SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, May 24, 2015

HAJI ROZI RASMI MESYUARAT KAGUM (STATE EDUCATION DIRECTOR LEADS BY EXAMPLE)

Sejarah tercipta buat Koperasi Guru Melayu Perak (Kagum) apabila buat julung-julung kalinya masyuarat agung tahunannya dirasmikan anggotanya sendiri yang kini bergelar Pengarah Pendidikan Perak. Haji Rozi bin Puteh Ismail dengan nombor keanggotaan Kagum 1096 berdaftar pada tahun 1996. Beliau berjanji untuk membantu Kagum menambahkan bilangan anggota yang beberapa tahun belakangan ini berlegar di sekitar angka kurang daripada 700 orang.

Walaupun bilangan anggota Kagum masih kecil, namun jumlah yuran terkumpul mencecah RM4 juta dan saham keanggotaan melebihi RM150,000. Kagum juga konsisten membayar dividen sebanyak 10 paratus bagi tahun keempat berturut-turut. Nilai harta tetap milik Kagum pula melebihi RM10 juta.
Haji Rozi, berbaju batik hijau, menyaksikan upacara pembayaran zakat perniagaan Kagum

Haji Khidzer, pengerusi Kagum, dalam ucapannya menegaskan semula asas penubuhan Kagum sebagai sebuah syarikat kerjasama yang berpangkalan di Batu Gajah. Memang terdapat banyak koperasi guru yang boleh disertai, tetapi Kagum mempunyai peranan yang tersendiri bagi menjaga kebajikan anggotanya. Pemimpin awal Kagum seperti Haji Zainal Noor telah merintis jalan untuk  menjalinkan rapport dengan pihak kerajaan negeri.

Antara projek mega Kagum ialah memajukan hartanah seluas 120 ekar di Tambun bersama koperasi polis dan koperasi perumahan orang Melayu Perak. Syarat pemilikan 30 peratus kaum bumiputera juga berjaya dipenuhi. Projek perumahan bercampur itu diserahkan kepada pemaju atas faktor keberkesanan dan kecekapan kos.

Kagum juga telah membeli beberapa lot rumah kedai di kawasan strategik dan memberi keutamaan kepada anggota untuk menyewa premis berkenaan. Selain itu, Kagum juga dalam proses membida harga tapak perladangan di sebuah kawasan strategik untuk meluaskan bidang perniagaan jangka panjang. Kepakaran anggota, jika ada, akan digembleng secara optimum.
Kehadiran anggota Kagum melebihi 200 orang pada mesyuarat agung kali ini terus mencatat peratusan yang tinggi untuk meluluskan ketetapan dan keputusan secara ijmak (konsensus). Setiap anggota yang hadir menerima sagu hati sebanyak RM60, serta oleh-oleh berupa beg kain berisi air mineral, buku catatan Kagum dan beberapa risalah lain. Mereka juga dijamu dengan masakan chef di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

Anggota yang menunggu sehingga mesyuarat selesai bukan sahaja menunaikan tanggungjawab meluluskan semua usul mesyuarat, termasuk peratus dividen, bahkan berpeluang memenangi cabutan bertuah. Sebahagian anggota terpaksa beredar meninggalkan majlis atas urusan penting, termasuk menjenguk anak di asrama sekolah di luar bandaraya Ipoh. Pihak Kagum sendiri telah maklum akan hal itu.

Terdapat lima orang calon anggota lembaga Kagum bertanding untuk tiga kerusi, termasuk penyandang jawatan pengerusi dan setiausaha. Pengundian dibuat sebaik sahaja anggota mendaftar kehadiran mulai pukul pukul 8.30 pagi. Pembayaran sagu hati pula hanya dilakukan setelah selesai aipacara perasmian oleh Haji Rozi bin Puteh Ismail ...

No comments: