lokasi untuk lebih 60 buah negara walaupun bukan secara masa sebenar (real time). Contohnya, klik di sini.

...

...

...

...

...

...

Thursday, October 16, 2014

MEMILIH SAHABAT SEJATI (JEWEL AND GLASS)

Rangka penulisan
1   Pengenalan:  Isu, konsep, gambaran, kecindan
2   Mengapa sahabat sejati?
3   Ikhlas, ke arah kebaikan (syurgawi)
4   Setia kawan: susah senang bersama
5   Menjaga air muka, rahsia
6  
7
8   Penutup: kesimpulan am, saranan, harapan, penegasan

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Wednesday, October 15, 2014

Tuesday, October 14, 2014

SEJARAH PEPERIKSAAN MURID TINGKATAN TIGA (LOWER SECONDARY EDUCATIONAL MEASUREMENT)

Usaha memartabatkan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan telah menempuh jalan yang begitu mencabar. Pengenalan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sebagai pilihan kepada Lower School Certificate (LCE) yang setara dengan Junior Cambridge di United Kingdom. Kelayakan SRP memungkinkan seseorang itu melamar pekerjaan dalam sektor awam dan swasta secara terus, misalnya sebagai budak pejabat (peon) atau anggota keselamatan dalam usia awal remaja.

Bagi memperoleh SRP gred A, calon mesti lulus semua mata pelajaran, termasuk Ilmu Hisab (Matematik). Calon yang beroleh F9 untuk matematik termasuk dalam gred S, iaitu gagal SRP walaupun pencapaian mata pelajaran lain memberangsangkan. Pada ketika itu Sejarah dikenali sebagai Tawarikh, manakala Geografi pula ialah Ilmu Alam.

Pada tahun 1993, SRP digantikan dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang tidak lagi berdasarkan agregat lima mata pelajaran terbaik. Calon dikurniakan gred A hingga G, tetapi tidak boleh mencatat satu pun gred G bagi tujuan persijilan. Katakan seorang calon beroleh 8A, tetapi gagal dalam satu mata pelajaran elektif, dia dikira sebagai gagal PMR.

Pembantah sistem peperiksaan berpusat kemudian berjaya memberi tekanan di seluruh dunia, termasuk Malaysia sehingga muncul konsep pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Namun, kesesakan akses kemasukan markah atas talian menyebabkan PBS mengalami penjenamaan semula, iaitu pentaksiran tingkatan tiga (PT3). Segala pentadbiran instrumen PT3 disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), tetapi pemasangan item dilakukan di sekolah dengan tatacara operasi piawai (S.O.P) yang begitu ketat.

...

...

...

...

...

...

Monday, October 13, 2014

EKONOMI BRIC SENASIB DENGAN NIC's ASIA? (KNOWING FRIEND AND FOE)

Banyak negara yang pernah mengecapi status maju berhadapan dengan krisis ekonomi yang serius. Contohnya, Greece, Itali dan Sepanyol di benua Eropah. Suatu ketika dahulu (1997-98), beberapa buah negara Asia yang pernah diunjurkan sebagai kuasa baharu ekonomi dunia (mega trends 2000) ranap dek serangan mata wang yang didalangi George Soros. Malayasia, Indonesia dan Korea Selatan turut menjadi mangsa konspirasi licik kuasa ekonomi Barat yang berasa terancam dengan kemungkinan bahawa kedudukan mereka bakal tergugat.

Terkini, Brazil dilaporkan sedang pulih daripada krisis ekonomi yang panjang walaupun pernah tersenarai dalam kelompok empat negara yang berpotensi muncul sebagai pusat pertumbuhan ekonomi dunia yang baharu bersama Russia, India dan China (ringkasnya BRIC). Negara-negara berkenaan memiliki persamaan dari segi saiz geografi dan profil demografi yang besar. Dengan kepimpinan yang bijak menggemleng kekayaan sumber alam dan pasaran domestik yang besar, Bric tidak lagi perlu bergantung secara keterlaluan terhadap perdagangan antarabangsa.

...

...

...

...

...

...

...

...

Sunday, October 12, 2014

SANGGUP MENUNGGU LAMA DEMI WANG (MATERIAL DESIRE)

Tengah hari Ahad (12/10/14), penulis blog (PB) singgah sebentar di kompleks Angsana Mall, dahulunya Greentown Mall. Kelihatan kerusi plastik berwarna merah memenuhi bahagian tengah aras bawah berdekatan pintu masuk utama. Memang ruang itu sangat strategik untuk menarik perhatian pengunjung untuk menjengah atau mengambil bahagian dalam acara yang disediakan.

Anggaran kasar jumlah kerusi plastik merah yang diletak ialah sebanyak 500 unit. Terdapat juga sebuah pentas mudah alih di hujung pintu keluar sebelah belakang kompleks. Rupa-rupanya akan berlangsung majlis cabutan bertuah pelanggan Uda-Ocean yang dijenamakan sebagai UO sahaja yang diiringi tag line Untung Orangramai (sepatutnya ejaan tepat: orang ramai).

Sebahagian kerusi plastik merah sudah ada 'tuan punya' walaupun majlis hanya akan bermula pukul tiga petang. Pelanggan UO pada hujung minggu datang dari seluruh daerah di Perak, termasuk Tanjung Malim dan Parit Buntar yang dekat dengan bandaraya Kuala Lumpur dan Georgetown. Nampaknya, jati diri orang Perak begitu menebal!

Hadiah utama yang ditawarkan memang lumayan, iaitu tunaiRM22,000.00. Taktik lama meletakkan barang seperti beg untuk membolehkan pasangan dan anggota keluarga yang lain meninjau ruang perniagaan di kompleks UO. Bagitu juga untuk giliran makan dan solat, gamaknya.

...

...

...

...

...

...

Friday, October 10, 2014

BELANJAWAN 2015: SOROTAN DAN TUMPUAN (HALF MONTH PAY FOR GOVERNMENT STAFF)

...teks ucapan penuh (klik di sini, atau di sini untuk terjemahan bahasa Inggeris)

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Thursday, October 9, 2014

PENDIDIKAN BUKAN SUATU PELABURAN (MISCONCEPTION OF ECONOMICS TERM)

Ahli-ahli ekonomi berpegang kepada maksud pelaburan sebagai proses pembentukan modal kasar fizikal dengan tujuan untuk meningkatkan pengeluaran dan pendapatan pada masa hadapan. Atas sebab yang sama, urus niaga saham atau unit amanah tidaklah tepat untuk dikatakan sebagai suatu pelaburan, tetapi semata-mata tabungan (deposit atau simpanan). Demikianlah hitungan pendapatan negara yang dibuat menerusi kaedah perbelanjaan, iaitu C + I + G + Xn (penggunaan + pelaburan + perbelanjaan kerajaan + eksport bersih).

Namun, penggunaan perkataan pelaburan secara 'amatur' oleh orang awam atau disiplin pengajian yang lain barangkali boleh dimaafkan. Pelaburan mungkin dijadikan sebagai ibarat atau tamsilan (analogi) secara berleluasa bagi menggambarkan kepentingan sejumlah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk sesuatu matlamat. Perbahasan sama ada pendidikan itu suatu pelaburan atau penggunaan telah disentuh secara panjang lebar dalam teori modal insan (sila buat carian di laman ini sendiri di bawah tajuk 'pencapaian akademik penentu kejayaan').

...

...

...

...

...

...

Tuesday, October 7, 2014

KEPEDULIAN TERHADAP PRINSIP EKUITI DI SEKOLAH (DISCRIMINATION PRACTICE EVERYWHERE)

Sudah menjadi lumrah dan resam dunia bahawa yang cantik dan sedap dipandang mata mendapat layanan secara lebih baik. Sebaliknya, golongan yang kurang beruntung terpaksa menelan hakikat bahawa dalam banyak keadaan mereka akan terpinggir dan tersingkir. Keajaiban hanya mungkin berlaku jika rasa rendah diri yang bersarang dalam diri mereka dapat ditransformasikan kepada keinginan melawan segala bentuk kekejaman yang dihadapi dengan penuh harapan.

Penindasan berlaku dalam mana-mana organisasi akibat kepimpinan yang tidak peka, tidak prihatin dan tidak unggul. Macam pembesar dahulu kala yang banyak bergantung kepada cakap orang kepercayaan yang mengelilingi mereka. Kepimpinan yang lemah itu membuka ruang untuk oportunis menjalankan rancangan yang menjurus terhadap kepentingan peribadi.

...

...

...

...

...

...

...

...

Saturday, October 4, 2014

MESEJ PENGORBANAN DAN PERPADUAN DALAM KHUTBAH EIDUL ADHA (PREPARING VEHICHLE TO PARADISE)


TEKS TAKLIMAT PERSEDIAAN MIKROEKONOMI STPM (PLANNING FOR MAXIMUM MARKS IN WRITTEN EXAM)

TEKS CERAMAH PERANCANGAN JAWAPAN
EKONOMI STPM: PENGGAL 1, ULANGAN 1

Khamis, 16102014. 8.35-9.45 pagi

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat pagi

Guru Ekonomi prauniversiti SMK St. Michael, Ipoh dan calon STPM Penggal 1 tahun 2015 yang dihormati dan dikasihi sekalian.

Terima kasih kerana sudi hadir di dewan kuliah yang begini indah pada pagi ini demi mencari jalan menuju persada kecemerlangan akademik yang menjadi tujuan utama pelajar berdaftar sebagai pelajar prauniversiti tingkatan enam mulai bulan Mei yang lalu. Kini, setelah lima bulan berlalu, kalian bakal menempuh peperiksaan penggal 1 kira-kira sebulan dari sekarang. Selagi detik melangkah ke dewan peperiksaan belum menjelma, segala persiapan dan strategi masih relevan.

Pada pagi ini, saya diberi kepercayaan oleh pihak pentadbiran prauniversiti SMI untuk mendapatkan maklum balas pelajar tentang kertas Ekonomi 1, iaitu mikroekonomi dan seterusnya kita bersama-sama memperakukan saranan terbaik buat persediaan STPM penggal 1. Mari kita uji betapa semangat kerjasama dalam kalangan Michaelian memungkinkan impian hebat kecemerlangan STPM Penggal 1 menjadi kenyataan.

(aktiviti tepuk tangan: mulakan dengan satu jari, dua jari, tiga jari, empat jari, semua jari )

Terima kasih. Sebagai pelajar yang sedang melalui fasa usia matang, saya berpendapat bahawa kalian berupaya membuat kesimpulan masing-masing tentang aktiviti tepuk tangan sebentar tadi.

Pelajar yang dimuliakan,

Apakah peperiksaan?
(mula slaid power point)

Hakikatnya peperiksaan lebih daripada sekadar luahan pengetahuan dan kemahiran tertentu. Peperiksaan ialah tentang kepekaan (cakna), kecekapan dan kebijaksanaan. Calon berhadapan dengan sejumlah peruntukan masa dan peruntukan markah yang tertentu. Maka, kelebihan untuk memperoleh skor markah dan gred tertinggi memihak kepada pelajar yang memiliki perancangan jawapan yang tepat.

Mari sama-sama kita teliti maklumat peperiksaan Ekonomi 1

Tarikh: 19 November 2014 (Khamis)
Masa:    8.00 – 10.00 pagi (2 jam = 120 minit)

Format kertas:  aneka pilihan 20 soalan = 20  markah
                          :  esei jawab 4 daripada 6 soalan = 40 markah
                          :  kuantitatif jawab 2 daripada 3 soalan = 20 markah

Jumlah markah = 80 markah, dan wajaran keseluruhan kertas Ekonomi STPM = 32 peratus

Secara hitungan konservatif, 80 markah = 120 minit à 1 markah = 1.5 minit
 Hitungan konservatif ialah gambaran ekstrem, had maksimum sesuatu nisbah.

Namun, calon peperiksaan yang bijak, cakna dan cekap akan mengaplikasikan prinsip hitungan konservatif itu ke arah perancangan jawapan yang jitu sebagai prasyarat pencapaian kecemerlangan.

Mari pertimbangkan saranan berikut:

Sebaik sahaja dibenarkan menulis, pertama catatkan jadual ini

8.00 – 8.25 pagi:  Bahagian A: aneka pilihan

8.25 – 8.50 pagi:  Bahagian C: kuantitatif

8.50 – 9.40 pagi:  Bahagian B:  esei

9.40 – 10.00 pagi:  Semakan ketinggalan dan penambahbaikan

Bahagian A akan membantu calon beroleh imbasan konseptual dan teoritikal yang boleh membantu perancangan jawapan kuantitatif dan esei. Misalnya, dari segi laras ayat ekonomi, cara melukis keluk yang lengkap dengan paksi dan label, serta idea jawapan.

 … bersambung dalam bahagian 2