SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, February 22, 2015

PERJALANAN DI LEBUH RAYA TANPA LORI MEMANG SERONOK (HUSSLE AND BUSTLE ON THE ROAD)

Bukan hendak mengatakan bahawa pengangkutan lori mengganggu pemandu kenderaan lain, tetapi pengalaman memandu tanpa 'berjiran' dengan lori memang melegakan. Kita sedia maklum bahawa pengangkutan darat menggunakan lori merupakan nadi kegiatan ekonomi menerusi pergerakan barang. Lori boleh membawa muatan hingga ke kawasan dermaga pelabuhan atau mengangkut minyak petrol hingga ke stesen minyak berbanding dengan pengangkutan kereta api, kapal laut atau pesawat kargo.

Di negara kita, lori berkongsi laluan jalan raya dan lebuh raya dengan kenderaan lain. Hal itu berbeza dengan negara maju yang menyediakan laluan khas bagi kenderaan berat supaya sistem pengangkutan darat menjadi cekap dan lancar. Mungkin suatu hari nanti Malaysia juga mampu mereka bentuk sistem jaringan jalan raya yang berasingan bagi kenderaan perdagangan yang besar-besar dengan kenderaan penumpang yang canggih tetapi bersaiz kecil secara relatifnya.

Semasa cuti tahun baharu Cina yang lalu, penulis blog (PB) bergerak dari Ipoh ke Dungun dengan menggunakan laluan Cameron Highland - Lojing - Kenyir sebelum memasuki Hulu Terengganu dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) arah selatan. Memang laluan berkenaan sangat lengang dan pemandangan kehijauan tanah tinggi yang mempersonakan. Namun, setelah melepasi Felda Aring di jajahan Gua Musang, cuaca sudah memasuki fasa gelap.

Perjalanan kira-kira 100 kilometer melalui Tasik Kenyir sangatlah gelap dan sunyi. Hanya lebih kurang 10 buah kenderaan yang berselisih. Laluan berkenaan banyak bertampung-tampung dan lubang, serta lencongan akibat kejadian tanah runtuh. 

Kawasan tanah tinggi yang berselang seli dengan kawasan berair seperti sungai dan tasik yang tiada petempatan manusia menjadi tyumpuan penghunian makhluk lain, tyermasuk yang ghaib. Maka, semua pemandu dan penumpang kenderaan digalakkan membaca ayat Kursi atau zikir yang lain supaya sentiasa terlindung daripada pemandangan atau peristiwa yang pelik-pelik. Alhamdulillah, PB berasa lega setelah mula memasuki laluan kampung di Hulu Terengganu.

Bagi perjalanan balik ke Ipoh, PB memilih LPT - Plus melalui Kuala Lumpur. Dari Paka hingga Perasing, kebanyakan kenderaan memcut laju mungkin sehingga 190 atau 200 kilometer sejam. Pemandu seperti PB yang cuba bertahan dengan kelajuan antara 110 - 120 kilometer sejam memang dianggap lambat dan lembap. Namun, segala kenderaan yang memecut dengan yang lambat tadi akhirnya berkumpul semula secara bersesak-sesak berhampiran Plaza Tol Jabor.

PB tersilap masuk ke laluan tunai, tetapi terlepas pandang pula masih boleh menggunakan kad Touch n Go. Pergerakan sepanjang dua kilometer dan dua kilometer lagi selepas tol memang macam kura-kura. Paling tinggi gear kereta manual yang boleh digunakan hanya gear 2.

Semasa singgah di Hentian Sebelah Kuantan kelihatan orang ramai beratur panjang untuk memasuk kamar membuang air seni. Keadaan yang sama berlaku di Kawasan Rawat dan Rehat Gambang apabila PB singgah untuk mengisi minyak serta menunaikan solat jamak takhir (tanpa qasar) kerana dijangka boleh tiba di rumah sebelum waktu Subuh. Memang sukar untuk membelok ke kiri sebab pemandu kenderaan yang sudah beratur panjang mungkin bimbang bekalan petrol di stesen berkenaan akan kering sebelum sempat tiba di pam.

Kesesakan kembali berlaku di plaza tol Karak apabila kenderaan bergerak sangat perjalanan untuk mmbayar tol, kemudian terperangkap dalam laluan muncung botol (bottle neck). Hampir setengah jam juga diperlukan sebelum perjalanan kembali lancar. Memang bertuah kerana boleh dikatakan lebuh raya bebas daripada lori yang mungkin dilarang memasuki lebuh raya dalam Ops Selamat kali ini.

PB singgah pula di kawasan restoran jejambat Sungai Buloh untuk menikmati bubur nasi. Tidak banyak kenderaan di kawasan parkir pada waktu tengah malam berkenaan. Demikian juga pembeli makanan tidak payah tertinjau-tinjau untuk berebut meja makan.

Stesen minyak Esso di kawasan R & R Jejambat Sungai Buloh sudah tutup. PB berhenti pula di stesen minyak Shell Tapah untuk memenuhkan semula tangki minyak. Laluan menuju stesen minyak yang biasanya penuh dengan lori kali ini kosong sahaja. Patutlah dari mula bergerak tiada peristiwa mengekori pergerakan lori yang lambat.

Memang benar bahawa kenderaan yang memecut laju mungkin sukar dikawal apabila terpaksa melalui kawasan berisiko tinggi atau kecemasan. Namun, kenderaan yang bergerak terlalu perlahan seperti lori mengundang bahaya yang lebih besar. Barangkali sudah tiba masanya perncangan sistem jalan raya dan pengangkutan kita mencontohi dasar berkaitan di negara-negara maju.

No comments: