SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, May 23, 2015

SKRIP PENGACARA PERTANDINGAN KAWAD PANCARAGAM NEGERI (THE CENTRE OF ATTENTION)



SKRIP PENGACARA PERTANDINGAN KAWAD PANCARAGAM
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERAK 2015
DI STAR PADA 23 MEI 2015


(Setelah menerima isyarat guru, pengacara A memulakan majlis)

Assalamu alaikum warahmatullahi wabakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi

Yang Berusaha Encik Zulkifli bin Din, Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Perak

Yang Berusaha Encik Borhan bin Samsudin, Penolong PPD Hal Ehwal Murid Kinta Utara

Urus setia pertandingan, guru-guru pengiiring, peserta dan hadirin yang dihormati.


Pertandingan kawad pancaragam sekolah-sekolah menengah negeri Perak tahun 2015 didahului dengan penghakiman persediaan. Semua pasukan yang bertanding diminta berada pada kawasan placard atau papan tanda yang tertera di tengah padang. Mohon kerjasama juulatih, guru pengiring dan pegawai pengiring membiarkan anggota pasukan yang bertanding sahaja berada di kawasan penghakiman persediaan.

(sementara menunggu penghakiman persediaan selesai, muzik minus one dimainkan)

(setelah mendapat isyarat hakim untuk memulakan acara kawad)

Hadirin sekalian,

Kini, acara pertandingan kawad pancaragam sekolah-sekolah menengah negeri Perak 2015 dimulakan.

Pasukan pancaragam pertama memulakan persembahan. Sama-sama kita nikmati.

(Usai persembahan Pooi Lam, tunggu sehingga mereka keluar dari kawasan persembahan. Pengacara B membuat pengumuman)

Demikian persembahan hebat pasukan pancaragam SMJK Pooi Lam , Ipoh. Pergerakan menarik dan penuh disiplin.
Selanjutkan mari kita ikuti persembahan pasukan kedua. Dipersilakan.

(Usai persembahan Nan Hwa, tunggu sehingga mereka keluar dari kawasan persembahan. Pengacara C membuat pengumuman)

Formasi pergerakan kawad yang menarik dan muzik yang harmonis. Tahniah pasukan pancaragam SMJK Nan Hua Sitiawan.

Seterusnya, mari kita tonton bersama persembahan pasukan pancaragam ketiga. Dipersilakan.

(Usai persembahan San Min. Tunggu sehingga mereka keluar dari kawasan persembahan. Pengacara D membuat pengumuman)

Terima kasih atas kawad bergaya pasukan pancaragam SMJK San Min,Teluk Intan.

Pertandingan kawad pancaragam sekolah-sekolah menengah negeri Perak 2015 diteruskan dengan persembahan pasukan keempat. Dipersilakan.




(Usai persembahan SYS, tunggu sehingga mereka keluar dari kawasan persembahan. Pengacara A membuat pengumuman)

Begitulah persembahan hangat dan bertenaga SMK Sultan Yusuf, Batu Gajah. Terima kasih daun keladi.

Kini, menyusul persembahan pasukan pancaragam kelima. Mari kita saksikan bersama.

(Usai persembahan Sam Tet. Tunggu sehingga mereka keluar dari kawasan persembahan. Pengacara B membuat pengumuman)

Persaingan antara pasukan memang sengit. Pasukan SMJK Sam Tet membuktikan hakikat itu sebentar tadi. Pasukan pancaragam terakhir yang mengambil bahagian sudah pasti mahu memberikan persembahan yang terbaik. Mari kita beri tumpuan sepenuhnya.

(Usai persembahan Convent, tunggu sehingga mereka keluar dari kawasan persembahan. Pengacara B membuat pengumuman)

Terima kasih pasukan pasncaragam SMK Convent, Teluk Intan atas persembahan kawad pancaragam yang sangat menghiburkan.

Dengan itu acara pertandingan kawad pancaragam sekolah-sekolah menengah negeri Perak menutup tirainya. Semua pasukan dibenarkan berehat selama setengah jam sebelum kembali berkumpul di hadapan astaka ini bagi upacara perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang. Sebelum itu, wakil setiap pasukan diminta tampil ke astaka bagi mengambil pek makanan.

Sekian, majlis mohon berhenti rehat.

Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Jumpa setengah jam lagi.

No comments: