SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, February 16, 2015

PROFIL PELAJAR DAPAT 4.0 STPM (ALMOST PERPECT LEARNING ACHIEVEMENT)

Saban tahun sekolah tempat penulis blog (PB) bertugas berjaya mewakilkan paling kurang seorang pelajar STPM yang mencatat keputusan 4 flat. Pelaksanaan sistem modular memudahkan pencapaian berkenaan apabila dalam sesebuah kelas sahaja dua atu tiga orang pelajar memperolehnya. PB mahu berkongsi pengalaman dengan tiga sampel pelajar 4 flat yang dimaksudkan.

Pelajar 1

Pelajar perempuan ini sedang belajar di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dalam bidang psikologi. Dia memperoleh A dalam Pengajian Am, Ekonomi, Matematik S dan Pengajian Perniagaan. Dalam peperiksaan SPM mencatat semua A, termasuk Matematik Tambahan.

Pelajar ini agak pendiam dan duduk di belakang sekali, tetapi tidak pernah menunjukkan rasa bosan atau mengantuk sepanjang sesi kuliah. Dia lebih suka bertanya kemusykilan kepada guru secara individu kerana memang sudah kebiasaannya begitu. Walaupun kurang bercakap masih aktif dalam kegiatan kokurikulum dan organisasi kelas.

Pelajar 2 (A: Pengajian Am, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Sejarah)

Pelajar perempuan kelahiran Amerika Syarikat ini lebih becok dan menonjolkan diri dalam bilik kuliah dan kegiatan kokurikulum. Bakat kepimpinannya menyerlah menerusi penulisan dan penerbitan majalah sekolah sebagai ketua sidang redaksi. Dia tidak lokek menolong rakan-rakan dalam pembelajaran yang dilakukan secara santai sahaja.

Pelajar ini memang peramah dan menerima segala saranan guru secara bijak. Dia sentiasa memberi perhatian kepada kuliah walaupun pada beberapa ketika sibuk dengan urusan sekolah yang bersifat segera. Kini, pelajar ini sedang menunggu permohonan ke universiti dan berharap mendapat tajaan biasiswa.

Pelajar 3 (A: Pengajian Am, Ekonomi, Matematik M, Pengajian Perniagaan)

Pelajar lelaki ini juga sedang menunggu tawaran ke universiti. Dia berharap untuk menyambung pengajian dalam bidang sains aktuari atau perancangan kewangan di Universiti Malaya. Pelajar ini bukan sahaja tekun tetapi umpama tutor kepada rakan sekelas.

Pelajar ini kurang menyerlah dalam kegiatan kokurikulum dan kepimpinan organisasi. Pelajar ini lebih menonjol sebagai pemimpin kepakaran kerana sangat disenangi oleh rakan-rakan dalam hal ehwal pembelajaran. Pelajar ini juga sangat beradab apabila berurusan dengan guru bagaikan rakyat menghadap raja dalam drama Korea.

Persamaan tingkah laku pelajar 4 flat

...

...

...

Belajar sendiri, tuisyen atau guru di sekolah?

...

...

Saranan kepada calon STPM

...

...

...

No comments: