SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, January 6, 2015

HENTIAN JEJANTAS SUNGAI BULUH LEBIH CERIA (NEW LOOK OF A FAVOURITE REST AREA)

Pengguna lebuh raya utara selatan pernah mengundi kawasaan rawat dan rehat (R & R) Tapah pada kedudukan nombor satu. Selain itu, R & R jejantas Sungai Buloh, kira-kira 18 kilometer dari bandaraya Kuala Lumpur turut menjadi sebutan dan tumpuan ramai. Kemudahan pengurusan diri yang selesa, serta pilihan makanan yang ditawarkan menjadikan persinggahan di kedua-dua R & R sangat berbaloi.

Setelah menjalani projek naik taraf segala begilir antara jejantas Sungai Buloh arah utara dengan arah selatan berselang enam bulan, kini kedua-duanya sudah kembali dibuka kepada pengguna lebuh raya. Walaupun tempat meletak kenderaan masih tidak mencukupi, masa menunggu di belakang kenderaan pegun di situ lebih singkat. Keadaan pada waktu malam juga terang-benderang dengan sistem lampu yang baik bagi tujuan keselamatan orang ramai dan kenderaan.
Penulis blog (PB) sempat singgah di jejantas Sungai Buloh buan kesekian kalinya. Perkara pertama yang menarik perhatian ialah kipas gergasi di kawasan laluan masuk utama premis menjual makanan. Sama ada sekadar gimik atau memang dengan fungsi tertentu, entahlah!

Barangkali di taman tema atau destinasi pelancongan tertentu, kipas gergasi seperti itu bukan perkara asing. Ibu bapa mungkin boleh mengalih perhatian anak-anak kecil jika mereka mula merengek itu dan ini. Tema perbualan boleh menjurus terhadapnya bagi menggalakkan anak-anak meluahkan pendapat secara santai.
 papan tanda mematuhi akta bahasa kebangsaan?

Antara premis tumpuan ramai ialah lot kedai sate Kajang Haji Samuri melintasi laluan restoran makanan segera di kiri dan kanan. Terdapat juga butik pakaian dan peralatan sukan eksklusif, al-Ikhsan. Pameran tetap bulanan isu menarik seperti peristiwa sejarah, tokoh, tempat pelancongan terpapar di sepanjang laluan berkenaan.

PB biasanya menikmati bubur nasi di premis seperti dalam paparan gambar di atas. Perubahan ketara ialah penggunaan multimedia untuk maklumat jualan, harga dan kata-kata sambutan kepada pelanggan. Barangkali penyewa harus membayar caj tambahan, tetapi kesan iklan sedemikian memang sukar untuk diukur dengan wang ringgit.
Selanjutnya perubahan yang jelas ialah kerusi dan meja di hadapan premis makanan yang lebih bergaya dan selesa. Kini tiada lagi kerusi meja boleh dialih sehingga kelihatan sangat berserabut. Satu kumpulan enam orang boleh memenuhi ruang tempat duduk berkenaan dalam satu-satu masa.

Perubahan juga dibuat terhadap reka bentuk ruang kemudahan pengurusan diri, termasuk tandas. Kiosk menjual alat-alat komunikasi juga ditempatkan di laluan yang luas. Pendek kata, projek naik taraf R & R Jejantas Sungai Buloh berjaya mencapai maksud untuk memberi kemudahan yang selesa kepada pengguna lebuh raya, peniaga dan pengurusan di situ ...

No comments: