SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, February 15, 2015

BAB 3 NOVEL 'PANTAI KASIH' TINGKATAN 4 (BAD MEMORY RELOADED)

Sinopsis
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 37 - 51

Felicia Landosi dihantui peristiwa kebakaran kereta mewah Dr. Sadiz. Malam itu Felicia bertugas di wad Super VIP, lalu memeriksa denyutan nadi seorang datin, hujung 30-an, yang telah menjalani prosedur D & C akibat keguguran anak sulungnya. Hati Felicia menggetus bahawa datin itu lebih rela dan tenang berbanding dengan Dr. Raiha ketika kehilangan anak tunggalnya. Datin berkenaan perasan bahawa wajah Felicia pucat, tetapi Felicia mengelak dengan berkata hal itu akibat cuaca panas musim kemarau. Felicia rusuh diburu dosa. Layanan Felicia lemah lembut, sangat berbeza ketika dia berkasar dengan ibu Unong Siron.

Felicia kemudian ke ruang dapur hospital, membuka peti ais lalu mengambil ais krim. Suara aneh muncul lagi membawa Felicia kepada peristiwa Dr. Sadiz. Tiba-tiba, Kartini Borhan, jururawat belasan tahun muncul cuba membina kemesraan dengan Felicia yang masam mencuka ketika itu. Kartini memberitahu dia terliur dengan ais krim coklat Dr. Raiha. Felicia tersentak, lalu membuang ais krim itu di lubang singki. Felicia lega kerana Kartinihanya menyangka dia tertekan dengan peristiwa pencerobohan doktor palsu.

Felicia tersentak lagi apabila Kartini menyebut nama Unong Siron. Ibu pesakit berkenaan memang sering mengadu kerusuhan hatinya tentang rawatan yang dibayar dengan pampasan wang insurans, termasuk kepada doktor palsu. Felicia mendengus apabila Kartini mengharapkan prosedur pembedahan Unong Siron yang dilaksanakan oleh Dr. Raiha sendiri akan berjaya. Tanpa bertangguh, Felicia ke ruang farmasi untuk menguk ubat batuk.

***

Di dalam kereta mewah yang masih belum dihidupkan enjin, Dr. Raiha juga mendengar suara aneh, tetapi dia cuba enggan melayannya. Fikiran Raiha melayang kepada peristiwa kebakaran kereta mewah arwah suaminya, Dr. Sadiz, kes mahkamah yang memihak kepada Dr. Sadiz yang dirasakannya tidak adil kepada kaum wanita. raiha menuduh Sadiz yang merancang peristiwa itu, tetapi tiada yang percaya termasuk dua orang abang sebapanya.

Dr. Raiha juga teringat tentang  layanan kasar Felicia terhadap pesakit kelas menengah seperti Unong Siron. Raiha telah menegur sikap Felicia, tetapi jururawat itu angkuh dan tidak menghormatinya dengan menghempas daun pintu pejabat sebelum dia menghabiskan teguran. Raiha tidak mahu bermusuhan dengan Felicia yang dikenali sejak di bangku sekolah rendah di daerah Inanam itu. Latar belakang Felicia sebagai anak tidak sah taraf mengundang simpati Raiha. Sebelum Raiha memiliki kereta, Raiha sering menumpangkannya.

Bentakan arwah Dr. Sadiz kembali mengganggu fikiran Raiha. Sadiz menggantung hubungan rumah tangga mereka tidak bertali. Rasa tidak puas terhadap tuduhan melulu Sadiz terbuku di hatinya. Akhirnya, enjin kereta BMW itu dihidupkan, lau meluncur laju ke kondominium tidak jauh dari PRPK. Pada ketika yang sama, Dr. Uwang juga dihimpit peristiwa hitam yang sama.

Watak dan perwatakan

Felicia Landosi

Dr. Raiha

Kartini Borhan

Dr. Uwang

Pesakit VIP bergelar datin

Arwah Dr. Sadiz (menerusi imbas kembali)

Latar masyarakat

...

...

...

Nilai

...

...

...

Persoalan

...

...

...

Pengajaran

...

...

...

Latar tempat

...

...

...

Latar masa

...

...

...

Perbincangan kbkk / kbat

...

...

...

1 comment:

Anonymous said...

Mana nilai dan pengajaran:(