SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, August 31, 2016

CUTI MERDEKA HARI MEMBELI BELAH (CONSUMERISM ATTITUDE)

Barangkali Malaysia antara negara yang banyak memperuntukkan cuti kelepasan am berasakan sambutan perayaan. Namun, jumlah hari cuti umum masih dikawal dengan had jumlah hari yang tertentu. Misalnya, cuti persekolahan tertakluk kepada jumlah minimum hari belajar sebanyak 190 hari.

Cuti memberi kerehatan dan masa santai kepada para majikan dan pekerja. Dalam masa yang sama, mereka boleh menikmati hasil titik peluh mereka menerusi kegiatan persendirian bersama keluarga, sama ada berbelanja atau bersuka ria. Sektor perniagaan juga mampu menawarkan harga jualan yang lebih rendah kerana keuntungan dijangka berlipat kali ganda atas jumlah jualan besar-besaran.
keadaan sesak di tempat parkir Aeon Stesen 18, Ipoh

Cuti sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-59 juga tidak terkecuali. Gedung perniagaan besar menggamit kunjungan orang ramai menerusi pakej promosi cuti perayaan. Potongan harga sehingga 10 peratus daripada jumlah belian dan hadiah baucar tunai menjadi daya tarikan yang berkesan.

Seisi keluarga yang tidak terikat dengan urusan pekerjaan dan persekolahan mengambil kesempatan untuk bersama-sama berbelanja dan berlibur. Mereka sanggup menempuh kesesakan semata-mata untuk menikmati suasana ramai itu. Gedung perniagaan juga menyelitkan persembahan seni tertentu secara oercuma, di samping badut yang mengedarkan belon kepada kanak-kanak.

Persaingan bagi mendapatkan tempat meletak kenderaan umpama perlumbaan dan pertempuran. Pelbagai taktik digunakan, termasuk menunggu di belakang kenderaan pegun dengan harapan tempat itu segera dikosongkan. Laluan menjadi sempit dan pergerakan kenderaan agak tersekat-sekat.

Giliran untuk membuat bayaran di kaunter juga lebih panjang. Taktik biasa ialah meletakkan salah seorang anggota keluarga dalam barisan membayar dengan menyorong troli yang belum belum penuh. Kemudian, ibu bapa pun datang dengan memasukkan barang belian pusingan akhir.

Muda-mudi yang sekadar datang mencuci mata pula kelihatan melaram dengan pelbagai gaya. Sebahagian mereka tidak pun membeli barang pengguna, tetapi lebih kepada makan-makan di restoran hidangan segera. Maka, semua premis makanan di gedung perniagaan pun tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan dalam jumlah yang luar biasa.

Bagi mengekalkan momentum jualan luar biasa pada hari cuti, lazimnya gedung perniagaan mengadakan acara jualan lelong (baca: stok lama untuk dihabiskan) yang dijenamakan sebagai happy hour. Memanglah pengguna tidak rugi kerana barang berkenaan masih elok, tetapi kebijaksanaan ketika berbelanja sangat kritikal supaya tidak terlajak membazir. Selamat menyambut hari kemerdekaan negara kali ke-59 ...

No comments: