SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, January 30, 2015

BAB 30 NOVEL 'LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA: SERANGAN BALAS' (HIGHEST TENSION WITH SAD ENDING)

Sinopsis
(rujukan naskhah asal, muka surat 300 - 311.

Dalam kedinginan pagi dan detik genting peperangan, Leftenan Adnan menunaikan solat Subuh dengan khusyuk. Sebaik terang, Leman berteriak memberitahu kedatangan askar Jepun. Lima buah kereta perisai musuh muncul, tetapi mengibarkan bendera putih. Mereka menghantar seorang utusan untuk memberi kata dua: menyerah atau mati. Setelah Adnan bertegas, serangan Jepun bermula dari udara, meriam, mortar dan arteleri. Leftenan Renya Mutuguchi berhadapan dengan Leftenan Adnan.

Dentuman yang kuat menyukarkan komunikasi. Mujur kedudukan askar Melayu di kawasan tanah tinggi Celap (gap). Kapten Rix datang membantu. Jumlah korban yang tinggi memaksa Mutugichi memerintahakan askarnya berundur. Yamashita berang kerana askar Melayu yang serba kekurangan gagal ditumpaskan. Yamashita mahu semua askar Melayu 'hingusan' dihapuskan atau Mutuguchi dan Kimura menerima akibat buruk.

Mutuguchi merengus, berasa malu dan tercabar, lalu merancang serangan baharu. Sementara itu, Percival memerintahkan askar Melayu bergerak ke Bukit Candu yang baru ditawan semula. Sepanjang malam pasukan Leftenan Adnan memperkukuh benteng pertahanan dengan beg pasir dan menggali parit. Jepun yang menyangka Pasir Panjang telah ditinggalkan mengalami serangan askar British yang mengambil alih kedudukan di sana.

Prebet Ujang dan Koperal Sahak yang lolos daripada tawanan Jepun memberikan maklumat penting kepada Leftenan Adnan. Mutuguchi menghantar askar yang menyamar sebagai tentera Sikh. Koperal Senin memaklumkan kemunculan tentera 'Sikh' kepada Adnan Namun setelah melihatnya sendiri, Adnan curiga dengan tubuh mereka yang kecil dan rendah, serta bergerak secara berempat, bukan tiga seperti latihan askar British. Setelah dekat, Adnan memerintahkan tembakan yang membunuh 20 orang askar musuh itu. Percival memuji ketangkasan Adnan.

Watak dan perwatakan

Leftenan Adnan

Leftenan Renya Mutuguchi

Yamashita

Percival

Koperal Senin

Sarjan Hasan

Latar masyarakat

...

...

...

Nilai

...

...

...

Persoalan

...

...

...

Pengajaran

...

...

...

Latar tempat

...

...

...

Latar masa

...

...

...

Perbincangan kbkk / kbat

...

...

...

1 comment:

Anonymous said...

kenapa tak lengkap? pls cikgu lengkapkan