SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Tuesday, March 31, 2015

GST GANTI SST AKHIRNYA MENJELMA (MAXIMISE WELFARE VIA DISTRIBUTION OF INCOME)

Kebetulan sebentar tadi saluran TV1 menyiarkan siaran penerangan tentang rejim percukaian terbaharu negara, iaitu cukai barang dan perkhidmatan, CBP atau singkatan rasminya dalam bahasa Inggeris, GST. Hanya seorang pengacara (Tuan Syed) dan orang penting GST, Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan yang memiliki ijazah asas dari New Zealand dan sarjana pentadbiran Perniagaan (MBA dengan pencapaian pngk 3.85 dari UKM). Barangkali selepas sebulan dua pelaksanaannya, slot GST boleh disertai oleh profesor ekonomi dan percukaian, serta pemimpin persatuan pengguna yang berpendirian objektif.

Pada asasnya, cukai ialah alat agihan semula pendapatan dari sektor lebihan kepada sektor kurangan. Cukai merupakan hasil utama mana-mana kerajaan bagi memenuhi fungsinya ke arah memaksimumkan kebajikan rakyat menerusi penyediaan barang dan perkhidmatan awam. Cukai langsung merangkumi cukai pendapatan perseorangan dan cukai keuntungan syarikat, manakala GST tergolong dalam kategori cukai tidak langsung.
keratan 'scoop' Kosmo! 31.3.2015

GST dikenakan ke atas pelbagai peringkat pengeluaran sepertimana hitungan nilai tambah dalam konsep pendapatan negara kaedah keluaran mengikut sektor. Maka, GST sebagai cukai nilai tambah, CNT (value-added tax, VAT) bukanlah konsep baharu dalam kajian ekonomi percukaian (klik di sini dan di sini). GST menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, CJP (sales dan services tax, SST) yang dikatakan banyak caj dan komisen tersembunyi yang mengakibatkan harga yang relatif tinggi.

...
Ibid, halaman 3

...

...
sambungan keratan di atas

...

...

Monday, March 30, 2015

Sunday, March 29, 2015

PENGALAMAN MENANGKAP UDANG GALAH (ALWAYS MIND OUR MOUTH)

"Di mana ada udang galah, di situ ada buaya. Maka, petua penting untuk menangkap udang galah ialah mulut jangan celopar. Setakat ini tiada peristiwa mencemaskan bertembung dengan sang bedal yang digeruni itu."

Pengalaman tersebut diungkapkan oleh seorang penjual udang galah di Pasar Sabtu Chenderong Balai semalam. Setiap kilo udang galah segar dijual pada harga RM40.00 sahaja. Harga itu dikira berpatutan kerana bukan mudah untuk mendapat udang galah yang begitu enak danhebat teksturnya.

Rakan sekolah penulis blog (PB) dahulu memperoleh pendapatan lumayan sejak awal sekolah menengah lagi kerana rumahnya berdekatan Sungai Perak di Durian Sebatang. Namun, dengan kemajuan teknologi perikanan, kaedah penternakan udang galah telah lama diperkenalkan (klik di sini dan di sini). Walaupun demikian, sepertimana ikan patin buah dengan ikan patin sangkar, udang galah yang ditangkap dalam persekitaran asal (yang sinonim dengan kehadiran buaya) pasti jauh lebih istimewa.

...

...

...

...

...

Saturday, March 28, 2015

Friday, March 27, 2015

INOVASI CAT LAWAN NYAMUK AEDES (WAR AGAINST DENGUE FEVER)

...

...
sumber: grafik BH

...

...
sumber ambilan: klik di sini

...

...
klik pada imej untuk paparan lebih jelas

...

...

Thursday, March 26, 2015

Wednesday, March 25, 2015

TUNTUTAN NAIK GAJI 35 PERATUS:BERJAYAKAH CEUPACS (THE COLLECTIVE BARGAINING POWER)

Gabungan (Kongres) Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) barangkali berharap mahu mengulangi kejayaan semasa zaman Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) sebagai perdana menteri. Lonjakan terbesar dinikmati oleh kumpulan bukan siswazah yang mendominasi organisasi tersebut, iaitu kenaikan gaji pokok sehingga 35 peratus. Kumpulan pengurusan dan profesional ketika itu harus berpuas hati dengan kadar 15 peratus atas asas mengurangkan jurang kenaikan yang dipersetujui.

Kumpulan kakitangan awam yang berasa terjejas ialah mereka yang baharu bertukar status daripada kumpulan bukan siswah kepada siswazah. Tiba-tiba jumlah emolumen yang mereka terima tertinggal jauh dengan rakan mereka yang kekal dalam kategori bukan siswazah. Pembetulan yang dilakukan kemudian ialah mengambil kira tempoh perkhidmatan semasa berstatus bukan siswazah untuk tujuan naik pangkat, misalnya skim PPLD untuk guru.

Program pensiswazahan guru dan kakitangan awam yang lain menyebabkan kumpulan siswazah terus (fresh graduate) yang merupakan bekas pelajar sepenuh masa di kampus menghadapi persaingan lebih sengit untuk proses naik pangkat. Pengaruh majlis guru besar (MGB) misalnya membolehkan guru besar PPLD hanya memerlukan tiga tahun setelah bergraduat untuk lantikan gred DG 44, iaitu laluan terpantas berbanding dengan lima tahun untuk jawatan guru akademik tingkatan enam (gate). Siswazah terus di sekolah menengah juga tertutup langsung peluang untuk dilantik sebagai guru besar kerana syarat pengalaman bertugas di sekolah rendah.

Ceupacs lebih tertumpu kepada perjuangan golongan bukan siswazah mengakibatkan kumpulan pengurusan dan profesional terpaksa bergantung harap kepada keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dikuasai oleh kumpulan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD). Hanya pada tempoh terakhir penggal Datuk Omar Osman sebagai ketua Ceupacs, hubungan dengan kumpulan siswazah termasuk majlis profesor madya universiti awam mula terjalin.

Kini, Ceupacs menerima sentuhan kepimpinan Datuk Azih Muda yang kembali membuka gelanggang menuntuk kenaikan emolumen kakitangan awam yang mencecah angka satu juta setengah orang. Beliau menegaskan betapa semakan kenaikan gaji yang sepatutnya berlaku setiap lima tahun kini sudah tertangguh sebanyak tiga kali atau 15 tahun (klik di sini). Alasan utama Ceupacs ialah bagi mengelakkan kakitangan awam berpendapatan rendah, terutama di kawasan daripada tergolong sebagai miskin tegar.

Kemampuan kewangan kerajaan


Isu produktiviti / daya pengeluaran


Ekonomi berasaskan pengetahuan


Penggantian dengan teknologi


Kesimpulan


Tuesday, March 24, 2015

Monday, March 23, 2015

PENDIDIKAN FORMAL BUKAN JALAN TUNGGAL MENUJU KEJAYAAN (MR. AND MRS. RIGHT)

Pelaksanaan konsep pendidikan sepanjang hayat memberi peluang kedua kepada golongan kurang beruntung yang tercicir daripada arus perdana pendidikan rasmi. Golongan berpencapaian akademik sederhana dan rendah juga tidak semestinya bakal melalui fasa kehidupan yang suram buat selama-lamanya.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Sunday, March 22, 2015

Saturday, March 21, 2015

ISU TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM: DI MANA PERSATUAN PENGGUNA? (LEADESHIP OF CLAIMING CERDIT AND POPULARITY)

Apabila Spad mengumumkan kenaikan kadar tambang teksi dan bas ekspres antara 20 hingga 60 peratus, hampir tidak kedengaran bantahan serius daripada persatuan pengguna induk di negara kita. Barangkali kepimpinan persatuan pengguna dipegang oleh individu bergelar yang tidak mampu menyelami denyut nadi kehidupan rakyat biasa. Mereka lebih cenderung menjaga hati pihak-pihak yang mereka suka dampingi.

Persatuan pengguna di Malaysia masih setara dengan pergerakan pengguna negara dunia ketiga, iaitu lebih bersifat aplogetik, lembik dan lesu sekali. Pengguna terpaksa berjuang sendirian menghadapi kerakusan kaum pemodal, peniaga dan pemakan komisen yang membina kekayaan atas angin. Pergerakan koperasi cuba memecahkan sistem yang menindas pengguna, tetapi masih berhadapan dengan isu-isu dalaman yang rencam.

Persatuan pengguna yang berkesan sepatutnya menjadi jurubicara kebajikan pengguna, lantas memiliki kuasa tawar-menawar yang digeruni. Hal itu bukan bermakna bahawa persatuan pengguna mesti menggunakan pendekatan konfrontasi atau bengis, sebaliknya membina pengaruh yang tuntas dalam kalangan masyarakat pengguna. Sekali persatuan pengguna bersuara, majoriti masyarakat pengguna akan berdiri di belakang mereka.

Pengguna memahami keperluan menetapkan tambang minimum supaya kebajikan pemandu teksi dan bas ekspres dilindungi. Namun, punca sebenar masalah yang berlaku perlu dikenal pasti sehingga ke akar umbinya. Penyelesaian kepada masalah itu pula tidak harus ditalakan kepada pengguna sepenuhnya.

Isu tambang pengangkutan awam menghendaki persatuan pengguna menggembleng kepakaran pasukan pemikir mereka supaya keadaan menang-menang memberi keadilan kepada semua pihak yang berkepentingan. Pemandu teksi dan pemandu bas ekspres juga pengguna yang berhak memperoleh tingkat pendapatan yang mencukupi. Dalam masa yang sama, mereka juga memiliki peranan untuk menyumbang terhadap kestabilan ekonomi.

Memandangkan persatuan pengguna senyap sepi tanpa suara, maka akhirnya jemaah menteri sendiri yang berbuat demikian. Kabinet mahukan Spad menangguhkan kenaikan harga tambang itu sehingga pengguna benar-benar bersedia. Sekurang-kurangnya pengguna pengangkutan awam boleh menarik nafas lega untuk merancang tindakan selanjutnya.

Berita Harian melaporkan:

Kabinet meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya menangguhkan kenaikan harga tambang pengangkutan awam seperti yang diumumkan oleh suruhanjaya itu kelmarin.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata permintaan penangguhan itu dilakukan kerana kenaikan kadar tambang itu seolah-olah akan membebankan rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup yang turut meningkat. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Sri Perkembar di sini, sebentar tadi. Kelmarin, SPAD lalu mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus manakala bas ekspres pula naik 22.6 peratus bermula 15 Mei ini.

Kenaikan itu berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan. Muhyiddin berkata, pengumuman SPAD itu tidak sesuai pada masanya ketika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada 1 April ini. "Saya fikir mungkin kita (Kabinet) minta perkara itu ditangguh dahulu kerana mungkin masa tidak begitu sesuai lebih lagi diumumkan tarikh yang sama mengenai GST," katanya.

(sumber ambilan: klik di sini)

...

...

Friday, March 20, 2015

Thursday, March 19, 2015

TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM MELAMBUNG NAIK: APA PILIHAN PENGGUNA? (THE MIRACLE OF WELFARE)



Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) melaporkan:

KUALA LUMPUR: Tambang teksi dan kereta sewa dibenarkan naik antara 20 hingga 67 peratus berkuat kuasa serta merta manakala mulai 15 Mei pula tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus. Kenaikan tambang itu yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini dibuat berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan. Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata penyelarasan kadar tambang itu dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga barang dan kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu.

Berdasarkan tambang baharu itu, penumpang teksi 1Malaysia (TEKS1M) di Pulau Pinang perlu membayar RM19.80 bagi 10km pertama berbanding RM11.80 sebelum ini, manakala penumpang TEKS1M di Lembah Klang dan Johor Bahru perlu membayar RM17.50 bagi 10km pertama berbanding RM10.80 pada kadar lama. Bagi teksi bajet di Lembah Klang dan Johor Bahru pula, penumpang perlu membayar RM14.30 di bawah kadar baharu berbanding RM10.80 pada kadar lama bagi 10km pertama; dan di Pulau Pinang, RM17.50 pada kadar baharu berbanding RM11.80 pada kadar lama dan kereta sewa pula RM14.50 berdasarkan kadar siling yang baharu. Kenaikan tambang bas ekspres untuk perjalanan seluruh negara adalah antara RM4.60 sehingga RM11.

Kenaikan kadar tambang baharu ini tidak melibatkan teksi lapangan terbang dan teksi eksekutif, kata Syed Hamid. Beliau berkata penetapan kadar baharu itu terpaksa dilakukan selepas kali terakhir semakan kadar tambang teksi dan bas ekspres dibuat pada 2009. "Kami sudah mengkaji dan menilai kadar munasabah yang tidak membebankan orang ramai," katanya dengan menambah, pengusaha teksi perlu menyusun semula meter di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan kadar baharu itu. 

"Saya mahu semua pemandu teksi lebih patuh dan bertanggungjawab dengan pengumuman kadar baharu ini dan tidak mengambil kesempatan," kata Syed Hamid. Ditanya mengenai kadar yang akan dikenakan bagi perkhidmatan di bawah KTM Berhad dan Prasarana, beliau berkata ia hanya akan diumumkan oleh syarikat terbabit. Beliau juga menegaskan penyelarasan kadar baharu itu tidak dibuat berikutan penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuat kuasa 1 April sebaliknya mengambil kira kepentingan semua pihak. 

(sumber ambilan: klik di sini

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh pihak yang berkenaan, orang ramai yang biasa menggunakan pengangkutan awam yang tersebut sudah pasti mengalami kejutan luar biasa dari segi perbelanjaan harian dan kos sara hidup. Poket mereka yang sudah sedia 'bocor' dengan lajunya mungkin tinggal habuk sahaja. Hutang isi rumah yang sudah cukup tinggi nampaknya tiada jaminan untuk tidak bertambah buruk.

Pengusaha teksi dan pemandu teksi mungkin berasa lega kerana pendapatan mereka yang tidak seberapa sebelum ini dijangka meningkat sedikit sejajar dengan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan yang sentiasa melonjak. Namun, hal itu bergantung kepada tindak balas pengguna, sama ada mereka akan terus menggunakan perkhidmatan teksi seperti biasa atau menggunakan perkhidmatan alternatif. Hukum permintaan mengatakan bahawa apabila harga naik, kuantiti yang diminta akan turun, ceteris paribus.

Perkhidmatan teksi paling aktif terdapat di Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Penggunaan sistem tambang bermeter telah diterima baik sekian lama oleh semua pihak. Pengguna sanggup beratur di hentian teksi seperti gedung beli-belah untuk menunggu giliran kerana pemanduan kereta persendirian terdedah kepada kesesakan jalan raya dan saman letak kenderaan.

Jika di Ipoh, pemandu teksilah yang menentukan kadar tambangnya. Misalnya, dari terminal bas Aman Jaya di Meru ke Rapat Setia yang hanya berjarak lebih sedikit daripada 10 kilometer akan dikenakan tambang antara RM25 hingga RM35 sebelum ini. Perkhidmatan teksi di Ipoh boleh dikatakan sebagai lesu dan suram kerana sikap pemandu teksi sendiri yang mementingkan pendapatan segera berbanding dengan teksi Lembah Kelang yang sanggup menggandakan kekerapan perkhidmatan bagi memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.

Kenaikan harga tiket bas ekspres sebanyak 22.6 peratus juga memberi kejutan kepada pelajar universiti yang membentuk antara kumpulan terbesar penumpang bas ekspres. Jika dahulu dari kampus Upsi membayar tambang RM50 ke suatu destinasi pantai timur kini perlu menambah RM12 lagi sehala. Tambang bas ekspres sudah mendekati harga tiket penerbangan tambang murah bagi destinasi yang sama.

Pengguna pengangkutan awam juga berdebar menunggu kesan rejim GST yang bakal bermula pada 1 April. Cukai input memang boleh dituntut semula oleh pihak pemberi perkhidmatan, tetapi bagaimanakah dengan caj terhadap insurans dan takaful? Pendek kata, kenaikan harga pengangkutan awam dalam skala besar itu akan memberi natijah ketara terhadap kebajikan orang ramai ...

Wednesday, March 18, 2015

BAB DUA PULUH SATU, BAB DUA PULUH DUA NOVEL 'JENDELA MENGHADAP JALAN' (SUCCESS WAITING BEHIND THE PROBLEM)



Sinopsis Bab 21 
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 156 - 162)

Sepanjang malam, ‘aku’ tidak terlelap langsung. ‘Aku’ bersimpati dengan Rafik dan Haziq walaupun ‘aku’ dijadikan tebusan. Usai ‘aku’ sarapan, Danel muncul. Dia pelik kerana ‘aku’ bertanya khabar dua beradik itu, bukannya berkenaan tangkapan. Danel memberitahu tempat persembunyian mereka telah dirobohkan. Mereka sudah biasa keluar masuk penjara dan pusat pemulihan. Danel geram, tetapi ‘aku’ menyebut tentang kemungkinan perubahan sikap mereka. Sambil tersipu-sipu Danel meminta diri.

“Aku’ mengekori nenek menyidai pakaian sambil bertanya tentang Che Jah dengan alasan suaranya lantang. Nenek melarang ‘aku’mengambil tahu, malah bertegas Rafik dan Haziq sukar berubah untuk menjadi baik walaupun itulah ikhtiar Che Jah. Maka, ‘aku’ sedar bahawa nenek sama dengan Danel, iaitu di pihak yang menghukum. “Aku’ ingin menemui Geetha, tetapi keizinan nenek menjadi masalahnya.

Sudahnya ‘aku’ resah di jendela sejak pagi hingga tengah hari. Menjelang waktu asar, sekali lagi ‘aku’ cuba meminta izin nenek ke pecan,tetapi dia tetap tegas enggan membenarkan dengan menjegilkan matanya. Alasan ditemani Abang Rashid, berdikari dan sekejap semuanya ditolak mentah-mentah. ‘Aku’ akur akan perintah nenek yang bimbangkan keselamatan cucunya, tetapi masih berharap keajaiban akan muncul juga.

Sinopsis Bab 22
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 163 - 170)

Sedang nenek sibuk berleter kerana datuk masih mencari tasbihnya yang hilang, Abang Rashid muncul. Dia memberitahu Rafik dan Haziq ditangkap oleh penduduk kampung setelah dibelasah oleh ayah mereka. Hasrat ‘aku’ keluar rumah tertunai apabila Abang Rashid bersetuju ‘aku’ mengikutnya. Nenek sempat memberi amaran supaya ‘aku’ tidak merayap, sebaliknya cepat pulang.

Di dalam kenderaan, Abang Rashid hanya memberitahu Rafik dan Haziq nakal sejak zaman kanak-kanak. Dia mengelak soalan lain, sebaliknya diam setelah bertanya hal pelajaran ‘aku’. Laman rumah Che Jah kemas dan teratur, tidak seperti kehidupan keluarganya. ‘Aku’ mendapati ruang tamu rumah Che Jah kosong tanpa perabot, macam muflis. Abang Rashid berbual dengan ayah saudara Che Jah di luar.

Che Jah memohon maaf dalam nada suara lemah lembut, berlainan dengan sangkaan ‘aku’ suaranya lantang dan suka memekik. Che Jah memberitahu Haziq dibalun separuh mati dengan tali pinggang oleh ayahnya. Che Jah memuji sikap ‘aku’ yang tidak berdendam.’Aku’berjaya membuatkan Che Jah tersenyum dan mengheret perbualan sehingga aktiviti memasak. Abang Rashid pulang sendirian kerana ‘aku’ memenuhi pelawaan Che Jah untuk makan tengah hari di rumahnya.’Aku’ menganggapnya suatu pencapaian sosial.

Watak dan perwatakan

‘Aku’ / Lili:  berpandangan jauh

Danel:  mengambil berat / prihatin

Nenek ‘aku’:  tegas

Abang Rashid:  Cepat memahami orang lain.

Che Jah:  mudah mesra

Latar masyarakat

Masyarakat yang berpandangan jauh

Masyarakat yang tegas

Masyarakat yang mudah memahami orang lain

Nilai

Berwawasan

Ketegasan

Kesefahaman

Persoalan

Berwawasan dalam menilai sesuatu kejadian

Ketegasan dalam melindungi keselamatan keluarga

Kesefahaman dalam memenuhi hasrat orang lain

Pengajaran

Kita hendaklah berwawasan dalam menilai sesuatu kejadian

Kita hendaklah tegas dalam melindungi keselamatan keluarga

Kita hendaklah bersefahaman dalam memenuhi hasrat orang lain

Latar tempat

Rumah datuk / nenek ‘aku’

Rumah Che Jah

Latar masa

Usai sarapan pagi

Waktu solat asar

Perbincangan kbkk / kbat

Peluang kedua kepada mangsa / pesalah dadah

Risiko anak gadis / wanita bersendirian

Contoh soalan aras komsas

Huraikan tiga peristiwa yang menunjukkan bahawa berlakunya konflik berdasarkan novel yang anda pelajari.

Contoh soalan aras kbkk / kbat

Watak utama dalam sesebuah novel sering digambarkan sebagai memiliki kebijaksanaan tertentu.

Berdasarkan novel yang anda pelajari, berikan dua peristiwa yang menunjukkan kebijaksanaan watak utama.

Tuesday, March 17, 2015

PERTEMUAN DENGAN TOKOH PENULIS TERNAMA (THE STORY OF DELAYED SUCCESS)

Pada petang Isnin yang lalu, 16 Mac 2015 bersamaan 25 Jamadil Awal 1436, mantan ahli akademik, sasterawan dan wakil rakyat telah berkunjung ke Kampung Sura Tengah, Dungun. Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu keluarga penulis blog (PB). Tokoh yang dimaksudkan ialah Dr. Mohd. Shafie bin Abu Bakar, 73, yang kini giat mengukuhkan penerimaan teori penulisan takmilah yang telah beliau kemukakan sejak beberapa tahun.

Semasa di UKM, PB pernah menghadiri pembentangan kertas kerja beliau tentang penulisan karya sastera berdasarkan perspektif Islam bersama Dr. Mohd. Kamal Hasssan (mantan rektor UIAM, kini Tan Sri Profesor Ulung), Dr. Bukhari Lubis (kini profesor di Upsi) dan Dr. Firdaus Abdullah (mantan pensyarah ekonomi UM dan ketua pengarah DBP). Sebagai sarjana persuratan Melayu yang berlatar belakang pengajian Islam (IV Thanawi dan kelas pertama sarjana muda kepujian di UKM) penyampaian beliau memang sangat tersusun. Walaupun telah lama meninggalkan dunia cendekia, beliau masih begitu.

Dr. Shafie yang berasal dari kampung Nyior, Paka memiliki kisah zaman kanak-kanak yang sangat mencabar, tetapi beliau tidak pernah mahu membesar-besarkan perkara itu. Namun, semangat belajar beliau patut dicontohi oleh generasi muda yang dahagakan kemajuan dan pencapaian kecemerlangan ilmu pengetahuan. Dr. Shafie tidak sekadar mengejar kelayakan akademik di atas kertas (sijil dan ijazah) semata-mata, tetapi lebih menjurus terhadap kecintaan ilmu pengetahuan secara mendalam.
 gambar dari blog Dr. Shafie

Oleh sebab pengajian thanawi yang melayakkan Dr. Shafie menjadi guru agama yang panjang, beliau hanya menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) yang setara dengan PMR dan PT3 ketika berusia 22 tahun sebagai calon persendirian. Berselang setiap dua tahun berikutnya, Dr. Shafie menduduki pula peperiksaan SPM dan STP(M) dengan jayanya. Beliau memperoleh sarjana muda, diploma pendidikan, sarjana dan doktor falsafah semuanya di UKM (baca lebih lanjut blog Dr Shafie: klik di sini).

Calon SPM tahun 2010 - 2015 hampir pasti pernah membaca dan mengkaji karya beliau, iaitu sajak 'Di Perpustakaan' yang turut diulas dalam blog ini. Maknanya, tidak kurang daripada sejuta orang murid yang belajar komsas telah berkongsi kebijaksanaan Dr. Shafie dalam mengungkapkan hakikat sesebuah perpustakaan, khutub khanah atau pusat sumber sekolah. Selain itu, puisi berkenaan turut terpampang di beberapa buah perpustakaan besar.

Calon SPM yang mengambil kertas Kesusasteraan Melayu pula mengenali Dr. Shafie lewat puisi beliau yang berjudul 'Madu Ilmu'. Sajak beliau itu turut diangkat sebagai judul antologi teks Kesusteraan Melayu 2010 - 2015. Sajak yang sama turut mendapat perhatian pelajar prauniversiti tingkatan 6 dan mahasiswa Pengajian Melayu.

Setelah 'bersara' daripada dunia akademik dan politik, Dr. Shafie meneruskan khidmat bakti kepakaran beliau dalam projek komuniti di Bandar Baru Bangi. Kini, Dr. Shafie diberi kepercayaan sebagai pengerusi projek pembinaan Masjid al-Umm di sana. Setakat ini, dana yang berjaya dikumpul mencecah RM10 juta, iaitu masih kekurangan RM2 juta lagi.

Dr. Shafie berumah tangga dengan seorang guru dan memunyai lima orang anak yang memilih haluan yang berbeza daripada beliau. Anak sulung beliau mengikut jejak langkah ibunya sebagai guru dan dikurniakan sebelas orang anak. Anak beliau yang lain ada yang berkhidmat sebagai doktor perubatan dan jurutera swasta.

Dr. Shafie juga menulis di blog peribadi beliau yang setakat ini mencatat lebih daripada 850 ribu klik. Beliau berpendapat selain buku bercetak, perkongsian ilmu boleh disebarkan dengan lebih luas menerusi capaian internet. Tambahan pula, generasi muda lebih cenderung membaca blog secara percuma daripada membeli buku-buku yang belum tentu mereka fahami kandungannya.

Dr. Shafie turut mengendalikan rumah penerbitan beliau sendiri secara berseorangan. Sebagai pesara, beliau tidak mampu untuk menggaji pekerja sepenuh masa di pejabat beliau. Dr. Shafie hanya tersenyum apabila PB melontarkan cadangan supaya beliau bekerjasama dengan rakan lama beliau, Profesor Dr. Abdullah Hassan, orang kuat PTS Publications ...

BAB SEMBILAN BELAS, BAB DUA PULUH NOVEL ‘JENDELA MENGHADAP JALAN’ (TARGET OF CRIME ACT)



Sinopsis Bab 19
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 141- 148)

‘Aku’ sekadar menemankan Danel di restoran makanan segera. ‘Aku’ sekadar memesan jus epal, sedangkan Danel makan makanan ‘tidak sihat’ potensi darah tinggi. “Aku’ beralasan untuk makan tengah hari di rumah nenek, lalu Danel memberitahu dia selalu masak menu berasaskan pisang di situ. Kemudian, ‘aku’ mengikut Danel ke pasar raya tanpa ‘aku’ mahu membeli apa-apa. Sebenarnya ‘aku’ berasa kurang selesa keluar dengan lelaki asing yang mengundang risiko dan tidak sopan. ‘Aku’ malas memanjangkan perbualan yang membuka ruang ‘kemesraan’ kepada Danel untuk perkara lain.

Akhirnya ‘kami’ pulang dengan bas sahaja walaupun cadanganasal Danel ialah teksi yang mungkin memberi peluang berdua-duan lagi. ‘Aku’ berasa dalam zon selamat apabila tiba di kawasan kampung. Tiba-tiba keadaan kecoh apabila Rafik, anak Che Jah yang memegang pisau dikejar oleh beberapa orang lelaki. Dia menerpa kea rah ‘aku’, mengilas tangan kiri ‘aku’ dengan kuat, serta mencekik leher ‘aku’. Rafik mengugut untuk membunuh ‘aku’ jika ada sesiapa datang rapat. ‘Aku’ pengsan.

Apabila tersedar, kedua-dua belah tangan ‘aku’ diikat ke belakang dalam tempat kurungan yang busuk dan gelap. Kedengaran Rafik dan seorang lagi anak Che Jah bertengkar tentang ‘aku’ dan jalan melepaskan diri daripada buruan orang kampung. “Aku’ menjadi tebusan mereka.

Sinopsis Bab 20
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 149 - 155)

Dalam pada ‘aku’ berkira-kira untuk melepaskan diri dengan kaki kebas yang tidak diikat, Danel muncul membuka ikatan dan mengarahkan ‘aku’ lari bersamanya meredah kepekatan malam. Ketika berhenti di simpang ‘aku’ berjaya melepaskan genggaman Danel. Dia tahu tempat persembunyian Rafik dan Haziq, tetapi sengaja tidak bertindak bagi mengelakkan kejadian lebih buruk. Walaupun terkilan, ‘aku’ bersyukur.

Danel yakin Rafiq dan Haziq akan tertangkap. Haziq pernah satu sekolah dengan Danel dan dia asalnya budak bijak. Apabila tiba di rumah nenek, banyak orang berkumpul di situ. Nenek segera memastikan ‘aku’ tidak diapa-apakan. Nenek membantu ‘aku’ membersihkan diri. Nnenek memberitahu dia telah memanaskan lauk tengah hari sebanyak empat kali.

‘Aku’ mengatakan Rafik dan Haziq terdesak, lalu nenek menambah bahawa tindakan mereka tidak rasional. Haziq pernah mencuri barang kemas pusaka ibunya gara-gara dadah, lalu disumbat di dalam lokap. Hampir separuh penduduk kampong berkunjung ke rumah nenek berkongsi kebimbangan. Solat hajat juga didirikan. ‘Aku’ tidak lena sambil berasa empati terhadap Rafik dan Haziq.

Watak dan perwatakan

‘Aku’ / Lili: sentiasa berjaga-jaga / waspada

Danel: suka mengambil kesempatan

Rafik:  penagih dadah, kejam

Haziq: penagih dadah, bijak

Nenek ‘aku’:  penyayang

Penduduk kampong:  prihatin

Latar masyarakat

Masyarakat yang sentiasa berjaga-jaga / waspada

Masyarakat penagih dadah

Masyarakat yang penyayang

Nilai

Kewaspadaan

Kasih sayang

Keprihatinan

Persoalan

Kewaspadaan terhadap kemungkinan unsur bahaya / risiko

Kasih sayang sesama keluarga

Keprihatinan terhadap keselamatan jiran

Pengajaran

Kita hendaklah sentiasa waspada terhadap niat yang tersembunyi

Kita janganlah terjebak dengan pengaruh dadah /  jenayah

Kita hendaklah prihatinterhadap keselamatan jiran

Latar tempat

Restoran makanan segera di pekan

Tempat persembunyian Rafik / Haziq

Rumah datuk / nenek ‘aku’

Latar masa

Tengah hari

Malam / selepas waktu solat isyak

Perbincangan kbkk / kbat

Kesan buruk pergaulan bebas

Iltizam memerangi najis dadah sahaja belum mencukupi

Contoh soalan aras komsas

Jelaskan tiga peristiwa yang mengandungi unsur kejutan dalam novel yang anda pelajari.

Contoh soalan aras kbkk / kbat

Unsur kebetulan sering ditemui dalam pembacaan sesebuah novel.

Berdasarkan novel yang anda pelajari, berikan dua contoh unsur kebetulan yang digunakan oleh penulisnya.