SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Thursday, January 22, 2015

NOVEL 'LEFTENAN ADNAN' BAB 15, BAB 16

Sinopsis Bab 15: Buku Bertemu Ruas, muka surat 114 - 126

Adnan sudah bersedia untuk memulakan perjalanan ke Port Dickson bersama Mamat. Mak Milah sugul dan tidak ceria. Mamat membonceng basikal Adnan menuju kedai Ah Chong untuk menyimpan basikal. Ah Chong memuji keberanian Adnan sambil memberi beberapa keping duit syiling. Mereka berjalan kaki selama satu jam ke pekan Kajang. Bersama Yusof dan Jaafar, mereka menumpang lori ke Seremaban dan lori lain ke Port Dickson.

Setiba di kem latihan Haig Lanes, mereka diambil ukuran tinggi dan lilitan dada, kemudian temu duga. Semua ceria, kecuali Yusuf yang kecewa kerana terlalu kurus untuk menjadi askar. Mereka menumpang kereta seorang calon askar balik ke Kajang.

Setelah beberapa minggu, Mamat muncul bersama dua anggota tentera membawa khabar gembira. Namun, Nordin benci. Dia dan kawan-kawannya menahan Adnan dan Mamat di perjalanan, memulakan provokosi (label pengikut Inggeris, muka suratb 122) sehingga Adnan harus melawan. Adnan membangkitkankelakuan jahat Nordin, lalu terjadi pergelutan. Nordin hanya menerkam angin, lalu terbabas ke dalam parit.

Pak Saidi mengadakan majlis kenduri, kemudian mereka solat berjemaah sekeluarga. Keesokannya usai sarapan, Adnan bertolak kem latihan menaiki kereta yang disewa oleh bapa Mamat. Perpisahan diiringi dengan air mata Mak Milah.

Sinopsis Bab 16: Perwira, muka surat 127 - 139

Adnan dan Mamat antara 25 orang pemuda Melayu yang terpilih sebagai anggota Kompeni Percubaan askar Melayu daripada lebih seribu orang pemohon rekrut. adnan dan Mamat di bawah kendalian Konstabel Daud. Adnan hanya mampu meneguk air kopi sejuk, sedangkan mamat berselera manyuap nasi goreng. Mereka diberikan pakaian seragam dan bergunting rambut, serta diajar disiplin berpakaian dan mengilat but berladam.

Walaupun malu berseluar pendek khaki, rekrut berkumpul di padang kawad di bawah perintah Koperal Yusuf. mamat didenda tekan tubiseratus kali kerana memakaistoking berlainan warna. Kemudian di bawah perintah Sir Thomson, mereka mengambil masa seminggu (dengan pertolongan Adnan) untuk membiasakan diri dengan hukuman kawad dalam bahasa Inggeris. Selain itu, rekrut diberi ilmu agama, kemahiran tempur dan peluru hidup.

Adnan enggan mengalah dengan tekanan dan cabaran latihan sepanjang setahun tanpa dibenarkan keluar dari kem. Adnan terpilih sebagai rekrut terbaik, serta semua rakannya juga diterapkan sebagai perintis Batalion 1 askar Melayu. Usai perbarisan tamat latihan ialah pengumuman pertukaran. Adnan ke Singapura dan Mamat ke Kedah. Mereka dibenarkan bercuti seminggu sebelum melapor diri. Adnan terharu berjumpa semula keluarga, sambil melayan tetangga yang datang. Adnan berselera dengan masakan Mak Milah yang dirinduinya. Adnan mengeluarkan cenderamata untuk ibu, ayah dan adik-adik.

Watak dan perwatakan

Adnan

Mamat

Nordin

Koperal Yusuf

Konstabel Daud

Pak Saidi

Latar masyarakat

...

...

...

Nilai

...

...

...

Persoalan

...

...

...

Pengajaran

...

...

...

Latar tempat

Rumah Adnan

Kem Latihan Haig Lines, Port Dickson

...

Latar masa

Selepas solat subuh

12.00 tengah hari

1 Mac 1933: hari pertama Adnan dan mamat sebagai rekrut askar Melayu

Perbincangan kbkk / kbat

...

...

...

No comments: