SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, May 18, 2015

RUSUHAN BOLA SEPAK DI TERENGGANU UJI TAHAP PENGURUSAN KRISIS FAM (EMOTION'S OVERPOWER IN SPORT)

Walaupun mutu bola sepak negara sudah lama menggelonsor ke bawah hingga menghuni tangga 160 ke atas dalam kalangan kira-kira 200 buah negara anggota Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), kemeriahan liga tempatan masih hangat. Penonton kembali membanjiri stadium apabila pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (Fam) membenarkan semula pengambilan pemain import, selain penyertaan semula skuad kebangsaan Singapura yang dikenali sebagai Lions XII. Kemampuan beberapa pasukan mewah berbelanja besar seperti Johor Darul Takzim (JDT) memberikan pendapatan lumayan kepada pemain sepenuh masa profesional.

Siaran langsung menerusi saluran televisyen percuma dan berbayar juga didapati tidak menjejaskan kehadiran penonton dalam perlawanan yang bertaraf derby. Penyokong pasukan negeri jauh lebih besar bilangannya daripada skuad berstatus kelab. Namun, segalanya bergantung terhadap pencapaian semasa pasukan yang berkenaan.
akibat emosi meluap yang tidak terkawal
(sumber ambilan gambar di sini)

Kegilaan terhadap sukan bola sepak memang sukar dimengerti. Dalam satu majlis kenduri di Sungai Sumun (satu ketika dahulu), majlis tahlil sampai ditangguhkan sehingga siaran langsung satu perlawanan bola sepak tempatan selesai. Pada ketika itu, Selangor dan Singapura merupakan dua buah pasukan paling gagah.

Isu bookies, mengatur dan menjual perlawanan serta perjudian pernah menggegarkan arena bola sepak tempatan. Terdapat pemain kebangsaan yang dikenakan pertuduhan di mahkamah, lalu disabitkan kesalahan sehingga dihukum buang daerah atau terpaksa menggantung but seumur hidup.

Terkini, penyakit sukan bola sepak menjalar kepada para peminat dan penyokong tegar sesebuah pasukan dalam bentuk rusuhan apabila mereka berasa tidak puas hati dengan keputusan perlawanan. Meskipun dipisahkan kawasan tempat duduk dan dikenakan kawalan keselamatan yang ketat, pertempuran antara penyokong tetap berlaku. Penggunaan sinar laser ke arah penjaga gol lawan dan pembakaran suar juga mencetuskan provokasi antara mereka.

Keputusan pengadil membatalkan gol keempat Terengganu pada saat-saat genting perlawanan yang menfikan kemaraan skuad penyu ke perlawan akhir Piala FA nyata mengundang kemarahan penyokong pasukan tuan rumah. Kira-kira 150 orang penyokong Lions XII dilaporkan terkandas selama empat jam selepas perlawanan sebelum berjaya dibawa keluar oleh pihak keselamatan. Pengadil perlawanan juga terpaksa disusup keluar bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk.

Memang tidak dinafikan bahawa banyak kelemahan berlaku sama ada dari segi kawalan keselamatan dan mutu pengadilan, tetapi terdapat proses sah yang perlu dipatuhi. Tindakan merusuh jelas suatu kesalahan dari segi undang-undang kendatipun mereka mendakwa ada alasan yang kukuh untuk membantah keputusan pengadil perlawanan. Semangat kesukanan dan adab sopan telah diketepikan seolah-olah telah dirasuk oleh pengaruh buruk yang keterlaluan.

Pihak berkuasa bola sepak mesti memilih jalan terbaik dengan menghargai kebanjiran penonton di stadium, di samping merangka pelan pengurusan krisis yang mantap bagi mengelakkan sebarang peristiwa di luar kawalan. Mutu pengadilan juga perlu ditambah baik supaya mana-mana keputusan yang berpotensi mengundang kekecohan mempunyai sistem rujukan teknikal serta-merta yang berwibawa di lokasi perlawanan. Prinsip psikologi sukan mungkin boleh membantu dasar kawalan keselamatan yang lebih tuntas ...

No comments: