SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, February 28, 2015

SAJAK 'KUNCI BAHASA' KOMSAS TINGKATAN 1 (VERBAL WISDOM)

Pengenalan

Dengan hanya 38 patah perkataan, sajak ini dipecahkan kepada enam rangkap dua baris. Hal yang menariknya ialah rima akhir setiap baris sajak berakhir dengan huruf 'h'. Maka, boleh dikatakan bentuk 'aa' ini mirip dengan syair.

...

Perbincangan Rangkap Demi Rangkap

Bahasa bermaruah
tidak berbilur bahasa di lidah.


Bahasa ialah akal budi insan, serta berkait rapat dengan nama baik seseorang. Maka, seseorang yang berbahasa tidak akan menuturkan perkataan yang menggores atau melukakan perasaan orang lain.

'Berbilur' maksudnya bekas (luka) pada kulit akibat dipukul dengan sesuatu yang tajam atau nipis seperti cemeti, rotan dan lain-lain: klik di sini).

Bahasa berbuah
tidak kering bahasa diperah.

Bahasa sentiasa berkembang seiring dengan perjalanan masa dan kemajuan manusia.

Bahasa bersejarah
tidak luput bahasa bertingkah.

Bahasa mewakili suatu kesinambungan sejarah yang panjang. Bahasa tidak lenyap kerana disambut oleh generasi demi generasi silih berganti.

Bahasa berwasilah
tidak putus jambatan ukhuwah.

Bahasa menjadi wahana atau ikatan yang mengukuhkan persaudaraan dan persahabatan yang akrab.

Bahasa berbudi sudah
tidak lokek pada ummah.

Bahasa mempunyai peranan yang tersendiri dalam mengangkat martabat umat. Bahasa menyumbang terhadap kekuatan umat.

Bahasa begitu indah
tidak habis bahasa bermadah.

Keindahan bahasa tidak terbatas dalam mengungkapkan kata-kata yang baik, berkesan dan menarik.

Abdul Hadi Yusof
Pohon Tradisi, 2012
Gapeniaga Sdn. Bhd.

Nilai

...

...

...

Persoalan

...

...

...

Pengajaran

...

...

...

Gaya bahasa

...

...

...

...

...

...

Perbincangan kbkk / kbat

...

...

...

Friday, February 27, 2015

KUNJUNGAN PERTAMA KE JAKEL MALL (ALL ABOUT RIGHT TIME)

Petang Jumaat yag lalu, penulis blog sempat singgah di Kuala Lumpur sebelum ke Kampung Melayu Subang. Tujuan ke sana ialah untuk menziarahi saudara dekat. Maka, dari Ipoh menempuh perjalanan di Lebuh Raya Utara Selatan sepenuhnya, tetapi perjalanan balik menggunakan Lebuh Raya Guthrie terlebih dahulu.

Sebaik tiba di pintu masuk utama gedung Jakel yang baharu, 'rombongan' PB disambut oleh car jockey. Dia menawarkan untuk meletak kereta di petak khas dan memegang kunci kereta PB. Namun, PB hanya meminta bantuan tunjuk jalan dan kemudian membayar RM10 sebagai yuran parkir.
Paparan gambar di atas ialah kompleks Jakel Mall yang baharu beroperasi beberapa minggu bagi menggantikan gedung Jakel lama di seberang jalan. Kebetulan skrin gergasi Jakel Mall sedang menayangkan gambar pengasas perniagaan keluarga Jakel, iaitu Mohamed Jakel, yang berdarah Pakistan, bermula di Segamat, Johor. Kini, Jakel diuruskan oleh anak sulung beliau, Mohd. Feroz, 43 (klik di sini untuk profil keusahawanan Jakel).

Kisah kemajuan Jakel lebih kurang sama dengan rangkaian gedung perniagaan Mydin. Mereka bermula dengan perniagaan runcit kecil-kecilan sebelum berkembang sebagai empayar konglomerat yang menceburi pelbagai cabang keusahawanan yang lain. Kisah yang hampir sama berlaku kepada kumpulan Sani yang bermula dengan perniagaan bas ekspres sebelum berkembang dengan rangkaian hartanah dan perhotelan.

Jurujual yang melayan 'rombongan' PB memberitahu bahawa bilangan pekerja, tidak termasuk pengurusan dan keselamatan' ialah seramai 380 orang yang bertugas mengikut syif. Setiap bahagian atau seksyen jualan diketuai oleh seorang pengurus yang boleh membuat keputusan potongan harga tambahan daripada harga tawaran. Pengurus yang berkenaan juga merupakan 'pakar rujuk' dalam penjagaan tekstil yang bermutu tinggi.

Konsep seorang jurujual bagi setiap seorang pelanggan memang suatu strategi jualan yang tepat. Katakan dalam sehari seorang jurujual berjaya meyakinkan 10 orang pelanggan untuk berbelanja sebanyak RM500 seorang, maka dalam sehari jumlah jualan akan mencecah RM180,000 untuk fabrik sahaja. Pelanggan bercita rasa tinggi, terutama pelancong Arab akan berbelanja ribuan ringgit seorang di aras tiga dan empat yang menawarkan tekstil berstatus premium.

...

...

SAJAK 'AKU' KOMSAS BAHARU TINGKATAN 1 (INTROSPECTIVE BY NATURE), akan datang ...


Thursday, February 26, 2015

BENARKAH KEGURUAN KERJAYA MULIA? (TESTING THE CLAIM)

Barangkali kerana terlalu biasa mendengar ungkapan bahawa kaum guru tergolong sebagai profesion mulia, maka jarang-jarang kebenarannya teruji secara ilmiah dan terperinci. Semasa remaja, penulis blog (PB) pernah menyaksikan perbincangan sepasang abang dan adik perempuannya tentang isu yang sama. Perbincangan kemudiannya bertukar menjadi panas, lalu berakhir dengan si abang menampar si adik perempuan justeru

...

...

...

...

...

...

...

SAJAK 'KUINGIN BERTERIMA KASIH' TINGKATAN 1 (REPHRASE ABOUT FLORA AND FAUNA)

Pengenalan

...

...

Butiran ringkas

Bilangan rangkap:

Jumlah perkataan:

Tema:

Perbincangan rangkap demi rangkap

Rangkap 1

Sesekali kuingin berterima kasih
kepadamu hujan bagai tetamu
jiwa pun menjadi dingin
api amarah pun terpadam.

Penyajak ingin berterima kasih kepada hujan yang turun yang membawa rahmat, sama seperti ungkapan tetamu datang membawa rahmat. Hujan bersifat menyejukkan, iaitu menyejukkan jiwa dan menghapuskan perasaan marah.

Rangkap 2

Sesekali kuingin menyemai budi
kepadamu tanah yang hidup
kerana perutmu setia menghamilkan
rezeki buat petani.

Penyajak ingin berbudi kepada tanah dengan bercucuk tanam kerana mengenangkan betapa tanah sentiasa menjadi punca pendapatan buat kaum tani.

Rangkap 3

Sesekali kuingin berbisik kepadamu
ikan-ikan yang riang
liar di belantara samudera
kerana sudi membebaskan derita
nelayan tua di pondoknya.

Penyajak ingin mengungkapkam penghargaan kepada ikan-ikan yang bebas bermain di laut luas justeru menjadi tangkapan mata pencarian nelayan tua di pesisir pantai.

Rangkap 4

Sesekali kuingin kalungkan kagum
kepadamu pejuang negara
kerana tanganmu pernah berdarah
darah kesetiaan seorang warga
kepada watan tercintanya.

Penyajak ingin menyatakan rasa kagum terhadap pejuang negara kerana sanggup berkorban jiwa dan raga demi tanah air tercinta.

Rangkap 5

Sesekali kuingin pula menjadi bunga
menebarkan keharuman
di taman-taman keresahan hidup
menyerahkan keinsafan
kepada keangkuhan perang.

Penyajak ingin menjadi bunga yang wangi bagi merawat duka lara insan serta menyedarkan masyarakat tentang keburukan peperangan.

Rangkap 6

Alangkah indahnya dunia
andai semua merenung
kekosongan hidup ini.

Penyajak berasa dunia ini sangat indah jika semua insan menginsafi kekurangan yang berlaku dalam kehidupan.

sumber imej di sini
Ihsan Noorazli
Merindu Alam, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka

Gaya Bahasa

...

...

...

Nilai

...

...

...

Persoalan

...

...

...

Pengajaran

...

...

...

Perbincangan kbkk / kbat

...

...

...

Contoh latihan

Soalan aras petikan

...

Soalan aras komsas

...

Soalan aras kbkk / kbat

...

Wednesday, February 25, 2015

ISU-ISU WANITA BERKERJAYA (GROWING NUMBERS OF UNMARRIED YOUNG ADULTS)

Pada zaman dahulu konsep 'orang rumah' merujuk kepada kaum wanita sebagai suri rumah sepenuh masa. Namun, akses pendidikan tanpa membezakan jantina telah memungkinkan lebih ramai wanita memasuki pasaran pekerjaan, serta bersaing dengan kaum lelaki. Peralihan zaman daripada ekonomi pengeluaran dengan kudrat fizikal (manual, hands-on, p-economy) kepada ekonomi yang berasaskan pengetahuan (k-economy, minds-on) memecahkan dominasi maskulin terhadap lebih banyak bidang pekerjaan.

Tanggapan konservatif bahawa anak-anak perempuan hanya perlu diasuh sebagai bakal isteri sepenuh masa hakikatnya banyak membawa keburukan, Banyak urusan kaum wanita sendiri, misalnya rawatan perbidanan dan sakit puan (O & G) dikendalikan oleh bukan kaum sejenis mereka. Hal itu bukan sahaja membabitkan maruah diri, bahkan menyentuh hukum hakam yang sensitif.

Demikian juga dalam kerjaya penting yang lain seperti ahli akademik, keselamatan, pentadbiran, pakar runding sektor pembuatan, teknikal dan sebagainya memerlukan wanita atas sebab yang sama. Maka, fenomena kaum wanita berkerjaya bukanlah secara tuntas kejayaan gerakan feminisme, tetapi suatu tuntutan agama, maksudnya dalam lingkungan keperluan urusan wanita sendiri. Penyertaan wanita dalam dunia kerjaya bukan untuk merampas tempat sesiapa, tetapi demi kebajikan kaum wanita secara keseluruhannya.

Perbincangan natijah syariah tentang wanita berkerjaya telah banyak dibincangkan, contohnya di sini. Wanita berkerjaya wajib menjaga adab, maruah dan pergaulan supaya sejajar dengan kelonggaran yang dinikmati. Pihak majikan juga mesti akur terhadap syarat pekerjaan yang sesuai dengan fitrah wanita seperti peruntukan cuti dan waktu kerja yang luwes (fleksibel).

Pendidikan dan kerjaya melambatkan perkahwinan wanita dan tidak kurang yang memilih untuk terus membujang sepanjang hayat (baca kajian ilmiah di sini). Fenomena isi rumah tunggal dan masalah sosial kaum wanita juga semakin ketara di United Kingdom (klik di sini). Di Malaysia, wanita berkerjaya menghadapi masalah untuk bertemu jodoh yang kufu' sehingga banyak terjadi perkahwinan terdesak dengan lelaki yang berpendidikan dan berpendapatan relatif rendah (baca kajian tentangnya di sini).

Tekanan yang dihadapi oleh wanita berkerjaya bergantung terhadap bentuk isu yang dihadapi. Misalnya, wanita berkebarangkalian mengalami gangguan mental dan seksual di tempat kerja. Walaupun terdapat peruntukan undang-undang yang melindungi kaum wanita berkerjaya (klik di sini), banyak yang memilih untuk mendiamkan diri atas sebab-sebab peribadi.

Dilema wanita berkahwin yang memiliki kerjaya menghadapi cabaran yang lebih berat andai kata suami enggan berkongsi tanggungjawab pengurusan rumah tangga dan pendidikan anak-anak. Semasa belum bernikah, bulan dan bintang pun akan digapai, tetapi sesudah memilik isteri idaman, suami lupa akan janji yang dimeterai, serta membiarkan isteri menanggung beban seorang diri tanpa perasaan kasihan belas. Wanita hanya mampu menjeruk rasa dengan sikap suami yang sedemikian kerana tidak mahu dianggap isteri yang derhaka.

Kesimpulannya, wanita berkerjaya telah mengisi keperluan urusan kaum sejenis mereka di samping menggunakan kepintaran serta bakat masing-masing dalam zaman yang tidak semata-mata bergantung terhadap tenaga jasmani. Sumbangan kaum wanita kepada negara dan umat sangat signifikan selama mana mereka pandai membawa diri dan menjaga diri dalam konteks patuh syariah. Pihak yang berwibawa hendaknya prihatin dan merancang dasar yang melindungi kebajikan dan keselamatan wanita berkerjaya dari segala sudut ...

CERPEN 'HADIAH' KOMSAS BAHARU TINGKATAN 1 (INSPIRING INFERIOR PUPIL), akan datang ...


Tuesday, February 24, 2015

CONTOH KATA-KATA ALUAN MAJALAH (FORMAL WRITING OF SENIOR OFFICER)



KATA ALU-ALUAN UNTUK MAJALAH SEKOLAH


Assalamu alaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi majalah ___________________ atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang istimewa ini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini.

Daerah ______________ sudah lama dianggap sebagai penanda aras pencapaian akademik, kokurikulum, sukan dan pengurusan organisasi sekolah yang tinggi bukan sahaja di negeri ___________, bahkan di seluruh negara. Banyak sekali sekolah bertaraf premier, kluster kecemerlangan dan berprestasi tinggi terletak di sini. Namun, kita juga sedar bahawa masih terdapat golongan murid kurang beruntung dan bermasalah pembelajaran yang perlu kepada perhatian secara khusus. Maka, konsep pendidikan inklusif tidak menyebabkan kita lupa terhadap pendidikan khas.

Perubahan dan penambahbaikan dalam dasar pendidikan negara seperti pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan sarana sekolah yang menjadi inti pati pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 menuntut warga pendidikan berfikir di luar kotak, serta mengaplikasikan strategi lautan biru supaya terus berdaya saing dan dihormati. Saya mengucapkan tahniah kerana warga sekolah dan ibu bapa berjaya memanfaatkan pelbagai aplikasi atas talian bagi melicinkan pengurusan sekolah dan maklumat pencapaian murid dengan lebih berkesan dan cekap. Mudah-mudahan sumbangan ikhlas tuan puan bakal memacu pendidikan di __________________ ke persada kecemerlangan yang dihajati.

Majalah sekolah ialah naskhah yang memaparkan kegiatan pendidikan dan pencapaian pembelajaran yang terkini. Bagi warga sekolah, butiran dan gambar yang dimuatkan bakal menjadi kenangan indah zaman persekolahan. Memang benar bahawa media sosial maya mengakibatkan naskhah bercetak semakin terpinggir, tetapi sebagai dokumentasi yang bersifat rasmi, majalah sekolah akan terus relevan sampai bila-bila.

Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa majalah dan sidang redaksi ________________________. Kepada pembaca majalah ini, semoga beroleh manfaat yang tidak terhingga.

Sekian, terima kasih.





KATA ALU-ALUAN PENGETUA
Majalah ________________ edisi tahun 2014 ini suatu dokumen bercetak yang sangat penting sebagai gambaran kecemerlangan pendidikan SMK ________________________ sejak ___ tahun yang lalu. Walaupun teknologi canggih atas talian dan teknologi komunikasi pada masa sebenar telah mengambil alih sebahagian besar naskhah penulisan tradisional, SMK ________________ masih mampu mengekalkan penerbitan majalah _____________ dalam bentuk yang sedia ada bagi kesekian kalinya. SMK _________________ sentiasa mengalu-alukan aplikasi teknologi terkini, tetapi pada masa yang sama berusaha menjaga kesinambungan sejarah yang sangat berharga ini.
Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada sidang redaksi __________________ dan panel guru penasihat, serta terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan sokongan sehingga memungkinkan majalah ini berada di tangan pembaca _________________ bukan sekadar catatan kenangan indah zaman persekolahan, bahkan suatu rujukan tentang kemajuan SMK _________________ yang autentik dan rasmi.
SMK_________________ menjelmakan segala dasar dan pendekatan bagi menambah baik dan melestarikan sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2014 menerusi semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan seluruh warga sekolah diperkukuh. Sekolah juga  dipastikan pada landasan yang betul sebagai kesinambungan citra penubuhan SMK _______________________ lebih ____ tahun yang lalu. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, petunjuk keberhasilan utama negara (NKRA) dan strategi lautan biru kebangsaan (NBOS) merupakan kerangka asas pelaksanaan transformasi pendidikan di peringkat sekolah.
Bagi mengakhiri coretan ringkas ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri _______________, Pejabat Pendidikan Daerah ______________, Lembaga Pengelola Sekolah (BOG), dan PIBG atas kepercayaan dan sokongan kepada pihak sekolah. Harapan saya kepada warga sekolah dan pembaca, selamat maju jaya.


Saya Yang Ikhlas,                                                                                
Pengetua,
SMK ____________________

CERPEN 'OREN' KOMSAS TINGKATAN 1 (COMPANIONSHIP WITH SOCIAL ANIMAL)

Rujukan: Antologi 'Kuingin Berterima Kasih', DBP, Kuala Lumpur, 2014
                muka surat 33 - 40


Penulis cerpen: Saifullizan Yahaya, 40 (kiri sekali) bersama dua orang sasterawan tersohor,
 Latiff Mohidin dan A. Samad Said pada 28.2.2013
(sumber ambilan gambar dan biodata: klik di sini)

Tema: Kepentingan kasih sayang terhadap haiwan

Sinopsis

...

...

...

...

...

...

Watak dan perwatakan

Ayah: penyayang, sangat menyayangi kucing peliharaannya sehingga resah apabila Oren hilang, lalu terbawa-bawa dalam mimpi indah

'Aku' / anak sulung ayah

Azura / anak kedua ayah

Anis / anak bongsu ayah

ibu / isteri ayah:  prihatin, menyuruh anak-anak tidak menyebut perihal kehilangan Oren supaya ayah tidak tersinggung

Oren / kucing peliharaan pertama: pasif / banyak mengalah

Kelabu / kucing peliharaan kedua: manja / menonjol diri

Latar masyarakat

...

...

...

Nilai

...

...

...

Persoalan

...

...

...

Pengajaran

...

...

...

Latar tempat

...

...

...

Latar masa

...

...

...

Gaya Bahasa

...

...

...

Plot

Permulaan / eksposisi

Perkembangan

Konflik

Kilmaks / puncak

Peleraian

Teknik plot

...

Perbincangan kbkk / kbat

Kesesuaian tajuk dengan jalan cerita

Industri dan perniagaan yang berkaitan dengan binatang peliharaan

Rawatan haiwan oleh doktor vertarinar


Monday, February 23, 2015

JANGAN RAGU DENGAN UNIVERSITI TEMPATAN (BIAS ARGUMENTS SKEW THE TRUTH)

Dasar mengurangkan penghantaran pelajar ijazah asas sarjana muda ke luar negeri bermula secara seriuspada pertengahan dekad 1990-an. Sebagai contoh, jika sebelumnya lebih separuh lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah menengah teknik diberikan biasiswa melanjutkan pelajaran terutamanya ke United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia. Namun, setelah pengenalan dasar berkenaan, bilangan mereka yang terpilih boleh dikira dengan jari sahaja.

Lulusan diploma Institut Teknologi Mara (kini UiTM) dan politeknik juga mempunyai pool tertentu untuk menyambung pengajian di seberang laut. Guru dan pegawai kerajaan juga dipelawa memohon hadiah latihan persekutuan cuti bergaji penuh dengan biasiswa untuk ijazah tinggi sarjana dan doktor falsafah di seberang laut. Guru-guru bahasa Inggeris lulusan maktab perguruan juga merasa pengalaman belajar di negeri orang putih.

Kini, penghantaran pelajar cemerlang tertinggi ke luar negara masih ada, tetapi bilangannya sangat terhad. Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Mara dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hanya ditawarkan kepada calon yang melepasi kriteria pencapaian akademik dan kemahiran insaniah terbaik. Sebagai contoh, biasiswa ijazah perubatan (MBBS, MD) di United Kingdom bernilai RM1.3 juta seorang, manakala di Manipal melebihi RM300,000.

...

...

...

...

...

BAB 9, AKHIR NOVEL ‘PANTAI KASIH’ TINGKATAN 4 (UNBLESSED WEALTH)



Sinopsis Bab 9: muka surat 135 – 159

Dr. Uwang menelusuri jalan masuk ke Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) sambil memikirkan punca panggilan kecemasan Dr. Raiha pada pukul 11.45 malam itu. Uwang beranggapan bahawa bukan masalahnya jika berlaku kes kematian pesakit pun, misalnya Unong Siron. Uwang tergambar pesakit berterbangan liar kepadanya termasuk anak Raiha yang melecur parah. Walaupun kereta mewah merempuh bayangan itu berkecai, namun gambaran aneh itu datang lagi. Peristiwa Dr. Sadiz marah kerana Raiha melarikan Porsche kesayangannya bersama Ayu melintas kembali. Dia yang terpaksan menemani bapa saudaranya itu membeli petrol yang digunakan untuk membakar Porsche dan seterusnya menyambar Ayu di situ. 

Tiba-tiba gambaran ibu tua Unong Siron pula muncul. Dia mempersoalkan bayaran kos pembedahan yang begitu mahal. Uwang memaksa dirinya berlembut dengan menyatakan kesukaran mendapatkan jenis tulang gentian yang sesuai dari luar negara. Di dalam hati, Uwang tergelak kerana bayaran menjadi masalah keluarga pesakit. Ibu Unong Siron naik marah lalu menyalahkan kecuaian doktor di PRPK. Uwang memberi jaminan walhal di dalam hatinya hanya mahukan keuntungan. Wanita tua it uterus menyalahkan ubat antibiotik yang diberikan kepada anaknya. Uwang cuba menenangkan ibu Unong Siron kerana bimbangkan nada tingginya didengari oleh pesakit yang menunggu giliran. Wanita itu mengaku dirinya yang bersalah justeru mengadu kepada doktor mata duitan.

Namun, ibu Unong Siron terpaksa merujuk semula PRPK apabila kes itu tidak diterima di hospital kerajaan dan swasta lain. Dr. Uwang tidak menolak kerana baginya pesakit ialah wang. Uwang hanya menuruti kemahuan Dato Ontong untuk menjadi doktor, walhal dia meminati muzik. Uwang digilai ramai wanita, termasuk isterinya sekarang dan Raiha. Uwang mengatasi bapanya dari segi perniagaan kesihatan. Uwang berasa ibu Unong Siron sebagai dungu kerana masih masih mencari doktor berjiwa mulia sebagai pengabdi kemanusiaan. Barangkali pemuda penceroboh lebih sesuai dengan ciri begitu.

Dalam pada Uwang melayan suara aneh itu, pergelangan tangan dan lututnya terasa nyeri, tersentak nafas dan akhirnya tulang rahang dan tangan kirinya lumpuh. Uwang cuba mengawal kereta mewahnya dengan menekan brek, tetapi merempuh tembok garaj. Raiha yang kebetulan mahu pulang terdengar rempuhan itu. Namun, Raiha berkhayal pula terhadap arwah suami, Dr. Sadiz. Setelah Porsche miliknya sengaja dibakar, Sadiz membeli kereta mewah baharu. Malangnya, semasa keluar mahkamah, kereta berkenaan terperosok di bawah lori tangki minyak yang berhenti secara mendadak di kawasan lampu isyarat. Nasib Ayu yang disambar api ketika cuba dilarikan oleh Raiha sehari sebelum dihantar oleh Sadiz ke pusat rawatan khas sama dengan Sadiz yang renting di situ.

Sementara itu Dr. Uwang yang masih bingung dengan khayalan dan kemalangan yang dialaminya berasa sedang diusung ke bangunan PRPK. Pakaian seragam pembantu rawatan bertukar kepada pakaian pesakit berlumuran darah pada mata Uwang. Dia juga berasa seolah-olah dimasukkan dalam keranda beroda, walhal dia didorong ke meja bedah. Doktor pakar juga kelihatan seperti pesakit itu melakukan pemeriksaan terperinci akan kecederaan Uwang, dan mereka seolah-olah berbalah hebat. Mereka kedengaran seperti berkata penggantian jantung palsu, hati palsu dan otak palsu. Orang kanannya, Felicia Landosi cuba menahan proses pembedahan kerana mahu memastikan kemampuan pesakit membuat bayaran. Igauan Uwang terhenti demi terdengar suara Ariana Abdullah memberitahu Dr. Raiha tentang kemalangan berkenaan.

Dr. Raiha segera memberikan rawatan kecemasan. Ariana berasa hairan kerana tiada panggilan dibuat kepada Uwang, malah kebetulan isterinya tiba serentak menaiki teksi. Isteri Uwang menandatangani surat pembedahan dan penggantian anggota palsu. Uwang bertarung dengan bantahan batinya sendiri, serta bayang bekas pesakit yang dibedahnya. Usai pembedahan, Raiha terserempak dengan Felicia Landosi yang tersedu meminta maaf atas kejadian Rohayu disambar api. Felicia yang membeli minyak petrol dan mengikut Sadiz menjejaki kereta Porschenya yang dilarikan Raiha. Namun, dia tidak mengetahui niat Sadiz yang melepaskan geram membakar kereta mewanhnya sendiri lalu menyambar Ayu. Dia tidak tampil sebagai saksi perbicaraan kerana takut, tetapi peristiwa itu terus menghantui hidupnya. Raiha menghela nafas, menutup mata dan berdoa. Kemudian, Raiha memaafkan Felicia kerana mereka sama-sama mangsa kerakusan Sadiz dan Uwang. Raiha mahu dirinya dan Felicia keluar daripada bayangan peristiwa hitam yang dialami.

Watak dan Perwatakan

Dr. Uwang: kebendaan / materialistik (nama watak yang diberikan mirip sebutan ‘wang’)

Ibu tua Unong Siron: berani, berhujah dengan Dr. Uwang tentang kewangan dan etika kedoktoran

Dr. Raiha: pemaaf, segera memaafkan Felicia yang menceritakan kebenaran dia terlibat dalam kes kematian anak tunggalnya, Ayu bersama Dr. Sadiz dan Dr. Uwang

Ariana Abdullah: bertindak cepat, memaklumkan peristiwa kemalangan Dr. Uwang dengan segera kepada Dr. Raiha

Isteri Dr. Uwang / Puan Uwang:  setia, membuat keputusan segera menandatangai kebenaran pembedahan untuk menyelamatkan suaminya

Felicia Landosi: berterus terang, akhirnya membuat pengakuan jujur tentang kebenaran di sebalik peristiwa hitam yang mengorbankan Ayu, anak tunggal Raiha

Latar masyarakat

Masyarakat yang bersikap kebendaan . materialistic

Masyarakat yang pemaaf

Masyarakat yang bertindak cepat

Nilai

Kemurahan hati

Saling memaafkan

Kesegeraan

Persoalan

Sikap kebendaan yang memakan diri

Kemaafan terhadap kesilapan orang lain
Kesegeraan dalam tindakan


Pengajaran

Kita janganlah bersikap kebendaan / kita hendaklah bermurah hati

Kita hendaklah saling memaafkan sesama manusia

Kita hendak bertindak dengan cepat pada saat cemas / genting


Latar tempat

Di dalam kereta mewah Dr. Uwang

Di luar bangunan PRPK

Bilik bedah PRPK

Latar masa

Menjelang tengah malam

(Imbas kembali) hari keputusan mahkmah keluarga kes Raiha lawan sadiz


Perbincangan kbkk / kbat

Psikologi orang bersalah / tamak

Kepentingan kad insurans / takaful perubatan

Kebajikan pesakit kurang berkemampuan kewangan di hospital swasta