SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 30, 2015

MEMUPUK KECEMERLANGAN KOKURIKULUM DALAM KALANGAN PELAJAR (SHARING ENTHUSIASM AND TALENTS)

Selain komponen kurikulum sebagai program utama pembelajaran rasmi di sekolah, murid seharusnya menikmati pengalaman pembelajaran sosialisasi menerusi kegiatan di luar bilik darjah, termasuk koakademik, kokurikulum, perkhidmatan dan kesukarelaan. Suatu ketika dahulu konsep pembelajaran melalui peniruan tingkah laku (learning by imitation) juga dikatakan sebagai kurikulum tersembunyi. Guru seharusnya mempamerkan tahap profesionalisme tertinggi seperti amalan etika dan tingkah laku teladan.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

ULANG KAJI MIKROEKONOMI: KADAR BUNGA (REWARD TO CAPITAL GOOD)


Monday, September 28, 2015

ULANG KAJI MIROEKONOMI: UNTUNG (THE PRICE OF RISK TAKING)


AWAS CUKAI JALAN KENDERAAN ANDA (NO MORE REMINDER MAIL)

Cara terbaik supaya tidak terlepas tarikh penting ialah memasukkannya dalam aplikasi telefon pintar masing-masing. Terlalu banyak urusan yang perlu dibereskan sehingga memungkinkan seseorang itu terlupa tentang hal-hal mustahak. Peringatan tentang peristiwa dan tarikh penting dalam keluarga, sahabat karib dan organisasi  sangat membantu bagi memastikan tiada keciciran dan ketinggalan yang boleh menjejaskan diri sendiri dan pihak lain.

Jika masih tidak memadai, buat satu senarai kemudian masukkan dalam drop box, e-mel dan folder khas pada pemacu keras komputer dengan kod tertentu. Salinan maklumat dalam peranti mudah alih yang berlainan bertujuan sebagai langkah berjaga-jaga andai kata sesuatu berlaku kepada mana-mana peranti yang dimiliki. Salinan bercetak boleh dimasukkan dalam satu fail khas ataupun di bwah cermin penutup meja di tempat kerja.

...

...

...

...

...

...

Sunday, September 27, 2015

MALAYSIA TERPAKSA TERIMA JEREBU IMPORT? (MENTALITY OF THE THIRD WORLD COUNTRY)

Fenomena kebakaran hutan memang sukar dielakkan, hatta di negara-negara maju sekalipun. Demikian juga dengan partikel terampai yang dihasilkan oleh letusan gunung berapi. Namun, amalan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh petani tradisional dan syarikat besar yang mengambil jalan singkat membersihkan kawasan pertanian sangat dikesali.

...

...

...

...

...

...

...

Saturday, September 26, 2015

BERBALOIKAH BERTUNGKUS-LUMUS BELAJAR PERUBATAN? (LESS INCOME FOR CRITICAL PROFESSION)

Apabila berada di bilik peperiksaan, perkara pertama yang terlintas dalam kalangan calon doktor perubatan ialah sebab mereka menyusahkan diri belajar hal-hal yang berat, di samping harus melalui amali klinikal yang lebih mencabar. Demikian ujar seorang mahasisiwi perubatan Universiti Dublin, Ireland Utara kepada penulis blog (PB). Namun, mereka perlu akur dan pasrah menempuhi proses pembelajaran yang hanya mampu diikuti oleh pelajar paling cemerlang dan gigih.

Doktor perubatan senior yang menyandang jawatan pentadbiran juga meluahkan perkara-perkara yang mereka rasakan tidak begitu kena dengan kerjaya kedoktoran yang masih bertaraf subordinat kepada pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang berkelulusan umum sahaja. Semasa mereka berhempas pulas mentelaah jurnal perubatan hingga larut malam, pelajar jurusan umum, sama ada sastera atau pengurusan boleh aktif dalam kegiatan kampus, selain mebuat persiapan ala kadar untuk peperiksaan. Namun akhirnya, mantan pelajar pintar terpaksa menerima hakikat bahawa ketua mereka ialah pelajar yang tidak dapat menandingi mereka semasa alam persekolahan dan prauniversiti.
      kampus fakulti perubatan UniKL di  Ipoh

...

...

...

...

...

...

Friday, September 25, 2015

SALAH FAHAM TERHADAP PEMBELAJARAN EKONOMI (WHEN THE AMATEUR TRYING TO LEAD)

Kekeliruan tentang disiplin ekonomi bukan sahaja menjadi nestapa dalam kalangan pelajar, bahkan dalam kalangan ahli ikhtisas pendidikan yang berasa diri mereka serba tahu. Guru ekonomi prauniversiti menggalas tanggungjawab ikhtisas bagi menolong pelajar beroleh akses pembelajaran ekonomi yang berkesan dalam konteks penyampaian kurikulum yang telah digariskan. Pelajar dilatih dan disediakan supaya berkebolehan mengungkapkan kompleksiti tingkah laku manusia menerusi penggunaan sejumlah konsep dan pemboleh ubah yang tepat.

Pembelajaran ekonomi  bertujuan membimbing pelajar membiasakan diri dengan modifikasi fenomena ekonomi yang rencam secara paling ringkas, tetapi tuntas. Pelajar ekonomi bukan disogokkan dengan huraian yang berjela-jela, sebaliknya diharapkan lebih cekap dengan penggunaan konsep, model dan rumus yang tertentu.

Cabaran yang dihadapi oleh guru ekonomi ialah keengganan pelajar untuk akur terhadap saranan pembelajaran ekonomi yang berkesan. Sebahagian mereka masih terpengaruh dengan gaya pembelajaran umum semasa menengah atas. Kemahiran generik pembelajaran ekonomi dipandang sebelah mata, atau lebih teruk tidak dipandang sama sekali.

...

...

...

...

...

ISLAM AGAMA ILMU (VIRTUE AND WISDOM IN LIFE)

Mimbar Jumaat menegaskan betapa Islam senantiasa sejajat dan selari dengan kekuatan ilmu pengetahuan. Tokoh-tokoh ilmuan Islam telah meneroka dan mengembangkan segala cabang ilmu, sama ada berteraskan wahyu (revealed sciences) mahupun ilmu bantu (acquired sciences). Disiplin ilmu moden yang berteraskan dapatan penyelidikan yang autentik juga sejajar dengan tuntutan tadabbur ayat suci al-Quran dan tanda keagungan Ilahi di bumi (ayat manzurah, ayatullah fi'l-kaun).

Bidang astronomi, anatomi dan fisilogi, fizik, kimia, biologi, kejuruteraan, matematik, muzik dan sains gunaan yang lain banyak terhutang budi kepada sarjana Islam silam. Sesuai dengan konsep bahawa kebijaksanaan ialah barang yang hilang daripada orang-orang beriman (al-hikmah dolatul mukmin - hadith), sarjana Islam juga mengembangkan bidang ilmu yang telah dipelopori oleh tamadun Yunani, misalnya disiplin falsafah, mantik dan seni. Sudah pasti berlaku proses pemurnian justeru Islam menetapkan paksi ilmu terhadap tawhidic weltanschauung.
Penulis blog (PB) berkesempatan singgah solat Jumaat di Kampung Pasir Dula, Hulu Terengganu, kira-kira 330 kilometer dari Ipoh. Walaupun orang sebelah pantai timur lazimnya pekat dengan loghat masing-masing, khatib merangkap imam bertugas tetap menggunakan sebutan baku dengan lancar. PB seolah-olah berada di sebuah masjid di Kuala Lumpur.

Tajuk tentang Islam sebagai agama ilmu memang sudah biasa disentuh sejak di bangku sekolah rendah. Peristiwa Nabi menerima wahyu pertama (Iqra') di gua Hirak tidak pernah ketinggalan dijadikan dalil dan hujah. Islam menolak kejahilan (ignorance) yang hanya menjerumuskan insan ke arah kerosakan di muka bumi (al-fasad).

Kelemahan yang berlaku dalam kalangan umat yang begitu mudah mengikut telunjuk kaum kuffar dewasa ini berpunca daripada jauhnya mereka daripada penerokaan ilmu. Umat Islam kini lebih cenderung sebagai pengguna ilmu dan kurang ke arah peneraju ilmu. Masyarakat yang bergantung kepada orang lain tidak memiliki kekuatan yang tulen.
Sebahagian besar dunia Islam pula sangat ketinggalan dalam pencapaian ilmu pengetahuan. Nisbah buta huruf, akses pengetahuan minds-on dan hands-on juga masih membimbangkan. Pemerintah negara mundur lebih suka membiarkan rakyat mereka demikian kerana si jahil menjadi 'makanan' si cerdik.

Kekurangan ilmu akan diisi oleh emosi (perasaan yang mendatang) dan sentimen (perasaan yang kekal). Apabila keunggulan emosi tidak dibimbing oleh ilmu, maka insan akan bertindak secara ad-hoc, melulu dan terbabas daripada sebarang bentuk kawalan yang bersifat normatif. Pengaruh buruk juga mudah mengatur hidup masyarakat yang jahil akibat ketiadaan ilmu.

Masyarakat Islam yang sebenar akan sentiasa menghargai ilmu, serta sentiasa memburu kecemerlangan. Risalah dakwah hanya benar-benar berkesan dan sampai andai kata pencapaian kecemerlangan ilmu dalam kalangan umat berjaya dikembalikan. Semoga para jemaah di Kampung Pasir Dula, termasuk awang bangla yang berdiri dalam pick-up di atas beroleh kesedaran dan kesediaan ke arah memartabatkan ilmu pengetahuan sebagai cinta hakiki mereka ...

Thursday, September 24, 2015

MUSIM HAJI 1436 HIJRIYYAH BAKAL DIINGATI (LEAD AND MANAGE HUGE CROWD)

Belum pun reda rentetan peristiwa kren runtuh di Masjidil-Haram, kejadian rempuhan jemaah haji yang bersesak-sesak untuk melontar jamrah pula terjadi. Setakat ini sebanyak 717 orang jemaah dilaporkan terkorban, manakala 805 orang lagi mengalami kecederaan. Peristiwa tersebut berlaku pada waktu puncak, iaitu dalam tempoh waktu solat duha.

Punca sebenar berlakunya peristiwa sedih itu hanya bakal diketahui menerusi suatu siasatan tuntas oleh pakar. Peristiwa berlaku di zon perkhemahan jemaah Arab yang jauh daripada penempatan jemaah Malaysia yang bersekali dengan jemaah Turki dan negara Asia yang lain. Jadual untuk jemaah Asia biasanya bermula selepas waktu Asar.

...

...

...

...

...

...

Wednesday, September 23, 2015

KESELAMATAN JEMAAH HAJI (SACRED RITUAL ONCE IN LIFE TIME)

Peristiwa kren runtuh di Masjidil Haram membabitkan kehilangan lebih 100 jiwa telah berlalu. Angka itu termasuk tujuh orang jemaah dari Malaysia. Pemerintah Arab Saudi telah mengumumkan pampasan RM1 juta riyal (RM1.14 juta) kepada waris mangsa, selain bantuan perundangan yang lain.

Projek pembesaran kawasan mengerjakan haji sentiasa dilakukan dalam skala besar bagi nenampung kedatangan jemaah haji dari seluruh pelosok dunia. Hotel-hotel usang juga digantikan dengan hotel yang lebih selamat dan selesa. Sistem pengangkutan kereta api laju metro yang dibina oleh Prasarana Malaysia juga dijangka mengurangkan risiko keselamatan dalam suasana lautan manusia ketika tempoh puncak ibadah haji yang bermula dengqn wukuf di Arafah.

Di samping petugas rasmi dan suka rela, penggunaan teknologi canggih diperluas. Sebahagian besar jemaah berusia 40 tahun dan ke atas. Walaupun tahap kesihatan mereka telah diperakukan oleh doktor di negara masing-masing, perbezaan cuaca dan pergerakan mega memerlukan perhatian dan pemantauan khusus.

Kisah jemaah yang bersesak-sesak sehingga ada yang kehilangan jiwa dan tidak kurang yang terpisah daripada kumpulan bukanlah cerita baharu. Peristiwa rempuhan dan terpijak jemaah yang terjatuh memang sukar untuk dikawal. Sebagai contoh, ketika jemaah yang sudah turun daripada tangga bergerak (eskelator) menyarung selipar, bilangan jemaah lain yang turun berlipat kali ganda, lalu terjadi peristiwa yang mencemaskan di situ.

...

...

...

...

INDUSTRI 'KECANTIKAN' LELAKI KIAN PESAT BERKEMBANG (MASCULINE CARE)

Lambakan jenama kecantikan wanita dalam pasaran merupakan fenomena perniagaan sejagat. Pengaruh cuaca terhadap kesihatan kulit dan penjagaan kesihatan kaum hawa telah berjaya dimanipulasikan secara optimum oleh perusahaan yang berkaitan. Kepakaran dermatologis (pakar perubatan penjagaan kulit) dan warisan ramuan tradisional memiliki kekuatan segmen pasaran yang tersendiri.

Antara produk kecantikan wanita terlaris di pasaran ialah krim pelembap muka, krim pelindung cahaya matahari dan losyen. Banyak usahawan produk kecantikan muncul sebagai jutawan segera dalam usia muda. Sebahagian mereka memperoleh khidmat nasihat dan rundingan penyelidik dalam kalangan tenaga akademik universiti tempatan.

Cuaca ekstrem dan tidak menentu mengakibatkan kulit terdedah kepada alahan dan tindak balas bahan cemar. Maka, suatu rejim penjagaan atau rawatan yang sesuai perlu dilakukan supaya tidak cepat kelihatan kusam dan mengalami proses penuaan pramasa. Imej diri sudah semestinya dipandang juga dari segi penampilan dan perawakan seseorang itu.

Kosmetik memang sinonim dengan kaum wanita. Mereka sanggup berbelanja besar untuk membeli produk kosmetik yang serasi, serta merujuk klinik pakar kulit dan kosmetik. Kecuali selebriti dinia hiburan, usahawan dan tokoh ternama yang menitikberatkan penampilan dan keyakinan diri, kebanyakan lelaki biasa beranggapan bahawa kosmetik hanya akan menjuruskan diri mereka ke arah imej metroseksual seperti lelaki berwatak lembut atau sotong.

...

...

...

...

Tuesday, September 22, 2015

AMERIKA SYARIKAT BAKAL DIPIMPIN ORANG ISLAM? (THE END OF WHITE POWER)

Doktrin Amerika Syarikat yang dimulakan semasa era Presiden James Monroe menjadi asas dasar luar kuasa besar itu. Demi menjaga kepentingan Amerika Syarikat, segala bentuk tindakan, termasuk campur tangan dan serangan terhadap negara asing dianggap sebagai wajar.

...

...

...

...

...

...

...

Monday, September 21, 2015

LEBUH RAYA PANTAI TIMUR JEJAS PENIAGA TEMPATAN? (THE REALITY OF CHANGE)

Dahulu jalan utama yang menghubungkan Kuala Terengganu hingga ke Kemaman agak sempit dan banyak bertampal. Kelancaran pergerakan kenderaan juga sering terganggu oleh kehadiran lori dan van, serta pemandu santai tempatan dan pelancong. Kesempatan untuk memotong kemderaan di hadapan sangat terhad dan berisiko tinggi.

Kini, jalan raya telah dinaik taraf menghampiri spesifikasi lebuh raya. Ironinya, laluan lebar dan selesa itu bertukar lengang dan sepi. Jumlah kenderaan juga turun secara mendadak.

Pembukaan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) hampir serentak dengan soapbya projek naik taraf jalan utama tanpa tol terbabit menjadi jawapan.

...

...

...

...

...

Sunday, September 20, 2015

SELISIH KERETA, SELISIH FAHAM (ETHICS ON THE ROAD)

Jalan menjadi sempit kerana kereta diletak di kiri dan di kanan jalan. Pemandu A sudah sampai di penghujung jalan, tetapi sebuah kereta cuba masuk. Nampaknya pemandu B enggan mengalah mengakibatkan kedua-dua buah kenderaan tidak boleh bergerak.

...

...

...

...

...

...

...

Saturday, September 19, 2015

Thursday, September 17, 2015

UNIVERSITI MALAYA MASIH NOMBOR SATU (TOP 200 IN THE WORLD)

Penarafan antarabangsa terhadap kedudukan sesebuah universiti mungkin dianggap kontroversi kerana proses pentadbiran instrumen yang terbabit. Namun, penarafan yang kurang sempurna lebih baik daripada tiada penarafan langsung. Salah satu penarafan antarabangsa yang diberi perhatian ialah QS yang berpecah daripada Times Higher Educational Supplement (Thes).

Universiti Malaya (UM) pernah menduduki tangga ke-89 daripada lebih 1,000 buah universiti terbaik dunia pada tahun 2005. Namun, setelah itu UM hanya berada dalam kelompok 200 terbaik kerana item pelajar asing tersilap kira dengan memasukkan pelajar Cina dan India tempatan. Hal itu bagaimanapun tidak terjadi kepada universiti awam yang lain.


...

...

...

...

...

...

PROJEK NAIK TARAF MASJID KAMPAR (THE BASIC NEED OF MUSLIM SOCIETY)

...

...

...

...

...

...

...

...

Tuesday, September 15, 2015

Sunday, September 13, 2015

DISIPLIN DAN ETIKA PELAJAR PRAUNIVERSITI (LEARNING STYLE OF POST-SECONDARY GROUP)

Bukan semua pelajar yang berdaftar untuk pengajian persediaan universiti mempunyai kerangka hala tuju yang jelas dalam proses pembelajaran masing-masing. Dek kerana terlalu banyak pilihan mod pembelajaran yang saling bersaing, dilema tentang kesetiaan mod pengajian yang dipilih tidaklah begitu kukuh. Hanya sekatan kewangan dan restu ibu bapa menjadi sebab mereka harus akur dan bersabar dengan mod pengajian sedia ada.

...

...

...

...

...

...

...

DILEMA NEGARA TUA (THE POLICY OF VALUES)


...

...

...

...

...

 ...

...





Saturday, September 12, 2015

HARGA SEBUAH PENCAPAIAN BOLA SEPAK (TENGKU ABDULLAH STEP DOWN)

Kekalahan teruk 0 - 10 kepada Kesatuan Arab Emiriyah (UAE) di laman lawan memberi tamparan hebat terhadap kepimpinan Petsatuan Bola Sepak Malaysia (Fam). Sebelum itu, skuad Harimau Malaysia dibelasah 0 - 6 oleh Palestin. Dalam pusingan kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia itu, pasukan bimbingan Dolah Saleh sekadar mengutip satu mata hasil keputusan seri 1-1 dengan pasukan kerdil, tetapi dibarisi pemain naturalisasi Portugal di laman sendiri.

Terbaru, di bawah kendalian Datuk Ong Kin Swee, Malaysia berjaya mengekang pesta gol Arab Saudi di Shah Alam. Taktik 'parkir bas' menyukarkan lawan menceroboh kotak penalti. Malah, Ketua pasukan, Safiq Rahim berjaya merobek gawang lawan pada minit ke-70 menerusi serangan balas mengejut.
Namun, kelekaan meraikan gol pendahuluan itu dihukum oleh lawan menerusi dua gol pantas dalam tempoh enam minit. Penguasaan bola hampir 80 peratus, serta serangan bertubi-tubi Arab Saudi tidak digemari lebih 1,000 penonton tempatan yang menggelar diri mereka 'Ultras Malaya'. Mereka bertindak liar membaling suar, roket dan bebola api ke dalam padang ketika permainan memasuki minit ke-88.


...

...

...

...

...

Thursday, September 10, 2015

Wednesday, September 9, 2015

BOLEHKAH SARJANA PENTADBIRAN PENDIDIKAN GANTI NPQEL? (SCHOOL LEADERSHIP IN MAKING)

Sejak syarat kelayakan kebangsaan kepimpinan pendidikan (NPQEL) sebagai asas untuk lantikan jawatan pengetua, kursus berkenaan di Institut Aminuddin Baki (IAB) mendapat sambungan hangat. Khabarnya, hanya lima peratus pemohon berjaya memperoleh tawaran tempat. Negeri Perak antara projek rintis pelantikan pengetua dengan kelayakan NPQEL menyaksikan pengetua junior yang baru berusia awal 40-an memintas guru veteran yang mungkin kekal sebagai guru penolong sehingga bersara.

Kebanyakan pemegang diploma NPQEL juga memiliki ijazah sarjana kepengetuaan dari Universiti Malaya. Mereka beroleh status cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa. Antara komponen kursus yang diikuti ialah pengurusan kewangan, pengurusan hal ehwal murid, pengurusan kaunseling, undang-undang pendidikan, penyelidikan kepimpinan dan keberkesanan sekolah.

...

...

...

...

...

...

Monday, September 7, 2015

BOLA SEPAK MALAYSIA DIRUNDUNG DUKA (HUGE DEFEAT AWAY)

Ketika harapan tinggi diberikan kepada skuad bola sepak Olimpik Munich 1972 yang berjaya menumpaskan Amerika Syarikat 3 - 0, tiba-tiba segalanya berkecai sesudah dibelasah dengan jaringan 0 - 6 oleh wakil Afrika, Maghribi. Di atas kertas, Malaysia memiliki kelebihan kerana Maghribi hanya mampu seri 0 - 0 dengan Amerika Syarikat. Masing-masing juga kecundang dengan jumlah gol yang sama, iaitu 0 - 3 di tangan tuan rumah, Jerman Barat.

...

...

...

...

...

...

...

Sunday, September 6, 2015

CARA MENANGANI PELAJAR PINTAR YANG SUKA BERSEMBANG (PEER REVIEW AND TABLE TO TABLE)

Proses pembelajaran secara aktif barangkali bertentangan dengan konsep berfokuskan pengajaran guru. Kenyaringan suara sesetengah pelajar mungkin menimbulkan tanggapan bahawa pelajar sengaja berbuat bising, manakala kawalan kelas oleh guru kurang berkesan. Pentadbir sekolah dan pencerap yang berpegang terhadap konsep kelas konservatif mungkin melontarkan teguran tanpa melihat pencapaian kumpulan pelajar yang diperhatikan.

Bagi guru mata pelajaran yang bersifat teknikal dan abstrak, tumpuan pelajar begitu kritikal ketika mereka memberi penjelasan konsep, model, prinsip, rumus dan teori. Kekangan masa dalam konteks keperluan sukatan pelajaran mengakibatkan amalan pedagogi yang digemari oleh pentadbir dan pencerap hanya boleh dilaksanakan secara berpilih-pilih, serta sekali-sekala. Tahap kesediaan dan penerimaan pelajar yang berbeza-beza juga mengambil sebahagian masa produktif pembelajaran mengalami defisit yang serius.

...

...

...

...

...

...

Saturday, September 5, 2015

PENGALAMAN BELAJAR DI UNIVERSITI MALAYA (MEMORY AT ALMA MATER)

Kenangan bergelar pelajar di tiga buah universiti awam tempatan meninggalkan kenangan yang tidak sedikit. Walaupun sisawazah dalam negara dianggap kurang glamor ketika itu, tetapi merekalah yang mengisi jawatan dan kedudukan penting sektor awam, swasta dan organisasi politik. Senarainya terlalu panjang untuk dicatatkan di sini.

Pada pertengahan dekad 1980-an, isu penubuhan Universiti Merdeka hangat didebatkan. Namun, pengenalan dasar mwngurangkan penghantaran pelajar tajaan kerajaan ke luar negara menyaksikan


...

...

...

...

...

...

Friday, September 4, 2015

Thursday, September 3, 2015

PEMUDA MISTERI DI MASJID BATU GAJAH (ROYAL LEGACY AT A HOLY PLACE)

...

...

...

...

...

...

...

...

CARA BELAJAR EKONOMI YANG TERBAIK (DRILLING ON EXPLAINATION)

Perkara paling penting dalam pembelajaran ekonomi di peringkat prainiversiti ialah penjelasan terhadap teori dan aplikasi kuantitatif.

...

...

...

...

...

...

...

Wednesday, September 2, 2015

MEMBACA SOALAN KARANGAN DENGAN TEPAT (ANSWER ACCORDINGLY)

Baik UPSR, PT3, SPM dan STPM, proses mengenal pasti tumpuan terhadap tugasan soalan mempengaruhi perancangan jawapan calon.

...

...

...

...

...

...

...