SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, May 31, 2015

TERSEREMPAK SELEBRITI DALAM PERJALANAN (FAMOUS PEOPLE IN PERSON)

Orang-orang terkenal juga insan biasa yang harus bergerak ke sana sini, termasuk di tempat awam. Sudah pasti mereka akan diberi perhatian oleh orang ramai. Sebagai pencari rezeki dalam bidang glamor yang meraih pendapatan lumayan, mereka harus meluangkan masa peribadi (privacy) bagi melayan peminat atau pengikut mereka.

Ketika menulis coretan ini, penulis blog (PB) sekeluarga singgah di kawasan rawat dan rehat Temerloh. Jam menunjukkan pukul 5.34 petang setelah bergerak dari Ipoh kira-kira empat jam yang lalu. Tiada kesesakan yang berlaku sehingga membolehkan perjalanan begitu lancar.

...

...

...

...

...

...

Saturday, May 30, 2015

ORANG SARAWAK BAWA KERETA PERLAHAN (SPEED TRAP FOR EVERY KM)

Usai majlis tahlil sempena satu majlis pernikahan sebentar tadi, seorang pesara bekalan air dari bahagian Serian berkongsi pengalaman menaiki kenderaan di Semenanjung. Dia berasa takut setiap kali menjadi penumpang kerana di sini kereta dipandu laju. Dia mendakwa orang Sarawak akur sepenuhnya terhadap papan tanda had laju yang ditetapkan.

Kuat kuasa perangkap had laju di Sarawak lebih tegas. Kalau 90 kilometer satu jam, terlebih satu kilometer pun bakal menerima 'surat cinta' perangkap had laju. Maka, hanya pemandu yang degil tahap ekstrem yang sanggup berbuat begitu.


...

...

...

...

...

...

Friday, May 29, 2015

Thursday, May 28, 2015

BIASISWA, ELAUN UNTUK PELAJAR TINGKATAN 6 (FORGONE IN0COME FOR PRE-UNIVERSITY STUDENTS)

Enrolmen pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke kelas tingkatan enam adalah dalam lingkungan 10 peratus. Anggaran jumlah pelajar tingkatan enam bagi setiap kohort pengambilan ialah antara 40 ribu hingga 60 ribu orang. Maksudnya, 90 peratus lepasain SPM yang lain memilih atau harus memilih hala tuju yang lain berdasarkan pencapaian keputusan SPM yang diperoleh.

...

...

...

...

...

...

...

Wednesday, May 27, 2015

APABILA SIJIL HALAL 'SECRET RECIPE' DITARIK BALIK (SHARIA COMPLIANCE PERMISSIBLE FOODS)

Masyarakat Islam memang sangat peka dan sensitif tentang status halal haram sesuatu makanan atau minuman. Malah, bagi orang-orang warak, makan minum yang terkait dengan syubhah juga dijauhi. Antara petua yang biasa didengar ialah seandainya berasa tidak sedap hati ketika berada di sesebuah premis menjual makanan, maka tinggalkan tempat itu.

Memandangkan pasaran makanan halal yang amat luas di seluruh dunia, negara seperti Australia dan United Kingdom juga mengambil berat tentang pematuhan syariah dari segi penyembelihan lembu dan kambing, di samping keluaran makanan dan minuman yang lain. China dan Thailand juga mempunyai majlis syariah yang mengawal penggunaan logo halal pada label makanan. Maka, Malaysia sebagai sebuah negara yang mempelopori begitu banyak sistem urus niaga patuh syariah tentulah lebih mantap dan tegas tentang hal tersebut.
keratan akhbar Kosmo! Rabu, 27 Mei 2015: halaman 2
(klik untuk paparan lebih jelas)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai wibawa tertinggi dalam konteks kawalan logo halal menerusi penganugerahan sijil halal dengan kriteria yang cukup ketat. Lazimnya, hanya syarikat berskala besar yang 'berani' memohon sijil halal Jakim. Berdasarkan kriteria yang tersenarai, usahawan Muslim yang berasa begitu pasti mengeluarkan barang halal juga tiada jaminan untuk melepasi syarat penganugerahan sijil halal.

Masyarakat Islam di negara ini pernah gempar dengan isu gelatin dalam makanan, serta dakwaan keraguan dua jenama roti terkenal milik bumiputera yang berakhir dengan nama mereka dibersihkan. Status halal menjadi keutamaan bagi meyakinkan segmen pelanggan terbesar, termasuk dalam kalangan masyarakat bukan Islam yang prihatin terhadap hal yang serupa. Malah, masyarakat kulit putih di Britain juga dilaporkan juga meyakini mutu keluaran yang dibenarkan melabel logo halal.

Kini, giliran rangkaian kafe kek terkenal, Secret Recipe berhadapan dengan isu penarikan balik sijil halal Jakim. Pihak Jakim menegaskan hal itu tiada kaitan dengan penggunaan bahan haram, tetapi lebih kepada faktor kebersihan dan pematuhan amalan pengilangan yang baik. Pengalaman yang sama pernah dilalui oleh hotel-hotel ternama di seluruh negara.
Masyarakat Islam memang bergantung harapan kepada Jakim dalam menentukan kelayakan sijil halal yang memenuhi segala hukum-hakam syariah. Logo halal pada label keluaran makanan, hotel, restoran, ubat gigi, gel mandian, serbuk pencuci dan sebagainya dianggap sebagai penanda aras dan panduan kritikal dalam keputusan pembelian. Namun, bagaimanakah dengan status jualan di warung tepi jalan, penjaja dan pasar malam?

Pihak Jakim memang serius dalam kuat kuasa logo halal dan serbuan terhadap pengeluar yang disyaki curang dan menipu pengguna. Walaupun demikian, kekangan sumber seperti bilangan kakitangan penguat kuasa, khianat tonto (informan suspek, tolong orang nak tipu orang) dan pengaruh tertentu perlu difahami. Maka, orang ramai dan juga persatuan pengguna hendaklah menggunakan tekanan pasaran kepada pengeluar yang didapati meragukan.

...

Tuesday, May 26, 2015

CARA MENGUMPUL BAHAN RUJUKAN KERJA KURSUS EKONOMI STPM

Pengenalan
...

Memilih bahan rujukan
...

Membuat salinan
...

Catatan
penulis
tajuk artikel, buku, laman portal
tahun terbit
tempat terbit: penerbit
alamat URL / tarikh capaian

Kompilasi folder
...

Keselamatan bahan
...

Etika
...

Penutup
...

Monday, May 25, 2015

PADAH SIJIL SAKIT PALSU, UBAH SUAI (FRAUD OF DOCUMENT)

Akibat terlalu 'taasub' dengan alunan irama dangdut penyanyi seberang, Cita Citata seorang warga emas sanggup melakukan gurauan yang menjejaskan nama baik seorang pengamal perubatan wanita. Dia memuat naik imej sijil sakit yang diubah suai dengan menggunakan judul lagu 'Sakitnya tuh di sini' yang kemudiannya menjadi viral menerusi media sosial.

Masalah timbul kerana nama sebenar doktor dan kliniknya terpapar dengan jelas. Maka, orang-orang yang banyak masa lapang (tiada kerja lain) menghamburkan kata-kata cemuhan terhadap doktor yang berkenaan. Akhirnya, hal itu sampai juga kepada pengetahuan tuan empunya diri.
keratan akhbar Kosmo! 25 Mei 2015
(klik imej untuk paparan lebih jelas)

Laporan polis telah pun dilakukan, namun sebelum kertas siasatan dib uka dan seterusnya dirujuk kepada pihak pendakwaan, jalan penyelesaian yang lebih baik mungkin boleh dicapai. Pesakit veteran berkenaan barangkali terlepas pandang bahawa tindakan bergurau sedemikian membawa natijah perundangan kerana berkaitan dengan kerjaya ikhtisas yang dikawal oleh majlis yang sah. Tindakan lebih tegas juga boleh diambil justeru sebarang pindaan terhadap dokumen rasmi seperti itu walaupun tercatat bukan untuk kegunaan mahkamah.

Hakikatnya sijil cuti sakit yang ditandatangani oleh seorang doktor masih tertakluk kepada pengesahan ketua jabatan seseorang pesakit untuk kelulusan cuti. Cuma sudah menjadi amalan biasa bahawa seseorang kakitangan atau pegawai boleh menghubungi pejabat untuk memaklumkan tentang cuti sakit berkenaan atau menggunakan aplikasi Whatsapp jika dibenarkan bagi menunjukkan paparan sijil sakit yang diperoleh itu. Namun, salinan asal sijil cuti sakit itu tetap perlu diserahkan kepada ketua jabatan sebaik sahaja berkesempatan berbuat demikian.

Isu sijil cuti sakit palsu atau ubah suai telah menjejaskan nama baik kerjaya doktor perubatan dan juga jabatan tempat seseorang pegawai atau kakitangan yang berkenaan. Maka, pihak ketua jabatan yang berasa curiga tentang kesahihan sijil cuti sakit boleh menghubungi pihak doktor yang menurunkan tandatangan dan cop rasmi klinik untuk tujuan pengesahan. Semakan di hospital kerajaan juga tidak terkecuali jika terdapat petanda bahawa sijil sakit yang dikemukakan telah dijana menerusi teknologi copy and paste ytertentu.

...

...

...

Sunday, May 24, 2015

HAJI ROZI RASMI MESYUARAT KAGUM (STATE EDUCATION DIRECTOR LEADS BY EXAMPLE)

Sejarah tercipta buat Koperasi Guru Melayu Perak (Kagum) apabila buat julung-julung kalinya masyuarat agung tahunannya dirasmikan anggotanya sendiri yang kini bergelar Pengarah Pendidikan Perak. Haji Rozi bin Puteh Ismail dengan nombor keanggotaan Kagum 1096 berdaftar pada tahun 1996. Beliau berjanji untuk membantu Kagum menambahkan bilangan anggota yang beberapa tahun belakangan ini berlegar di sekitar angka kurang daripada 700 orang.

Walaupun bilangan anggota Kagum masih kecil, namun jumlah yuran terkumpul mencecah RM4 juta dan saham keanggotaan melebihi RM150,000. Kagum juga konsisten membayar dividen sebanyak 10 paratus bagi tahun keempat berturut-turut. Nilai harta tetap milik Kagum pula melebihi RM10 juta.
Haji Rozi, berbaju batik hijau, menyaksikan upacara pembayaran zakat perniagaan Kagum

Haji Khidzer, pengerusi Kagum, dalam ucapannya menegaskan semula asas penubuhan Kagum sebagai sebuah syarikat kerjasama yang berpangkalan di Batu Gajah. Memang terdapat banyak koperasi guru yang boleh disertai, tetapi Kagum mempunyai peranan yang tersendiri bagi menjaga kebajikan anggotanya. Pemimpin awal Kagum seperti Haji Zainal Noor telah merintis jalan untuk  menjalinkan rapport dengan pihak kerajaan negeri.

Antara projek mega Kagum ialah memajukan hartanah seluas 120 ekar di Tambun bersama koperasi polis dan koperasi perumahan orang Melayu Perak. Syarat pemilikan 30 peratus kaum bumiputera juga berjaya dipenuhi. Projek perumahan bercampur itu diserahkan kepada pemaju atas faktor keberkesanan dan kecekapan kos.

Kagum juga telah membeli beberapa lot rumah kedai di kawasan strategik dan memberi keutamaan kepada anggota untuk menyewa premis berkenaan. Selain itu, Kagum juga dalam proses membida harga tapak perladangan di sebuah kawasan strategik untuk meluaskan bidang perniagaan jangka panjang. Kepakaran anggota, jika ada, akan digembleng secara optimum.
Kehadiran anggota Kagum melebihi 200 orang pada mesyuarat agung kali ini terus mencatat peratusan yang tinggi untuk meluluskan ketetapan dan keputusan secara ijmak (konsensus). Setiap anggota yang hadir menerima sagu hati sebanyak RM60, serta oleh-oleh berupa beg kain berisi air mineral, buku catatan Kagum dan beberapa risalah lain. Mereka juga dijamu dengan masakan chef di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

Anggota yang menunggu sehingga mesyuarat selesai bukan sahaja menunaikan tanggungjawab meluluskan semua usul mesyuarat, termasuk peratus dividen, bahkan berpeluang memenangi cabutan bertuah. Sebahagian anggota terpaksa beredar meninggalkan majlis atas urusan penting, termasuk menjenguk anak di asrama sekolah di luar bandaraya Ipoh. Pihak Kagum sendiri telah maklum akan hal itu.

Terdapat lima orang calon anggota lembaga Kagum bertanding untuk tiga kerusi, termasuk penyandang jawatan pengerusi dan setiausaha. Pengundian dibuat sebaik sahaja anggota mendaftar kehadiran mulai pukul pukul 8.30 pagi. Pembayaran sagu hati pula hanya dilakukan setelah selesai aipacara perasmian oleh Haji Rozi bin Puteh Ismail ...

Saturday, May 23, 2015

SKRIP PENGACARA PERTANDINGAN KAWAD PANCARAGAM NEGERI (THE CENTRE OF ATTENTION)



SKRIP PENGACARA PERTANDINGAN KAWAD PANCARAGAM
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERAK 2015
DI STAR PADA 23 MEI 2015


(Setelah menerima isyarat guru, pengacara A memulakan majlis)

Assalamu alaikum warahmatullahi wabakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi

Yang Berusaha Encik Zulkifli bin Din, Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Perak

Yang Berusaha Encik Borhan bin Samsudin, Penolong PPD Hal Ehwal Murid Kinta Utara

Urus setia pertandingan, guru-guru pengiiring, peserta dan hadirin yang dihormati.


Pertandingan kawad pancaragam sekolah-sekolah menengah negeri Perak tahun 2015 didahului dengan penghakiman persediaan. Semua pasukan yang bertanding diminta berada pada kawasan placard atau papan tanda yang tertera di tengah padang. Mohon kerjasama juulatih, guru pengiring dan pegawai pengiring membiarkan anggota pasukan yang bertanding sahaja berada di kawasan penghakiman persediaan.

(sementara menunggu penghakiman persediaan selesai, muzik minus one dimainkan)

(setelah mendapat isyarat hakim untuk memulakan acara kawad)

Hadirin sekalian,

Kini, acara pertandingan kawad pancaragam sekolah-sekolah menengah negeri Perak 2015 dimulakan.

Pasukan pancaragam pertama memulakan persembahan. Sama-sama kita nikmati.

(Usai persembahan Pooi Lam, tunggu sehingga mereka keluar dari kawasan persembahan. Pengacara B membuat pengumuman)

Demikian persembahan hebat pasukan pancaragam SMJK Pooi Lam , Ipoh. Pergerakan menarik dan penuh disiplin.
Selanjutkan mari kita ikuti persembahan pasukan kedua. Dipersilakan.

(Usai persembahan Nan Hwa, tunggu sehingga mereka keluar dari kawasan persembahan. Pengacara C membuat pengumuman)

Formasi pergerakan kawad yang menarik dan muzik yang harmonis. Tahniah pasukan pancaragam SMJK Nan Hua Sitiawan.

Seterusnya, mari kita tonton bersama persembahan pasukan pancaragam ketiga. Dipersilakan.

(Usai persembahan San Min. Tunggu sehingga mereka keluar dari kawasan persembahan. Pengacara D membuat pengumuman)

Terima kasih atas kawad bergaya pasukan pancaragam SMJK San Min,Teluk Intan.

Pertandingan kawad pancaragam sekolah-sekolah menengah negeri Perak 2015 diteruskan dengan persembahan pasukan keempat. Dipersilakan.




(Usai persembahan SYS, tunggu sehingga mereka keluar dari kawasan persembahan. Pengacara A membuat pengumuman)

Begitulah persembahan hangat dan bertenaga SMK Sultan Yusuf, Batu Gajah. Terima kasih daun keladi.

Kini, menyusul persembahan pasukan pancaragam kelima. Mari kita saksikan bersama.

(Usai persembahan Sam Tet. Tunggu sehingga mereka keluar dari kawasan persembahan. Pengacara B membuat pengumuman)

Persaingan antara pasukan memang sengit. Pasukan SMJK Sam Tet membuktikan hakikat itu sebentar tadi. Pasukan pancaragam terakhir yang mengambil bahagian sudah pasti mahu memberikan persembahan yang terbaik. Mari kita beri tumpuan sepenuhnya.

(Usai persembahan Convent, tunggu sehingga mereka keluar dari kawasan persembahan. Pengacara B membuat pengumuman)

Terima kasih pasukan pasncaragam SMK Convent, Teluk Intan atas persembahan kawad pancaragam yang sangat menghiburkan.

Dengan itu acara pertandingan kawad pancaragam sekolah-sekolah menengah negeri Perak menutup tirainya. Semua pasukan dibenarkan berehat selama setengah jam sebelum kembali berkumpul di hadapan astaka ini bagi upacara perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang. Sebelum itu, wakil setiap pasukan diminta tampil ke astaka bagi mengambil pek makanan.

Sekian, majlis mohon berhenti rehat.

Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Jumpa setengah jam lagi.

Friday, May 22, 2015

MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN UMAT (THE POWER OF HISTORY)

Mimbar Jumat kali ini mebangkitkan isu Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis yang kian terancam disebabkan keganasan puak pelampau Yahudi.

...

...

...

...

...

...

...

...


Thursday, May 21, 2015

SOLAT PERLU KEMPEN? (RELIGOUS AWARENESS AMONG YOUNGER GENERATION)

...

...
keratan akhbar Kosmo! 16.5.2015 halaman 23

...

...

...

...

...

...

Tuesday, May 19, 2015

ETNIK ROHINGYA DIZALIMI: MENGAPA DUNIA TUTUP MATA? (THE CHALLANGE OF MINORITY MUSLIM)

Junta tentera Myanmar dan pejuang demokrasi mereka dua kali lima, iaitu bersekongkol terhadap kekejaman terhadap masyarakat Islam Rohingya, penduduk asal Arakan. Sudahlah wilayah mereka diceroboh dan dirampas, keganasan disambung pula oleh sami-sami Budhha yang bertopengkan keagamaan. Pertubuhan Bangsa Bersatu juga membiarkan sahaja umat Islam dizalimi kerana mereka hanya berminat dengan agenda negara kuasa besar.

Gambar yang menunjukkan pengganas berpakaian sami Budhha memegang mesingan berlatar belakang timbunan mayat etnik Rohingya tersebar. Begitu juga kanak-kanak Rohingya dipaksa meniarap, lalu tangan mereka digilis dengan motosikal. Kita tidak pasti tentang tahap kesahihan gambar yang tersebar, tetapi pasti tentang proses penghapusan etnik yang berlaku.

Sementara sebahagian masyarakat Rohingya masih cuba bertahan di tabah tumpah darah mereka, sebahagian lagi melarikan diri ke negara lain. Malaysia menjadi antara destinasi mereka untuk mendapatkan perlindungan dan suaka politik sebelum dipindahkan ke negara ketiga yang sudi menerima mereka di bawah seliaan Suruhanjaya Khas Pelarian Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHCR). Nampak seperti akar umbi masalah tidak dicabut melainkan usaha menangani natijah berlaku supaya sisi kemanusiaan basan dunia masih kelihatan ada.

...

...

...

...

...

Monday, May 18, 2015

RUSUHAN BOLA SEPAK DI TERENGGANU UJI TAHAP PENGURUSAN KRISIS FAM (EMOTION'S OVERPOWER IN SPORT)

Walaupun mutu bola sepak negara sudah lama menggelonsor ke bawah hingga menghuni tangga 160 ke atas dalam kalangan kira-kira 200 buah negara anggota Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), kemeriahan liga tempatan masih hangat. Penonton kembali membanjiri stadium apabila pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (Fam) membenarkan semula pengambilan pemain import, selain penyertaan semula skuad kebangsaan Singapura yang dikenali sebagai Lions XII. Kemampuan beberapa pasukan mewah berbelanja besar seperti Johor Darul Takzim (JDT) memberikan pendapatan lumayan kepada pemain sepenuh masa profesional.

Siaran langsung menerusi saluran televisyen percuma dan berbayar juga didapati tidak menjejaskan kehadiran penonton dalam perlawanan yang bertaraf derby. Penyokong pasukan negeri jauh lebih besar bilangannya daripada skuad berstatus kelab. Namun, segalanya bergantung terhadap pencapaian semasa pasukan yang berkenaan.
akibat emosi meluap yang tidak terkawal
(sumber ambilan gambar di sini)

Kegilaan terhadap sukan bola sepak memang sukar dimengerti. Dalam satu majlis kenduri di Sungai Sumun (satu ketika dahulu), majlis tahlil sampai ditangguhkan sehingga siaran langsung satu perlawanan bola sepak tempatan selesai. Pada ketika itu, Selangor dan Singapura merupakan dua buah pasukan paling gagah.

Isu bookies, mengatur dan menjual perlawanan serta perjudian pernah menggegarkan arena bola sepak tempatan. Terdapat pemain kebangsaan yang dikenakan pertuduhan di mahkamah, lalu disabitkan kesalahan sehingga dihukum buang daerah atau terpaksa menggantung but seumur hidup.

Terkini, penyakit sukan bola sepak menjalar kepada para peminat dan penyokong tegar sesebuah pasukan dalam bentuk rusuhan apabila mereka berasa tidak puas hati dengan keputusan perlawanan. Meskipun dipisahkan kawasan tempat duduk dan dikenakan kawalan keselamatan yang ketat, pertempuran antara penyokong tetap berlaku. Penggunaan sinar laser ke arah penjaga gol lawan dan pembakaran suar juga mencetuskan provokasi antara mereka.

Keputusan pengadil membatalkan gol keempat Terengganu pada saat-saat genting perlawanan yang menfikan kemaraan skuad penyu ke perlawan akhir Piala FA nyata mengundang kemarahan penyokong pasukan tuan rumah. Kira-kira 150 orang penyokong Lions XII dilaporkan terkandas selama empat jam selepas perlawanan sebelum berjaya dibawa keluar oleh pihak keselamatan. Pengadil perlawanan juga terpaksa disusup keluar bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk.

Memang tidak dinafikan bahawa banyak kelemahan berlaku sama ada dari segi kawalan keselamatan dan mutu pengadilan, tetapi terdapat proses sah yang perlu dipatuhi. Tindakan merusuh jelas suatu kesalahan dari segi undang-undang kendatipun mereka mendakwa ada alasan yang kukuh untuk membantah keputusan pengadil perlawanan. Semangat kesukanan dan adab sopan telah diketepikan seolah-olah telah dirasuk oleh pengaruh buruk yang keterlaluan.

Pihak berkuasa bola sepak mesti memilih jalan terbaik dengan menghargai kebanjiran penonton di stadium, di samping merangka pelan pengurusan krisis yang mantap bagi mengelakkan sebarang peristiwa di luar kawalan. Mutu pengadilan juga perlu ditambah baik supaya mana-mana keputusan yang berpotensi mengundang kekecohan mempunyai sistem rujukan teknikal serta-merta yang berwibawa di lokasi perlawanan. Prinsip psikologi sukan mungkin boleh membantu dasar kawalan keselamatan yang lebih tuntas ...

Sunday, May 17, 2015

SERBUK KOPI ISTIMEWA PULAU PINANG (ANCESTOR'S DRINKING RECIPE)

Walaupun jenama seperti Nescafe, Indocafe, Ali Cafe, Radix, Kapal Api, kopi putih Ipoh dan sebagainya menguasai pasaran tempatan, serbuk kopi yang diproses oleh usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masih memiliki segmen penggemar yang tersendiri. Demikian juga dengan kopi asli yang dikisar secara terus di pasar malam dan pasar tani.


Memang benar bahawa kopi mengandungi kafien yang membawa natijah kesihatan yang tertentu kepada golongan yang tertentu. Namun, minuman kopi tetap berjaya dijual, bahkan dijenamakan sebagai cita rasa antarabangsa, misalnyalnya Coffee Bean dan Starbuck. Walhal, kopi telah sekian lama menjadi minuman popular sehingga muncul istilah coffee house, iaitu tempat 'bersidai' golongan elit dan pertengahan untuk berjumpa kawan-kawan.
Ketika berkunjung ke pusat jualan jeruk madu Pak Ali berhampiran Taman Jerejak, Pulau Pinang, penulis blog (PB) sempat mencapai satu tin kecil serbuk kopi tempatan. Harganya RM6.50 termasuk GST. Pada tin serbuk kopi itu tercatat maklumat tentang resepi Tok Wan yang diwarisi sejak tahun 1946. 

...

...

...

...

...

Saturday, May 16, 2015

BOY PJ MAJALAH GILA-GILA DI IPOH (PROFESSIONAL FIGURE SKETCHING)

Generasi muda mungkin tidak begitu mengenali majalah komik retro Gila-Gila (GG) yang sangat berpengaruh pada dekad 1980-an dan 1990-an. Majalah berkenaan telah bertahan hampir setengah abad lamanya. Namun kegigihan pihak pengurusan Creative Enterprise yang dikukuhkan dengan pelukis otai (old-timer) seperti Jaafar Taib, Rashid Asmawi dan Ujang serta penulis seperti Minahleter dan Profesor Dr. Muliyadi Mahamood telah memungkinkan GG masih berada di pasaran.

Bagi menarik minat generasi muda yang lebih suka melayan majalah kartun lebih sensasi seperti Apo!, Gempak dan Wisel, maka GG giat dipromosikan dalam pesta buku, serta kiosk tetap seperti di kawasan rawat dan rehat Gambang. Selain itu, kartunis GG juga dihantar ke gedung membeli-belah terkemuka untuk bertemu peminat setia GG dan prospek pembaca dalam kalangan generasi muda. Mereka mengadakan tunjuk cara lakaran kartun dan juga perkhidmatan melukis figura secara masa sebenar.
Pada hari Sabtu, 16 Mei bersamaan 26 Rejab 1436, GG telah menghantar kartunis Boy PJ di ruang legar Angsana Mall yang turut menempatkan pasar raya milik bumiputera, UO dan pusat servis Samsung. DJ Angsana Mall menguar-uarkan dari masa ke masa tentang kehadiran Boy PJ kerana pembaca GG pun tidak mengenali wajah beliau justeru tidak pernah tersiar dalam GG. Boy PJ ditemani seorang lagi kartunis residen GG yang tidak pula disebutkan namanya secara berulang-ulang.

Boy PJ dan rakannya kelihatan khusyuk dengan tugas masing-masing sama ada melayan permintaan melukis potret pengunjung UO yang singgah di kawasan meja mereka atau berkarya walaupun dalam keadaan hiruk-pikuk di situ. Ilham seseorang kartunis boleh datang dalam persekitaran sunyi sepi dan juga hingar-bingar. Mereka begitu peka terhadap gelagat, kerenah dan peristiwa yang berlaku di sekeliling serta jarak jauh.

Seseorang pelukis yang berjaya memang memiliki sentuhan kreativiti yang mampu menangkap imaginasi sasaran penggemar karya seni. Bakat melukis boleh datang secara sendiri atau pun menerusi disiplin pengajian di akademi seni tampak dan seni halus. Kini, dengan bantuan janaan komputer, karya kartunis boleh dihasilkan dengan lebih cepat dan memikat.
Kepakaran dan pengalaman Boy PJ serta rakan dalam penerbitan majalah GG terserlah menerusi lukisan figura atau potret dalam jangka masa yang singkat sahaja. Mereka melayan permintaan melukis potret pelanggan secara bersemuka dan juga berdasarkan gambar yang dibawa. Sebagai langkah promosi GG, bayaran yang dikenakan sangat murah, iaitu RM10 bagi lakaran pensil dan RM20 bagi lorekan berwarna.

Harga serendah itu bagi pelanggan memang berbaloi untuk perkhidmatan pelukis profesional seperti Boy PJ dan rakan dari majalah GG. Mereka bukan pelukis jalanan seperti yang dapat dilihat begitu ramai di kota Jakarta, Indonesia. Kontroversi tentang medium lukisan manusia juga nampaknya sudah berkurangan kerana majalah yang berteraskan keIslaman juga banyak memuatkan komik dan lakaran karikatur manusia.

Sesuai dengan usia pelukis dan penulis GG yang lebih dewasa dan berselera retro, maka kematangan karya GG terserlah dengan pengamatan yang tajam, kritik sosial dan penerapan nilai murni yang disampaikan secara santai. Barangkali pihak Creative Enterprise perlu membuat kajian pasaran tentang kecenderungan generasi muda semasa agar GG tidak terlalu bergantung terhadap peminat setia yang sudah menginjak usia emas. Walaupun mahu kekal dengan identiti tersendiri, tiada ruginya jika majalah GG memperuntukkan beberapa halaman untuk remaja dan kanak-kanak ...

Friday, May 15, 2015

MEMBALAS JASA WARGA TUA (POLICY FOR THE GOLDEN AGE GROUP)

...

...
keratan akhbar Kosmo! 15.5.15 ms 27

...

...

...

...

...

...

Thursday, May 14, 2015

GURU BUKAN LILIN (CATALYST IN LEARNING)

Ungkapan lama mengatakan guru umpama lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain. Tujuannya memang sangat mulia, iaitu menghargai guru pada tahap paling ekstrem. Namun, metafora itu tidak pernah terpilih sebagai tema hari guru di negata kita.

Terdapat ungkapan lain yang cuba ditonjolkan bagi mengganti metafora lilin tadi. Misalnya, guru umpama matahari yang sentiasa memberi cahaya kepada kehidupan insan. Walaupun begitu lilin masih tetap teratas apabila terkait dengan bidang keguruan.

Lilin suatu lambang pengorbanan yang tuntas. Lilin lebih dianggap mustahak pada zaman dahulu dan juga persediaan jika berlaku gangguan bekalan elektrik pada waktu malam. Lilin juga diletak pada kek sambutan hari lahir ala-Barat.

Walaupun guru boleh ditakrifkan secara lebih luas, hakikatnya bahawa sambutan hari guru ditujukan kepada guru yang sedang atau pernah bertugas di sekolah. Maksudnya, guru merujuk kepada suatu kerjaya ikhtisas yang memikul amanah sebagaimana yang diinstitusikan serta layak menerima emolumen serta faedah sampingan yang lain. Justeru demikian, selain memiliki kelayakan akademik dan ikhtisas dalam bidang pengkhususan yang tertentu, guru juga perlu memiliki tahap kesihatan, iltizam, etika, amalan terbaik dan segala kemuliaan bagi menolong murid dalam proses pembelajaran.

...

...

...

...

..




Wednesday, May 13, 2015

Saturday, May 9, 2015

DEDIKASI KHAS HARI IBU, HARI BAPA (TO SHOW THANK YOU WISELY)

Jika kita cenderung untuk berpendirian keras, maka kita akan bertemu hujah-hujah yang menjurus terhadap tegahan menyambut hari ibu. Kita berpegang kepada sejarah dan asal usul hari ibu yang dikaitkan dengan amalan masyarakat Barat, lalu dikaitkan dengan gereja. Maka, kita pun tergolong dalam kalangan orang yang sinis, serta gemar menghukum sesiapa yang kita lihat sebagai sudah terpesong itu.

Sebaliknya, jika kita mengambil pendirian yang lebih bijaksana, cermat dan hikmah, kita tidak terburu-buru untuk membuat sesuatu kesimpulan tanpa memilikibiasaa ilmu pengetahuan yang mencukupi. Kebijaksanaan ialah barang yang hilang daripada orang yang beriman (al-hikmah dolatul mukmin).  Kebiasaan yang baik, serta tidak ada unsur dosa dalam sesuatu amalan tidak wajar ditolak mentah-mentah.

...

...

...

...

...

...

Thursday, May 7, 2015

Wednesday, May 6, 2015

MENGENALI KELUARGA DYMM SULTAN NAZRIN MUIZUDDIN SHAH (BEHIND THE MAJESTY)

...

...

...

...

...

...

...

...

RUANG TAMU RUMAH ORANG MALAYSIA PELIK? (THE DIRECT THREAT OF SENSATE CULTURE)

Benarkah bahawa sebaik sahaja menjengah masuk rumah orang Malaysia, peralatan pertama yang terlihat ialah set televisyen bersaiz besar? Kemudian, di kiri kanan dan atas bawah pula penuh dengan hiasan sama ada yang melekap di dinding atau terpamer di dalam almari kaca. Macam-macam ayat suci dan ungkapan motivasi tergantung dengan kemas.

Namun, tumpuan isi rumah ketika berkumpul santai tentunya terhadap skrin televisyen berdefinisi tinggi sehingga seolah-olah hiasan lain tidak wujud. Seruan kebaikan dalam bingkai indah tenggelam di sebalik siaran di layar LED yang babas nilai. Demikian antara intipati ceramah keibubapaan oleh Dr. Adnan bin Omar, kaunselor Sekolah Islam al-Hidayah, Skudai Johor bertempat di Surau al-Hidayah, Taman Desa Indah, Ipoh sebentar tadi.

...

...

...

...

...

...

Tuesday, May 5, 2015

PENGAMBILAN KAKITANGAN KERAJAAN DIBEKUKAN? (TAPPING POTENTIAL EMPLOYERS)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dilaporkan sebagai mengesahkan bahawa tiada lagi pengambilan baharu kakitangan awam bermula pada bulan April lalu. Keputusan itu turut meliputi perkhidmatan keselamatan dan pendidikan. Namun, pengisian jawatan yang bersifat penggantian kakitangan (misalnya bersara) akan diproses oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sebagaimana negara-negara sedang membangun yang lain, Malaysia mempunyai saiz kakitangan awam yang besar. Dalam kata lain, kerajaan merupakan majikan terbesar negara dengan peruntukan emolumen yang tinggi pada setiap kali belanjawan negara. Laporan akhbar atas talian berbahasa Inggeris di bawah bagaimanapun mungkin memerlukan penjelasan lanjut pihak SPA, JPA dan menteri yang berkenaan.



KUALA LUMPUR, May 5 — The Public Service Commission (PSC) has confirmed that the government is no longer recruiting for any positions effective April. PSC chairman Tan Sri Mahmood Adam told Sin Chew Daily that the government was not taking in any more people into its service, but declined to explain the rationale for the decision. Mahmood told the Chinese-language newspaper that 15 agencies, including the police, army and Education ministry, have already received notice of the freeze.


He insisted, however, that agencies that needed emergency replacements could still apply to do so via the Public Service Department. According to Mahmood, the moratorium does not affect recruitment for vacancies that were advertised prior to the April 22 directive. His remarks confirm a report by whistleblower website Sarawak Report across the weekend that said Putrajaya was no longer hiring, based on a leaked copy of the memorandum from the PSC.


Malaysia’s civil service force currently costs some RM60 billion in wages annually, accounting for a third of total government spending. Malaysia also has one of the highest public workers to population ratios in the world. Putrajaya was forced to reduce its operating budget for 2015 owing to a sharp drop in oil price since last year. 


- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/no-more-vacancies-putrajaya-confirms-hiring-freeze#sthash.un6kppog.dpuf

(sumber ambilan: klik di sini)


...

...

...

...

...

...

Monday, May 4, 2015

DATA PENTING PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (THE WAY TO HIGH INCOME COUNTRY)

...

...
sumber ambilan grafik: akhbar The Star, 29.4.15

...

...
Ibid

...

...
Ibid

...

...

Sunday, May 3, 2015

SAJAK SARANG BURUNG (SMALL IS BEATIFUL)



                                                          Jalinan rerumput kering
                                                          Asalnya mudah dilayang angin
                                                          Mereput andai terbiar
                 
                                                          Dengan seni mengikut naluri
                                                          Kurniaan Ilahi
                                                          Sejemput daging kerdil
                                                          Memintal tanpa jemu
                                                          Menyiapkan mahligai bakal si cilik
                 
                                                          Kubu berlindung
                                                          Menghindar ancaman musuh
                                                          Memayung terik mentari
                                                          Menahan percik membasah
                   
                                                          Sang ibu terapung mengintai rezeki
                                                          Sang anak menanti tanpa daya
                                                          Menunggu sayap pakaian
                                                          Tenaga membelah angkasa

                                                          Tanpa sang sutradara
                                                          Melainkan Pencipta
                                                          Akur aturan alam
                                                          Menyumbang bebunga harapan


Ipoh, Isnin 4/5/15, 12.24 tengah hari