SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, February 12, 2016

APABILA PELAJAR KRITIK GURU DI FACEBOOK (ENGAGEMENT AND SELF ENDEAVOUR IN LEARNING)

Generasi Y & Z memang lebih cenderung untuk berterus terang. Selain dilatih menerusi pelbagai kemahiran generik pembelajaran, mereka juga terdedah dengan maklumat di hujung jari dan sistem langit terbuka. Maka, peluahan pendapat mungkin dilakukan secara berhadapan atau mungkin juga menerusi pelbagai aplikasi atas talian.

Jika pengguna internet dewasa begitu berani mempersendakan pemimpin tertinggi negara di laman rasmi pemimpin berkenaan, maka generasi muda yang masih di bangku sekolah tidak terkecuali. Identiti mereka lebih mudah dikesan oleh pakar forensik komputer jaringan sama ada menerusi ikon peribadi yang digunakan, mahupun alamat protokol internet yang ada. Namun, mereka seperti tidak ambil pusing tentang natijah perundangan yang mungkin dihadapi.

Tinjauan terhadap laman sesawang rasmi sekolah, serta facebook milik pelajar menunjukkan perkara berkenaan semakin berleluasa. Pengetua dan guru disiplin menjadi sasaran utama, termasuk ubah suai gambar berserta dengan kata-kata (caption) yang tidak enak dibaca. Guru-guru mata pelajaran juga menjadi bahan bualan yang berbaur ulasan bersifat negatif.

Pelajar cemerlang lazimnya jarang-jarang menulis 'gosip' tentang guru mereka, tetapi kumpulan pelajar berpencapaian sederhana dan rendahlah yang banyak berbuat demikian. Seperti biasa, kumpulan itu kurang melakukan muhasabah diri, sebaliknya lebih tertumpu kepada pihak ketiga. Mereka enggan mengakui bahawa pencapaian seseorang pelajar sangat dipengaruhi oleh daya usaha kendiri, manakala guru hanyalah sebagai pembimbing, penolong, dan penunjuk jalan.

Antara ulasan yang pernah ditemui dalam facebook: Encik X berusaha keras untuk mengajar kita, tetapi saya langsung tidak faham apa-apa satu pun. Rakan sembangnya pun mengiyakan: hmmm... saya pun. Rakan-rakan yang lain menekan ikon like tanda bersetuju.

Guru yang disebutkan tidak berkecil hati justeru dia mengenali masalah pelajar yang meluahkan pendapat dan rakan-rakannya. Cuma, guru mungkin berasa sedikit terkilan bahawa konsep berdikari dan berusaha yang sentiasa diberi penekanan dalam proses pembelajaran tidak sampai kepada mereka. Sebaliknya, perasaan sentimental pula yang lebih menyerlah.

Keserasian guru dengan semua sekali pelajar bukan tugas mudah. Pelajar datang daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi dan pengalaman persekitaran yang berbeza. Guru sentiasa berusaha menggembleng potensi dan fakulti dalam diri pelajar secara optimum, tetapi pada akhirnya pelajar sendiri yang perlu berdaya usaha ke arah kecemerlangan.

Kritikan terhadap guru bukanlah tidak boleh dilakukan, tetapi biarlah dalam konteks adab dan nilai murni. Berkat dalam pembelajaran pasti terjejas apabila pelajar meluahkan cercaan kepada guru mereka sendiri. Malah, perbuatan yang sedemikian merupakan suatu pelanggaran terhadap peraturan sekolah yang tertakluk terhadap peruntukan hukuman yang tertentu.

Guru ialah ibu bapa gantian dalam konteks in loco parentis serta the duty of care. Guru layak dihargai dan dihormati seadanya. Dalam kata lain, hubungan kemanusiaan yang terjalin atas dasar pendidikan tanpa membabitkan ikatan biologi, tanggungjawab kewangan dan keibubapaan di rumah. Hanya menerusi hubungan yang harmonis, proses pembelajaran dan kesampaian kurikulum mudah dicapai.

Walaupun guru menerima imbuhan emolumen atas perkhidmatan, mereka tetap insan biasa yang tertakluk kepada kelebihan dan kekurangan yang tertentu. Pelajar hendaklah sentiasa menyematkan hakikat bahawa sekolah ialah organisasi yang memupuk pembelajaran secara terancang dan tertib. Pelajar perlu menyemai perasaan yang baik terhadap guru selama mana tujuan pendidikan masih dipatuhi ...

No comments: