SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Monday, January 19, 2015

NOVEL 'LEFTENAN ADNAN' BAB 9, BAB 10 (COMPETENCE TRADITIONAL HEALTH PRACTITIONER)

Sinopsis Bab 9: Anak-anak kampung, muka surat 58 - 68

Setelah Adnan bersekolah Inggeris, hanya Mamat yang masih sudi berbual dengannya. Mamat tertarik dengan cerita Adnan, tetapi bapanya memberi alasan takut lupa agama. Adnan bersimpati dengan Mamat yang juga bercita-cita menjadi askar seperti dirinya, tetapi sukar dicapai tanpa kebolehan berbahasa Inggeris.

Pada sebelah malam, Pak Saidi terjaga apabila terdengar bunyi bising (tapak kaki) dari bawah rumah. Pak Saidi mengarahkan Mak Milah dan Adnan senyap, sambil dia pergi menyiasat. Pak Saidi memegang parang, manakala Adnan membawa sebatang kayu belati. Pak Saidi menyergah dua lembaga yang terbongkok-bongkok, lalu mereka terus lari. Adnan mengejar dan sempat membaling kayu belati tepat mengenai satu lembaga yang menjerit kesakitan.

Keesokan paginya Adnan mendapati tayar basikal mereka dikerat dengan pisau. Adnan bertegas untuk ke sekolah menyebabkan Pak Saidi meminjam basikal Pak Karim. Pada sebelah petang, Pak saidi ditemani Pak Karim ke kedai basikal Ah Chong di pekan Sungai Ramal. Ah Chong mencadangkan Pak Saidi membeli basikal yang baharu kerana basikal lama itu rosak teruk. Ah Chong sudi menerima bayaran secara ansuran.

Semasa singgah di warung kopi Pak Samad, heboh cerita kaki Nordin yang membengkak. Tiba di rumah, Mak Milah kehairan, lalu Pak Saidi menceritakan hal Adnan membaling kayu belatinya malam semalam. Maka, 'suspek' pencerobohan mereka sudah jelas, walaupun Mak Milah mulanya membantah. Pak saidi tidak mahu peristiwa berkenaan dihebohkan.

Di sekolah, adnan tekun belajar hingga beroleh kedudukan pertama, serta disenangi oleh Cikgu Anderson, penolong guru besar. Anderson bangga akan cita-cita Adnan mahu menjadi askar.

Sinopsis Bab 10:  Masuk Jawi Basikal Baharu, muka surat 69 - 74

Adnan berdebar apabila tok mudim sampai untuk majlis bersunatnya. Walaupun tetamu lain ketawa mengusik, Adnan hanya berdiam. Mamat dan rakan 'diusir' oleh tok mudim ketika cuba mengintai majlis. Adnan melihat sahaja gelagat tok mudim dengan beg lusuh berisi peraltan khatan, termasuk pisau tajam pastinya.

Tok mudim menenangkan Adnan bahawa kesakitan khatan hanyalah seperti digigit kerengga. Adnan mengimbas kembali kata-kata semangat Pak Saidi, sambil menunaikan segala permintaannya seperti mandi laut dan makan ayam golek. Janji hadiah basikal hanya ditunaikan selepas berkhatan. Ketika Adnan sibuk bertanyakan Pak Saidi, tok mudim menyuruhnya mengucap dua kalimah syahadah dua kali, sambil itu. tok mudim menyelesaikan kerjanya. Setelah dua minggu, Adnan sembuh dan memperoleh basikal idamannya.

Perbincangan Peristiwa Menarik

...

Watak dan Perwatakan

Adnan: berani

Pak Saidi: menepati janji

Mak Milah: prihatin

Pak Karim:sedia membantu

Ah Chong: pemurah

Mamat:  setia kawan

Nordin: tidak berakhlak


Latar masyarakat

Masyarakat yang berani

Masyarakat yang saling membantu

Masyarakat yang setia kawan

Nilai

Keberanian

Bantu-membantu / saling membantu

Kesetiakawanan

Persoalan

Keberanian dalam menghadapi ancaman

Bantu-membantu / saling membantu sesama jiran tetangga

Kesetiakawanan dalam persahabatan

Pengajaran

Kita hendaklah berani dalam menghadapi ancaman

Kita hendaklah bantu-membantu / saling membantu sesama jiran tetangga

Kita hendaklah setia kawan dalam ;persahabatan

Latar tempat

Rumah Pak Saidi

Warung kopi Pak Samad

Kesdai basikal Ah Chong di pekan Sungai Ramal

Latar masa

Malam ketika rumah Pak Saidi diceroboh

Petang ketika di kedai basikal Ah Chong

Beberapa hari sebelum majlis berkhatan Adnan

Contoh soalan aras komsas

Jelaskan tiga persoalan berdasarkan novel yang anda pelajari.     (8 markah)

...

Contoh soalan aras kbkk / kbat

Watak utama sesebuah novel digambarkan sebagai memiliki beberapa kelebihan yang tertentu.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua kelebihan yang dimiliki oleh watak utama.      (7 markah)

...

No comments: