SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Wednesday, January 28, 2015

SINOPSIS BAB 27 NOVEL 'LEFTENAN ADNAN: PERANCANGAN DUA JENERAL (INSIDE INFORMER WORKING FOR THE ENEMY)


Petikan asal novel, muka surat 261 - 273

31 Januari 1942
Satu demi satu negeri di Tanah Melayu jatuh di tangan Jepun hinggalah ke Johor. Sir Robert Brooke-Popham dipecat, lalu digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall. Pasukan terakhir mereka meletupkan Tambak Johor, tetapi Yamashita membuat perancangan dari sebuah banglo estet di Kluang. Di sebuah warung, Samad dan kawan-kawannya bergelak ketawa dengan kekalahan tentera Berikat. Samad diekori dan ditahan oleh ejen Jepun dengan muncung senjata dihalakan ke mukanya. Akhirnya, Samad bersetuju menjadi pengintip Jepun. Samad menunggang basikal ke pangkalan tentera Bukit Candu dan Pasir Panjang. Pada sebelah malamnya Samad menjadi penunjuk jalan kepada tentera Jepun.

Percival yakin 85,000 orang tentera British mampu menewaskan 30,000 orang tentera Jepun. Bagi menutup kelemahan berperang di hutan tropika, mereka diperintahkan berkawal di sepanjang pantai. Tentera Australia seramai 750 orang pimpinan Henry Gordon Bennet berkawal dari Sungai Kranji ke Sungai Sarimbun, manakala Kapten Rix dan Leftenan Adnan mempertahankan Bukit Candu dan Pasir Panjang yang menempatkan depot peluru dan hospital tentera British.

Leftenan berjaya meniup semangat perjuangan kepada askar Melayu, tetapi kecewa terhadap tentera upahan British yang lebih rela menyerah kalah. Askar Melayu bersolat hajat. Leftenan Adnan memohon askar tambahan, dan dia lega dengan jaminan Rix. Leftenan Adnan memberi taklimat strategi pertahanan mereka.

Yamashita mengelirukan Percival dengan membedil sektor utara Singapura dan Changi, walhal mereka mendarat di bahagian barat laut Singapura. Dia merancang untuk menawan tanah tinggi, empangan bekalan air dan seterusnya pusat bandar. Pemerhatian dibuat menerusi bangunan tinggi di Johor Bahru, termasuk menara Istana Bukit Serene, serta belon panas. Sebelum membedil kedudukan British, Jepun menggugurkan risalah supaya orang awam menjauhi kawasan pantai. Pengintip yang fasih berbahasa Melayu berjaya memperoleh maklumat dan melukis peta tanpa disyaki.

Watak dan perwatakan

Yamashita: licik, melakukan tipu muslihat untuk mengelirukan British tentang tempat pendaratan askar dan sasaran serangan

Percival: tidak berputus asa, masih berusaha melawan Jepun walaupun British telah dimalukan dengan teruk oleh musuh

Samad: berfikiran singkat (oportunis), sanggup menjadi pengintip kepada pihak Jepun kerana teruja dengan janji ganjaran lumayan

Leftenan Adnan: patriotik, meniupkan semangat perjuangan kepada askar Melayu

Kapten Rix: prihatin, bersetuju dengan permintaan Leftenan Adnan untuk tambahan anggota tentera

Latar masyarakat

Masyarakat yang licik

Masyarakat yang tidak berputus asa

Masyarakat yang berfikiran singkat / oportunis

Nilai

Kreativiti, Yamashita menjadikan kemusnahan Tambak Johor sebagai tempoh bertenang untuk merancang serangan selanjutnya

Keteguhan pendirian, Percival masih tidak mengalah kepada asakan tentera Jepun yang sudah dapat menwan seluruh Tanah Melayu

Ketegasan, Samad tidak tegas kerana termakan pujuk rayu perisik Jepun dengan tawaran pangkat, lalu terus bersetuju membantu mereka

Persoalan

Kreativiti dalam merancang strategi peperangan

Keteguhan pendirian pada saat genting / mencemaskan / kritikal

Ketegasan dalam mempertahankan maruah bangsa

Pengajaran

Kita hendaklah kreatif dalam perancangan organisasi

Kita hendaklah berpendirian teguh pada saat cemas / genting / kritikal

Kita hendaklah tegas dalam mempertahankan maruah bangsa

Latar tempat

Banglo estet di Kluang, Johor: markas tentera Jepun pimpinan Yamashita setelah tidak dapat menyeberangi Selat Johor

Pangkalan tentera Bukit Candu dan Pasir Panjang, tempat pertahanan Leftenan Adnan dan Kapten Rix

Menara istanan Bukit Serene, tempat Jepun membuat intipan pergerakan askar British di Singapura

Latar masa

Malam hari: Samad membantu Jepun membuat intipan terhadap pangkalan tentera Bukit Candu dan Pasir Panjang

Petang 31 Januari 1942, Jepun melengkapkan penaklukan di seluruh semenanjung Tanah Melayu

...

Perbincangan kbkk / kbat

...

...

...

No comments: