SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, March 27, 2016

KOMUNITI IKHTISAS BELAJAR DI SEKOLAH (PLC & EXCLUSIVE PRACTICE AMONG TEACHERS)

Idea berbaris dalam pendidikan nampaknya tidak pernah menemui titik noktah. Penggubalan dasar pendidikan begitu kuat dipengaruhi oleh desakan industri (manpower planning) dan sekumpulan tokoh yang berasa mereka cerdik tentang hal ehwal pendidikan (social demand). Selain itu, muncul pemikiran modal insan (human capital) yang berteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap, tetapi dalam kerangka kebendaan dan utilitarian.

Robert T. Kiyosaki juga mempunyai pengaruh yang tersendiri walaupun beliau bukanlah seorang sarjana dalam bidang pendidikan. Kiyosaki menulis betapa pelajar gred A akan bekerja dengan pelajar gred C yang menjadi usahawan, manakala pelajar gred B akan menyertai sektor awam. Kiyokasi membidas fahaman bahawa wang tidak penting, serta kecelaruan tentang aset dan liabiliti dalam pemilikan hartanah.

Sekilas pandang, Kiyosaki berjaya membuat pengamatan yang tajam terhadap keberhasilan dunia pendidikan yang tidak begitu menyebelahi orang-orang pintar yang menguasai disiplin ilmu yang sangat sukar. Para profesor harus tunduk kepada aturan birokrasi, selain hidup seadanya berbanding dengan golongan peniaga yang mungkin hanya lepasan sekolah biasa. Ahli ikhtisas seperti doktor, akauntan, jurutera dan peguam juga mungkin tertakluk kepada perintah pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), serta majikan yang berpendidikan biasa-biasa sahaja.

Atas premis itu, pendidikan dan latihan berorientasi vokasional dan hands-on dianggap lebih menguntungkan dari segi kerjaya dan pendapatan. Universiti juga mula menawarkan pengajian yang dahulunya dilaksanakan oleh institut latihan teknikal. Aliran akademik walaupun masih bertahan, tetapi semakin tidak dipedulikan oleh sebilangan besar murid di sekolah.

Perkembangan yang berlaku itu menimbulkan rasa khuatir yang tidak sedikit dalam kalangan cendekiawan pendidikan. Kecenderungan membiarkan urusan pendidikan dicaturkan oleh kapitalis industri, amatur dan orang awam mendatangkan kesan buruk dalam jangka panjang. Hasrat untuk memupuk pembelajaran ke arah penggemblengan jati diri dan nilai murni akan diambil alih oleh persaingan kebendaan semata-mata.

Bagaimanakah para guru selaku ahli ikhtisas pendidikan berupaya mencari jalan supaya murid mencintai ilmu pengetahuan dan amalan terbaik dalam kehidupan? Masih adakah ruang untuk mengukuhkan tingkah laku terbaik walaupun murid kelihatan lebih menjurus terhadap kerja tangan dan berbantu teknologi? Bersediakah guru mengangkat martabat mereka sendiri sebagai ahli ikhtisas pendidikan yang sebenar, bukan sekadar pak turut kapitalis dan amatur?

...

...

...

...

No comments: