SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, January 17, 2015

PENGALAMAN SEBAGAI PESERTA PENTAKSIRAN KEPENGETUAAN (CERTIFIED SCHOOL LEADERS)

Pada tahun 2001, pencalonan untuk mengikuti kursus kelayakan ikhtisas kepengetuaan kebangsaan (NPQH) perlu melepasi sesi pentaksiran bertulis dan temu duga. Alhamdulillah, memang tiada masalah tentang itu. Panel temu duga berpuas hati tentang penampilan sosok bersemuka (in person) dan jawapan yang dilontarkan.

Namun, apabila nama tidak ada dalam senarai pendek terakhir, tanda tanya perlu dirungkai dengan menghubungi Institut  Aminuddin Baki, Genting Highland (IAB) sebagai pengendali program latihan pemimpin pendidikan. Ketika itu, panggilan hanya dapat dilakukan dengan talian tetap Telekom Malaysia. Zaman telefon bimbit belum bermula, melainkan mereka yang sanggup mengusung Atur (automatic telephone using radio) yang menggunakan gelombang analog.

Maklum balas IAB semua proses melepasi tahap keperluan pencalonan, melainkan purata markah prestasi tahunan yang sedikit sahaja tidak sampai. Tiada apa yang boleh diubah lagi kerana calon-calon peserta kursus sudah pun menerima surat tawaran masing-masing. Maklum balas di peringkat dalaman sekolah harus disimpan sendiri, off record, hal ehwal rumah tangga organisasi.

Rakan-rakan yang berjaya ke IAB mengikuti kursus diploma kepengetuaan selama setahun, kemudian sarjana kepengetuaan di Universiti Malaya (UM) setahun lagi. Maka, tibalah masanya melaksanakan Pelan B, iaitu menyambung pengajian ijazah tinggi dalam bidang perancangan dan pentadbiran pendidikan. Alhamdulillah, permohonan diterima kerana Dr. Sufean Hussien, ketika itu ketua jabatan pengurusan pendidikan UM (kemudian dekan fakulti, serta profesor pengajian dasar) berpuas hati dengan latar belakang dan pengalaman yang ditulis dalam borang permohonan.

Setelah satu semester berdaftar sebagai pelajar sambilan hujung minggu, pengetua mencadangkan supaya permohonan biasiswa dibuat. Alhamdulillah, bersama dua orang rakan di sekolah yang sama dipanggil temu duga dan seterusnya ditawarkan biasiswa di bawah program hadiah latihan persekutuan (HLP): cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa. Semasa taklimat bersama 300 penerima HLP (calon sarjana dan Ph.D) di Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur, 30 orang peserta NPQH ada bersama.

Tamat pengajian sarjana, sepatutnya berkhidmat dengan Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) di Putrajaya. Hanya lima orang pemegang biasiswa HLP untuk pengkhususan perancangan pendidikan, tetapi kecenderungan untuk kembali ke sekolah begitu kuat. Setelah berurusan di bahagian Sumber Manusia yang turut mencadangkan penempatan sebagai pensyarah maktab perguruan dan bahagian lain juga akhirnya berjaya 'ditolak'.

Sebelum memperoleh izin kembali ke sekolah, harus berurusan dengan Bahagian Sekolah, serta mendapat pelepasan Jabatan Pendidikan Teknikal yang menjaga norma perjawatan guru sekolah teknik. Alhamdulillah, sekali lagi semuanya berjalan lancar. Urusan seterusnya usaha kembali ke negeri Perak yang hanya ada keksongan 64 tempat, serta 7 tempat sahaja di Ipoh.

Tidak berapa lama bertugas semula di sekolah, sekali lagi pencalonan sebagai peserta pentaksiran kepengetuaan di terima. Calon akan ditaksir secara bertulis dan bersemuka di Institut Aminuddin Baki cawangan utara di Jitra. Peserta yang lulus pentaksiran boleh dilantik terus sebagai pengetua, kemudian perlu mengikuti kursus kepimpinan pendidikan secara berkala di IAB.

Setelah beberapa bulan tidak mendengar khabar berita, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan pun dihubungi. Sejumlah 118 orang calon dari Perak lulus pentaksiran kepengtuaan tersebut, tetapi hanya tiga orang sahaja yang berjaya dilantik. Sebabnya ialah umur persaraan ditambah dua tahun lagi, sedangkan tempoh sah kelayakan pentaksiran kepengetuaan mod sehari suntuk itu hanya sah untuk setahun.

Cerita kepengetuaan menjadi perlahan kerana menerima pelantikan sebagai guru akademik tingkatan enam (hakiki DG 48), setara dengan pengetua. Namun, tidak lama kemudian, semua penolong kanan juga menerima gred DG 48, manakala pengetua DG 52. Sebilangan pengetua pula baru mencecah usia awal 40-an yang akan menjaga guru-guru veteran yang tercicir daripada teraju kepimpinan sekolah, sama ada secara suka rela (tidak memohon) atau tiada rezeki ...

No comments: