SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, April 9, 2015

100,000 UNIT RUMAH BANDAR UNTUK KAKITANGAN AWAM (THE REALITY OF URBAN LIFE)

Kebajikan pekerja berhubung kait secara langsung dengan daya pengeluaran dan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas. Isu emolumen dan faedah sampingan yang lain

...

...

...

...

...

KUALA LUMPUR - Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) menyediakan rumah yang berkualiti dengan harga lebih rendah daripada pasaran bagi memenuhi kemampuan penjawat awam. Perdana menteri berkata, contohnya projek PPA1M Bukit Jalil di sini, merupakan satu projek perkongsian awam swasta dengan menggunakan kaedah subsidi bersilang:
    
"Sebidang tanah telah diluluskan untuk pihak pemaju. Sebahagian daripada tanah ini akan dimajukan secara komersial, (dan) daripada keuntungan komersial itu, maka pemaju bersetuju untuk membina rumah penjawat awam tanpa pembiayaan daripada kerajaan."
    
Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan projek PPA1M Bukit Jalil dan sesi pengundian untuk rumah projek itu di sini, hari ini. Sebanyak 1,536 unit rumah dengan harga jualan antara RM150,000 hingga RM300,000 seunit berdasarkan keluasan rumah antara 1,000 hingga 1,434 kaki persegi telah ditawarkan kepada penjawat awam. Sebanyak 6,826 permohonan diterima bagi PPA1M sejak tawaran dibuka dari 22 Januari hingga 28 Februari lepas, dengan 4,269 pemohon memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Najib berkata penjawat awam yang dapat memiliki unit rumah di Bukit Jalil boleh dianggap menerima 'durian runtuh' kerana harga rumah berkenaan lebih murah daripada harga pasaran. Kata beliau:
"Inilah bezanya, ertinya bukan sahaja nilai untuk wang, tetapi kalau dapat rumah ini, ia boleh kira 'durian runtuh' jugalah kerana projek ini memberi keuntungan yang besar di mana lima hingga 10 tahun lagi, nilainya akan melonjak lebih tinggi lagi".

Selain itu, beliau berkata PPA1M itu juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti surau, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan taman permainan yang menjadikan kehidupan di situ lebih selesa. Kerajaan sentiasa mendengar keluh kesah penjawat awam yang tinggal di bandar yang menghadapi kesukaran memiliki kediaman sendiri berikutan harga pasaran yang tinggi.
Untuk itu, kerajaan melaksanakan projek PPA1M yang menawarkan unit rumah pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran bagi memenuhi kemampuan penjawat awam. Dalam usaha memastikan seramai mungkin penjawat awam dapat memiliki kediaman sendiri di bandar, kerajaan bersetuju membina sebanyak 100,000 unit rumah PPA1M di seluruh negara. Perdana Menteri berkata pada April 2013, kerajaan  mengumumkan  pembangunan sebanyak 10,336 unit rumah PPA1M di Putrajaya dan PPAIM fasa dua di lokasi sama dilancar baru-baru ini dengan tambahan 4,911 unit rumah. Susulan permintaan yang amat tinggi terhadap unit rumah itu, beliau berkata PPA1M seterusnya dibuka di Bukit Jalil bagi memenuhi permintaan di mana sebanyak 1,536 unit rumah ditawarkan. - Bernama
(sumber ambilan berita di sini)

No comments: