SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, June 14, 2015

CONTOH CADANGAN KERTAS PROJEK IJAZAH SARJANA (THE WRITING OF PROPOSAL)

 Tajuk
“PERMUFAKATAN DALAM PERANCANGAN PROGRAM PERKEMBANGAN STAF DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK  DI  NEGERI PERAK”.


2        Pendahuluan
Di Malaysia, program perkembangan staf di kalangan guru biasanya diertikan sebagai kursus dalaman peringkat sekolah dan bersifat kursus dalam perkhidmatan. Program biasanya dikendalikan oleh penceramah jemputan atau kalangan guru yang menghadiri kursus anjuran pelbagai agensi Kementerian Pelajaran. Dengan mengambil kira bahawa sistem pendidikan negara yang berpusat (centralized), maka pelaksanaan program dipengaruhi oleh jumlah peruntukan yang diterima oleh pihak sekolah.  Idea pengurusan program perkembangan staf berasaskan sekolah sebagaimana yang diamalkan di negara-negara maju yang direka bentuk sebagai proses pembangunan profesional yang berterusan, merangkumi program latihan praperkhidmatan, dalam perkhidmatan, pensiswazahan dan pengijazahan tinggi, kini mula mendapat perhatian ahli akademik dan perancang pendidikan. Satu daripada elemen penting program perkembangan staf berasaskan sekolah ialah permuafakatan dalam proses perancangannya.  Kajian ini akan meneliti amalan permuafakatan sedia ada, asas dan keberkesanannya, serta mengenal pasti perbezaan bentuk permuafakatan yang mungkin wujud antara  dua buah sekolah yang dikaji. Inferen kajian boleh menjadi input berguna untuk proses reka bentuk perancangan program perkembangan staf kalangan guru di Malaysia pada masa depan.

 3      Objektif Kajian
Pada akhir kajian diharapkan bahawa pengkaji akan dapat:

  1. Menentukan sejauh mana permufakatan dalam perancangan program perkembangan staf dilaksanakan di sekolah menengah teknik     
 b. Menilai asas permuafakatan dalam program perkembangan  staf  di  sekolah menengah teknik

  1. Menentukan keberkesanan permuafakatan sedia ada

  1. Mengenal pasti perbezaan bentuk permuafakatan sekolah menengah teknik akademik dengan sekolah menengah teknik kemahiran


4         Soalan Kajian


Pengkaji ingin mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan kajian berikut:

  1. Adakah guru-guru sekolah menengah teknik melaksanakan permuafakatan dalam perancangan  program perkembangan staf  di sekolah masing-masing?

  1. Apakah asas permuafakatan yang digunakan  dalam  merancang  program  perkembangan  staf  di sekolah menengah teknik yang dikaji?

  1. Sejauh manakah  keberkesanan permuafakatan dalam merancang program perkembangan staf di sekolah menengah teknik yang dikaji?

  1. Apakah perbezaan antara permuafakatan dalam merancang program perkembangan staf di sekolah mnengah teknik akademik dengan sekolah menengah teknik kemahiran?

5          Kaedah Kajian

Kajian  ini menggunakan kaedah tinjauan dan temu bual. Dua sekolah yang bakal dilibatkan dalam kajian ialah:
a.   Sekolah Menengah Teknik Ipoh, Persiaran Brash, Ipoh;
b.   Sekolah Menengah Teknik Leboh Cator, Ipoh; dan

            Item soal selidik dan temu bual dibina berdasarkan instrumen yang diubah suai daripada Zulwali Kifli Merawi (disertasi Ph.D, University of Manchester, 1996).  Instrumen berkenaan sesuai untuk meneliti amalan perancangan program perkembangan staf berasaskan sekolah di sekolah yang dikaji.  Soal selidik akan ditadbirkan secara berkelompok di kalangan guru dengan kehadiran pengkaji bagi memastikan kadar pengembalian set soal selidik yang tinggi dengan jawapan lengkap.  Temu bual akan ditadbirkan kepada kedua-dua pengetua sekolah terbabit, serta terhadap beberapa orang guru di setiap sekolah menengah teknik yang dikaji.  


6          Analisis Data

            Semua item soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) bagi mendapatkan data kekerapan dan peratusan bagi menggambarkan amalan, asas permuafakatan dan keberkesanannya dalam proses perancangan program perkembangan staf berkenaan.  Data temu bual akan ditranskripsikan bagi  menyokong data kuantitatif yang diperoleh.

7        Skop / Batasan Kajian

Kajian akan hanya membabitkan dua buah sekolah menengah teknik di negeri Perak yang dipilih.  Akses dokumen yang berkaitan akan dibuat berdasarkan kerjasama pentadbir sekolah yang dikaji.  Sebarang kekurangan yang wujud akan cuba ditampung menerusi pemerhatian pengkaji sendiri dengan menghadiri  beberapa program perkembangan staf yang dilaksanakan di sekolah yang dikaji.  
 

8        Kepentingan Kajian

Kajian ini penting memandangkan bahawa program perkembangan staf kalangan guru peringkat sekolah di Malaysia boleh dikatakan bersifat top – down, ad-hoc dan tidak berterusan. Belum ada suatu sistem pemantauan perkembangan profesional guru peringkat sekolah diguna pakai untuk memastikan guru yang diiktiraf menerusi program latihan praperkhidmatan akan sentiasa memperoleh input terkini kerjaya perguruan jika dibandingkan dengan  bidang profesional lain seperti akauntan, doktor, jurutera dan peguam. Pengetua juga tidak mendapat pendedahan dan latihan yang mencukupi bagi merancang program perkembangan staf berasaskan sekolah supaya diterima dengan baik dan benar-benar menyumbang kepada keberkesanan sekolah dan penghasilan pembelajaran murid yang menjadi sebab kewujudan institusi sekolah itu sendiri.   Elemen permuafakatan dalam proses perancangan program masih perlu diperkukuh.

No comments: