SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, February 18, 2015

ABC KELAPA MUDA VERSI PANTAI TIMUR (CREATIVITY IN THE FOOD BUSINESS)

Dahulu air kelapa muda tidak dipandang orang. Pada awal dekad 1990-an harga sebiji kelapa di kebun lebih rendah daripada harga sebiji gula-gula. Pekebun kecil kelapa hidup dalam kemiskinan, manakala anak-anak mereka menderita kekurangan serba-serbinya.

Santan kelapa juga dimomokkam sebagai memudaratkan kesihatan. Demikian juga minyak kelapa tidak dapat bersaing langsung dengan minyak kelapa sawit, apatah lagi dengan minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bunga matahari dan sebagainya. Namun, penyelidikan saintifik oleh pelbagai pihak yang berkepentingan seperti Mardi dan universiti membuktikan sebaliknya asal sahaja tidak diambil secara berlebihan.
 ABC air kelapa muda di sebuah premis jualan makanan di Dungun

Kini, pekebun kecil kelapa sudah boleh tersenyum lebar kerana segala bahan yang berasaskan kelapa telah berjaya dikomersialkan sehingga singgah di meja hidangan hotel lima bintang. Di Bagan Datoh, Perak, seorang pemilik kebun kelapa seluas100 ekar tidak lagi membiarkan buah kelapa gugur begitu sahaja. Dia berjaya mewariskan hartanah yang bernilai tinggi justeru buah kelapa menerima permintaan yang sangat tinggi.

Di negeri-negeri pantai timur Semenanjung, jangan harap lagi untuk melihat buah kelapa gugur daripada pokok yang tumbuh meliar di tepi pantai terbiar begitu sahaja. Tukang kutip buah kelapa sukarela ada di mana-mana, malah tukang kait buah kelapa sambilan juga sentiasa menunggu masa untuk memperoleh pulangan lumayan jika bernasib baik. Barangkali projek ladang kelapa secara besar-besaran sahaja yang belum dicuba oleh usahawan.

Air kelapa telah menjadi jualan penting penjaja, peniaga jalanan, peniaga pasar malam dan restoran. Sama ada dijual dalam bentuk asal, iaitu diminum dengan menggunakan straw sambil isi buah kelapa dipisahkan dengan sudu atau ditambah susu segar. Harga air kelapa muda ialah antara RM1.50 hingga mencecah RM5.00 bagi saiz kelapa premium.

Paparan gambar di atas ialah air batu campur berasaskan air kelapa muda. Kelebihannya ialah rasa air kelapa muda masih asli kerana tiada tambahan air gula atau susu. Maka, kepada pengguna yang mementingkan penjagaan kesihatan, ABC air kelapa muda suatu pilihan bijak.

Semua bahan ABC masih sama seperti cendol, kacang merah, lengkung, kacang tanah dan buah pala. Isu air paip atau air masak tidak timbul lagi kerana ramuan ABC memang ditaruh terus dalam buah kelapa yang terpotong di bahagaian atas. Hanya kalau pembeli tidak menggemari bahan tertentu, maklumkan terlebih awal semasa membuat pesanan.

Apabila berkesempatan menikmati air kelapa muda, kenangan zaman kanak-kanak ketika di kampung membuatkan seseorang itu tersenyum. Ketika itu buah kelapa juga boleh digolek-golek dalam permainan ala-tenpin bowling atau lawn-bowl. Tahi minyak (proses menghasilkan minyak kelapa secara tradisional) yang enak dan tomboi kelapa memang menjadi rebutan kanak-kanak kampung ketika itu ...

No comments: