SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Monday, January 19, 2015

NOVEL 'LEFTENAN ADNAN' TINGKATAN 4: BAB 11, BAB 12 (COURAGE AND PROVOCATION)

Sinopsis Bab 11:  Yakin Boleh, muka surat 75 - 82

Semasa perhimpunan pagi Isnin, Cikgu Nazri membuat pengumuman pertandingan syarahan bahasa Inggeris pada bulan hadapannya. Pada mulanya beliau hampa kerana tiada sambutan sehinggalah Adnan bersuara. Nizam yang mulanya memperlekeh Adnan akhirnya mahu mencuba, diikuti oleh Ah Chong, Ramasamy dan 16 orang murid yang lain. Di rumah Mak Milah dan Pak Saidi memberi galakan. Pak Saidi tidak bersetuju apabila Adnan tidak kisah jika kalah.

Adnan yang belum fasih berlatih bersungguh-sungguh, termasuk di hadapan keluarganya. Pada hari pertandingan, ayah, ibu dan adik-adiknya hadir. Sebagai peserta terakhir, Adnan dapat mempelajari persembahan peserta lain. Persembahan Adnan dikagumi oleh semua penonton. Akhirnya, Cikgu Nazri mengumumkan Adnan sebagai johan, Ah Chong kedua dan Nizam ketiga. Mereka berpelukan.

Sinopsis Bab 12:  Jaguh kampung, muka surat 83 - 92

Pertandingan tinju antara Adnan dengan Budin dihangatkan dengan gelagat penyokong kuat masing-masing, iaitu Mamat dan Semaun. Budin tidak puas hati setelah pasukan bola sepaknya dari Sungai Merab tumpas 1-2 di tangan Kampung Sungai Ramal. Malah, Budin kehilangan dua batang gigi dalam perlawanan itu. Gelanggang tinju bertempat di padang rumput berhampiran sungai pada tengah hari awal bulan Mac.

Mamat cuba menggesa Adnan menarik diri setelah Zaki selaku pengacara mengumumkan pertarungan tinju tanpa undang-undang, tetapi tidak berjaya. Walaupun Budin sudah terperangkap di sudut gelanggang, Adnan tidak mengambil kesempatan menyerang. Kedua-dua petinju hanya mengacah-acah, tetapi tidak berlaku serangan menyebabkan penyokong hampa, terutama Semaun.

Keesokannya di warung kopi Pak Samad, Samuri, marah-marah serta menggelar Adnan dan Budin sebagai samseng.Dolah, bapa Semaun pula menuduh Adnan dan Budin mencuri buah rambutan miliknya. Pak Husin, ayah Budin bergegas balik rumah lalu membelasah anaknya Budin. Pak Saidi juga malu, tetapi menyoal siasat Adnan. Walaupun berpuas hati, Pak Saidi mengingatkan Adnan bahawa diaakan merotan Adnan jika dia buat hal.

PERBINCANGAN

Watak dan Perwatakan

Adnan: berani, sentiasa bersedia menyahut cabaran, misalnya menyertai pertandingan syarahan bahasa Inggeris walaupun belum fasih.

Cikgu Nazri:  sabar, tetap cuba memancing perhatian murid menyertai pertandingan sebanyak tiga kali.

Nizam: berfikiran terbuka, menerima kekalahan kepada Adnan walaupun sebelum pertanding memperlekeh lawannya itu.

Budin:  tegas pendirian, tidak mudah termakan provokasi (hasutan) Semaun melaga-lagakannya dengan Adnan.

Mamat:  setia kawan, sentiasa menyokong Adnan dan risau akan keselamatan Adnan dalam pertarungan tinju tanpa undang-undang itu.

Semaun: pendendam, marah kerana hasutannya tidak dipedulikan oleh Budin lalu menyebarkan fitnah menerusi bapanya.

Samuri: pemarah melulu, menuduh Adnan dan Budin samseng tanpa bukti kukuh

Pak Dolah / ayah Semaun: mudah dipengaruhi, menuduh Adnan dan Budin mencuri buah rambutan miliknya tanpa bukti

Pak Husin / ayah Budin:  panas baran, terus membelasah Budin tanpa soal siasat terlebih dahulu.

Pak Saidi:  adil, menyoal siasat Adnan sebelum mengambil tindakan selanjutnya

Latar masyarakat

Masyarakat yang berani

Masyarakat yang adil

Masyarakat yang mudah termakan hasutan

Nilai

Keberanian

Keadilan

Ketegasan

Persoalan

Keberanian menghadapi cabaran

Keadilan dalam membuat keputusan / tindakan

Ketegasan dalam pendirian

Pengajaran

Kita hendaklah berani menyahut cabaran

Kita hendaklah adil dalam membuat keputusan / tindakan

Kita hendaklah tegas dalam pendirian

Latar tempat

Sekolah Inggeris pekan Sungai Ramal

Gelanggang tinju di padang rumput / tepi sungai

warung kopi Pak Samad

Latar masa

Pagi semasa perhimpunan Sekolah Inggeris Sungai Ramal

Tengah hari di gelanggang tinju


Contoh soalan aras komsas

...

Contoh soalan aras kbkk / kbat

...

No comments: