SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, February 27, 2015

KUNJUNGAN PERTAMA KE JAKEL MALL (ALL ABOUT RIGHT TIME)

Petang Jumaat yag lalu, penulis blog sempat singgah di Kuala Lumpur sebelum ke Kampung Melayu Subang. Tujuan ke sana ialah untuk menziarahi saudara dekat. Maka, dari Ipoh menempuh perjalanan di Lebuh Raya Utara Selatan sepenuhnya, tetapi perjalanan balik menggunakan Lebuh Raya Guthrie terlebih dahulu.

Sebaik tiba di pintu masuk utama gedung Jakel yang baharu, 'rombongan' PB disambut oleh car jockey. Dia menawarkan untuk meletak kereta di petak khas dan memegang kunci kereta PB. Namun, PB hanya meminta bantuan tunjuk jalan dan kemudian membayar RM10 sebagai yuran parkir.
Paparan gambar di atas ialah kompleks Jakel Mall yang baharu beroperasi beberapa minggu bagi menggantikan gedung Jakel lama di seberang jalan. Kebetulan skrin gergasi Jakel Mall sedang menayangkan gambar pengasas perniagaan keluarga Jakel, iaitu Mohamed Jakel, yang berdarah Pakistan, bermula di Segamat, Johor. Kini, Jakel diuruskan oleh anak sulung beliau, Mohd. Feroz, 43 (klik di sini untuk profil keusahawanan Jakel).

Kisah kemajuan Jakel lebih kurang sama dengan rangkaian gedung perniagaan Mydin. Mereka bermula dengan perniagaan runcit kecil-kecilan sebelum berkembang sebagai empayar konglomerat yang menceburi pelbagai cabang keusahawanan yang lain. Kisah yang hampir sama berlaku kepada kumpulan Sani yang bermula dengan perniagaan bas ekspres sebelum berkembang dengan rangkaian hartanah dan perhotelan.

Jurujual yang melayan 'rombongan' PB memberitahu bahawa bilangan pekerja, tidak termasuk pengurusan dan keselamatan' ialah seramai 380 orang yang bertugas mengikut syif. Setiap bahagian atau seksyen jualan diketuai oleh seorang pengurus yang boleh membuat keputusan potongan harga tambahan daripada harga tawaran. Pengurus yang berkenaan juga merupakan 'pakar rujuk' dalam penjagaan tekstil yang bermutu tinggi.

Konsep seorang jurujual bagi setiap seorang pelanggan memang suatu strategi jualan yang tepat. Katakan dalam sehari seorang jurujual berjaya meyakinkan 10 orang pelanggan untuk berbelanja sebanyak RM500 seorang, maka dalam sehari jumlah jualan akan mencecah RM180,000 untuk fabrik sahaja. Pelanggan bercita rasa tinggi, terutama pelancong Arab akan berbelanja ribuan ringgit seorang di aras tiga dan empat yang menawarkan tekstil berstatus premium.

...

...

No comments: