SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, July 4, 2016

LETUPAN DI MADINAH: KESELAMATAN JEMAAH MESTI DIUTAMAKAN (NARROWING DOWN ROOT OF THE PROBLEM)

Masih terlalu awal untuk menyatakan secara pasti tentang punca kejadian letupan di luar Masjid Nabawi di kota Madinah pada waktu
 Maghrib tadi di sana. Pakar keselamatan, termasuk unit forensik bakal mencari bukti bagi tujuan itu. Dua jiwa dilaporkan terkorban dalam peristiwa berkenaan.

Memandangkan musim haji akan bermula dalam tempoh dua bulan, segala sudut keselamatan para jemaah wajib diberi tumpuan yang tuntas. Kesan psikologi beberapa peristiwa seperti rempuhan jemaah, runtuhan kren, nahas pengangkutan dan ancaman kumpulan taasub mesti ditangani segera. Pengalaman mengendalikan lebih dua juta orang jemaah haji berdaftar dari seluruh pelosok dunia saban tahun perlu digembleng bersama pasukan pemikir khusus tentang keselamatan tetamu Allah di Madinah dan Makkah.

Projek pembesaran kawasan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram masih berjalan. Hotel kos rendah, lot perniagaan dan  beberapa mercu tanda bersejarah seperti Masjid Abu Hurairah (masjid kucing) kini sudah tiada lagi. Demikian juga peluasan laluan tawaf dan saie yang dilaksanakan demi keselesaan jemaah. Laluan jamrah (tempat melontar) di Mina juga dijadikan lima tigkat bagi mengelakkan rempuhan dua hala.

Kecekapan pasukan keselamatan dan perisikan Arab Saudi terus diperkasakan. Kerjasama Pertubuhan Negara Islam (OIC) patut dijanakan ke tahap optimum. Sumber kepakaran keselamatan umat Islam boleh dikerah sepenuhnya.

...

...

...

...

...

No comments: