SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, May 27, 2015

APABILA SIJIL HALAL 'SECRET RECIPE' DITARIK BALIK (SHARIA COMPLIANCE PERMISSIBLE FOODS)

Masyarakat Islam memang sangat peka dan sensitif tentang status halal haram sesuatu makanan atau minuman. Malah, bagi orang-orang warak, makan minum yang terkait dengan syubhah juga dijauhi. Antara petua yang biasa didengar ialah seandainya berasa tidak sedap hati ketika berada di sesebuah premis menjual makanan, maka tinggalkan tempat itu.

Memandangkan pasaran makanan halal yang amat luas di seluruh dunia, negara seperti Australia dan United Kingdom juga mengambil berat tentang pematuhan syariah dari segi penyembelihan lembu dan kambing, di samping keluaran makanan dan minuman yang lain. China dan Thailand juga mempunyai majlis syariah yang mengawal penggunaan logo halal pada label makanan. Maka, Malaysia sebagai sebuah negara yang mempelopori begitu banyak sistem urus niaga patuh syariah tentulah lebih mantap dan tegas tentang hal tersebut.
keratan akhbar Kosmo! Rabu, 27 Mei 2015: halaman 2
(klik untuk paparan lebih jelas)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai wibawa tertinggi dalam konteks kawalan logo halal menerusi penganugerahan sijil halal dengan kriteria yang cukup ketat. Lazimnya, hanya syarikat berskala besar yang 'berani' memohon sijil halal Jakim. Berdasarkan kriteria yang tersenarai, usahawan Muslim yang berasa begitu pasti mengeluarkan barang halal juga tiada jaminan untuk melepasi syarat penganugerahan sijil halal.

Masyarakat Islam di negara ini pernah gempar dengan isu gelatin dalam makanan, serta dakwaan keraguan dua jenama roti terkenal milik bumiputera yang berakhir dengan nama mereka dibersihkan. Status halal menjadi keutamaan bagi meyakinkan segmen pelanggan terbesar, termasuk dalam kalangan masyarakat bukan Islam yang prihatin terhadap hal yang serupa. Malah, masyarakat kulit putih di Britain juga dilaporkan juga meyakini mutu keluaran yang dibenarkan melabel logo halal.

Kini, giliran rangkaian kafe kek terkenal, Secret Recipe berhadapan dengan isu penarikan balik sijil halal Jakim. Pihak Jakim menegaskan hal itu tiada kaitan dengan penggunaan bahan haram, tetapi lebih kepada faktor kebersihan dan pematuhan amalan pengilangan yang baik. Pengalaman yang sama pernah dilalui oleh hotel-hotel ternama di seluruh negara.
Masyarakat Islam memang bergantung harapan kepada Jakim dalam menentukan kelayakan sijil halal yang memenuhi segala hukum-hakam syariah. Logo halal pada label keluaran makanan, hotel, restoran, ubat gigi, gel mandian, serbuk pencuci dan sebagainya dianggap sebagai penanda aras dan panduan kritikal dalam keputusan pembelian. Namun, bagaimanakah dengan status jualan di warung tepi jalan, penjaja dan pasar malam?

Pihak Jakim memang serius dalam kuat kuasa logo halal dan serbuan terhadap pengeluar yang disyaki curang dan menipu pengguna. Walaupun demikian, kekangan sumber seperti bilangan kakitangan penguat kuasa, khianat tonto (informan suspek, tolong orang nak tipu orang) dan pengaruh tertentu perlu difahami. Maka, orang ramai dan juga persatuan pengguna hendaklah menggunakan tekanan pasaran kepada pengeluar yang didapati meragukan.

...

No comments: