SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Monday, February 29, 2016

Sunday, February 28, 2016

SISWAZAH UKM TERAJUI AKAUNTAN NEGARA (PREVIOUSLY UNFAMOUS UNIVERSITY PROVED OTHERWISE)

Pada tahun-tahun awal penubuhannya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menumpang Maktab Perguruan Lembah Pantai bersebelahan Universiti Malaya (UM) pernah dilabel sebagai universiti kelas kedua dan universiti kampung. Tiga buah fakulti pelopor, iaitu sastera, sains dan pengajian Islam menggalas cabaran bagi menggunakan bahasa Melayu sebagai teras kegiatan pembelajaran dan pentadbiran. UM banyak membantu kelangsungan UKM dengan meminjamkan tenaga pensyarah dan juga kemudahan kampus dan kepakaran.

Memandangkan hanya terdapat tiga buah universiti pada ketika itu, semua sekali siswazah UKM terus disambar oleh sektor awam dan swasta sebaik sahaja mereka tamat pengajian. Sebahagian pelajar cemerlang kohort pertama UKM juga ditawarkan tempat dalam skim latihan tenaga pensyarah muda, lalu dihantar melanjutkan pengajian ijazah tinggi di luar negara. Siswazah UM juga menumpang tuah dengan tertubuhnya UKM apabila banyak yang diambil bertugas sebagai tutor dan seterusnya dihantar ke seberang laut bagi memperoleh sarjana dan doktor falsafah.

Setelah dua tiga dekad penubuhannya, sidwazah UKM mula menyerlah. Contohnya, Prof. Muhamad Rasat (Allahyarham) pernah memangku jawatan naib canselor UM sebelum dilantik sebagai presiden Universiti Multimedia. Nordin Kardi dan Mustafa Mohamad menerajui Universiti Utara Malaysia, Ibrahim Komoo mantan naib canselor Universiti Malaysia Terenggganu.

Siswazah UKM juga menempa kejayaan menerajui beberapa buah kementerian selaku ketua setiausaha dan ketua pengarah. Walaupun bilangannya masih kecil, ahli politik dalam kalangan siswazah UKM yang dilantik menganggotai jemaah menteri persekutuan dan exco kerajaan negeri semakin bertambah. Siapa yang tidak kenal dengan Prof. Dr. Muhaya, Prof. Dr. Lokman Saim dan Dr. Jemilah Mahmiod?

Bidang kewangan negara turut menerima sentuhan magis siswazah UKM. Dato' Che Pee bin Samsudin (siswazah perakaunan UKM baru-baru ini dilantik senagai akauntan negara. Timbalan akauntan negara juga siswazah perakaunan UKM.

...

...

...

Saturday, February 27, 2016

PASAR BERGERAK KEMBOJA KURANG SAMBUTAN (THE POWER OF TASTE AND TENDING)

Kejatuhan harga bahan api petroleum sepatutnya menurunkan kos sara hidup penggu, tetapi keadaan sebaliknya berlaku. Sumbangan royalti petroleum dan cukai keuntungan korporat oleh Petronas turut menyusut secata mendadak. Nilai mata wang Ringgit Malaysia yang turut merosot dengan teruk seharusnya meningkatkan daya saing eksport, namun masih bergantung kepada persekitaran perniagaan semasa dan jangka panjang.

Pelaksanaan rejim cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada peringkat awal dianggarkan mengurangkan perbelanjaan agregat sehingga 30 peratus. Golongan peniaga pula enggan menurunkan harga barang walaupun kos bahan api petroleum sudah turun. Akhirnya mereka juga yang mengeluh kerana pengguna didapati kurang berbelanja.

Di sebalik kesuraman urus niaga tertentu, masih ada kelompok pengguna yang memiliki kuasa beli yang tinggi. Dari segi psikologi, segmen berkenaan lebih mementingkan nilai setiap pembelian, khususnya mutu barangan. Barang berstatus bawahan dan bermutu rendah tidak menarik minat mereka.

Kegiatan perniagaan tanpa premis tetap masih popular justeru berdekatan dengan kawasan perumahan. Pasar malam, pasar tani dan pasar bergerak menerima kunjungan yang menggalakkan. Maka, peniaga mesti bijak membaca permintaan pasaran di sesuatu kawasan.

Sambutan hangat pasar borong masyarakat Kemboja Parit Buntar mendorong penerokaan pasar bergerak antara bandar di seluruh Semenanjung. Di Ipoh, mereka datang secara berkala di tapak-tapak sewaan yang berbeza. Misalnya dua bulan lepas, pasar bergerak itu ditempatkan di Tambun, tetapi kali ini di tapak pasar malam Rapat Setia Baru.

Penduduk Rapat Setia dan taman-taman perumahan berhampiran kebanyakannya berpendapatan sederhana dan tinggi. Akses terhadap butik, gedung pakaian dan pasar raya begitu mudah. Maka, jika peniaga pakaian borong masyarakat Kemboja mahu berjaya memikat penduduk Rapat Setia, barang jualan yang ditawarkan sepatutnya eksklusif dengan paras harga yang munasabah.

Pengamatan penulis blog (PB) menunjukkan bahawa pasar bergerak masyarakat Kemboja tidak begitu berjaya menggamit kedatangan penduduk Rapat Setia. Walhal, pasar bergerak Kemboja yang bermula pada hari Khamis itu bertepatan dengan tarikh gaji kakitangan awam dan swasta. Pengunjung yang datang pula lebih banyak membelek barang jualan daripada membuat keputusan pembelian.

Seorang peniaga yang ditemui mengatakan bahawa dia mungkin menutup perniagaan lebih awal daripada jadual menjelang tengah malam Ahad jika sambutan pengguna terus dingin. Pengalaman kemeriahan urus niaga di Tambun tidak berulang. Selepas Rapat Setia, peniaga pasar bergerak masyarakat Kemboja bakal mencuba nasib di Kuala Selangor ...

...


Thursday, February 25, 2016

CARA MENULIS PENDAHULUAN DAN PENUTUP RUMUSAN BM2 SPM (PRECISE AND CONCISE)

Banyak pertanyaan diterima tentang cara terbaik menulis bahagian pendahuluan dan penutup rumusan. Adakah dimulai dengan perkataan 'Petikan' atau 'Rumusan'? Hakikatnya, petikan merujuk terhadap teks bercetak dalam kertas soalan, manakala rumusan merujuk kepada jawapan yang ditulis oleh calon.

Petikan hanya memaparkan isi tersurat, serta huraian seperti yang tercetak. Rumusan yang ditulis oleh calon menghendaki pendahuluan, isi tersurrat, isi tersirat dan kesimpulan. Setiap bahagian berkenaan pula perlu akur terhadap format penulisan yang ditetapkan, bukan secara sewenang-wenangnya.

...

...

...

...

...

...

...

...

Tuesday, February 23, 2016

Monday, February 22, 2016

TUTORIAL BAB 3 MAKROEKONOMI STPM (CLOSED ECONOMICS MODEL)



SMK ST MICHAEL, IPOH: MAKROEKONOMI UA2, TUTORIAL 1 (23022016) ___________________________________

1.  Berikan takrif:
     a)  keseimbangan pendapatan negara
     b)  perbelanjaan agregat
     c)  penggunaan
     d)  tabungan
     e)  pelaburan
      f)  perbelanjaan kerajaan
      g)  cukai
      h)  eksport
       i)  import
       j)  suntikan
      k)  bocoran
       l)  ekonomi tertutup
     m)  ekonomi terbuka
      n)  fungsi penggunaan
      o)  fungsi tabungan
      p)  penggunaan autonomi
      q)  penggunaan teraruh
      r)  mpc
      s)  mps
      t)  pendapatan boleh guna (Yd)
      u)  fungsi pelaburan
      v)  fungsi perbelanjaan kerajaan
     w)  pengganda
      x)  dasar fiskal
      y)  lompang deflasi
      z)  lompang inflasi
    aa)  jurang knk
    ab)  kitaran perniagaan
    ac)  belanjawan
    ad)  hasil kerajaan
     af)  perbelanjaan mengurus
    ag)  perbelanjaan pembangunan
    ah)  cukai langsung
     ai)  cukai tak langsung
     aj)  hasil bukan cukai
    ak)  dasar belanjawan
     al)  belanjawan lebihan
   am)  belanjawan kurangan
    an)  belanjawan berimbang
    ao)  dasar belanjawan mengembang
    ap)  dasar belanjawan menguncup
    aq)  ekonomi terbuka
     ar)  eksport bersih
     as)  fungsi eksport
     at)  fungsi import
    au)  fungsi suntikan
   aw)  fungsi bocoran
    ax)  fungsi perbelanjaan agegat
    ay)  cukai sekali gus
    az)  import autonomi
    ba)  KNK potensi
    bb)  KNK sebenar
    bc)   KNK benar
    bd)  KNK nominal
2   Berdasarkan pelan gambar rajah di bawah, sediakan keluk penentuan keseimbangan ekonomi 3 sektor:

a.       paksi  / label AE, Y, 0
b.      garis 45° / label Y = AE
c.       fungsi AE = C + I + G   (2160 + 0.8Y)
d.      label keseimbangan E
e.      Yo = 10,800
f.        Paksi J-W, 0, Y, kawasan -ve
g.       fungsi suntikan I + G = 1300
h.      fungsi bocoran S + T = -860 + 0.2Y
i.         label keseimbangan E, Yo


3)  Sediakan huraian gambar rajah di atas berpandukan pelan huraian di bawah:
      a.  pendekatan AE – Y:  pencapaian Eo, di kiri Yo, di kanan Yo. Penyesuaian
      b.  pendekatan J – W:  pencapaian Eo, di kiri Yo, di kanan Yo

4)  Tugasan kuantitatif

      Fungsi AE sebuah negara terdiri daripada komponen di bawah dalam RM juta:
     
      C =   1000 + 0.68 Yd
   
       I  =  427
 
      G =  545

      T  =  500


(a)    Berikan pemboleh ubah bocoran ekonomi 3 sektor     (1 markah)
(b)   Terbitkan fungsi bocoran dalam sebutan Y                       (2 markah)
(c)    Hitung Y keseimbangan menurut pendekatan J – W     (2markah)
(d)   Berikan maksud jurang KNK                                                 (1 markah)
(e)   Hitung pengganda G                                                              ( 1 markah)
(f)     Andaikan  YF = RM6350 juta.
Dengan menggunakan nilai pengganda, hitung
jumlah G yang perelu ditambah atau dikurangkan
bagi mencapai tingkat guna tenaga penuh                       (3 markah)


5)  Tugasan Esei

a)       Dengan bantuan gambar rajah pendekatan AE – Y, jelaskan bagaimana perkara di bawah
 mempengaruhi tingkat  kegiatan ekonomi, serta keseimbangan pendapatan negara.

 i.  pinjaman bank perdagangan terhadap firma berkurang      (5 markah)
ii.  kerajaan mengurangkan subsidi petroleum.                            (5 markah)



b)       i.  Berikan maksud suntikan dan bocoran   (2 markah)
ii.  Berdasarkan gambar rajah J – W, huraikan kesan +ΔM terhadap keseimbangan Y  (8 markah)


©   Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction) (Malaya)

Sunday, February 21, 2016

Saturday, February 20, 2016

ISU PEKERJA BANGLA: SUATU PERSPEKTIF UMAT (BROTHERHOOD SPIRIT WORLDWIDE)

Isu kemasukan pekerja Bangladesh bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia, bahkan banyak negara lain yang berkemungkinan membuka peluang kepada mereka untuk mencari rezeki. Arab Saudi misalnya menerima lebih empat juta warga Bangladesh untuk bekerja dalam pelbagai sektor ekonomi di sana. Makkah dan Madinah dilimpahi warga Bangladesh, Asia Tengah dan Indonesia.

Memorandum persefahaman antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Bangladesh (G2G) dua hari sudah menyasarkan kemasukan 1.5 juga warga Bangladesh, kali ini termasuk wanita, dalam tempoh tiga tahun. Terdapat bantahan yang meluas, lalu proses itu dikaji semua bagi tujuan penambahbaikan. Memang benar kehadiran buruh asing sangat sensitif justeru mewujudkan persaingan dengan warga tempatan, terutama muda mudi yang baharu tamat persekolahan dan pengajian tinggi.



...

...

...

...

...

...

...

Friday, February 19, 2016

JARINGAN GOL FAIZ SUBRI VIRAL SATU DUNIA (AGAINST THE LAW OF GRAVITY)

...

...

keratan akhbar Harian Metro, Jumaat: 19.2.2016

...

...

...

...

...

...

Thursday, February 18, 2016

Wednesday, February 17, 2016

Monday, February 15, 2016

Sunday, February 14, 2016

RESTORAN MAMAK SUKAR DITANDINGI? (THE CHAMPION OF COMMERCIAL COOKING)

Ketika penjaja jalanan memberi saingan hebat kepada pemilik premis jualan makanan tetap, restoran mamak langsung tidak terjejas. Hingga ke dinihari restoran mamak masih dipenuhi pengunjung. Walaupun sesekali muncul berita negatif tentang hal kebersihan dan status pekerja, restoran mamak terus menjadi pilihan pelbagai kumpulan umur dan status sosioekonomi.

Setiap kali selepas solat berjemaah di surau dan masjid, kelihatan pelanggan yang masih berkain pelikat, baju kurta dan ketayap di kepala menikmati capati telur dan susu lembu segar. Memjelang tengah malam, golongan muda bermotosikal pula yang memenuhi restoran mamak. Mereka mungkin pekerja atau pelajar.

...bersambung

...

...

...

...

...

Saturday, February 13, 2016

Friday, February 12, 2016

APABILA PELAJAR KRITIK GURU DI FACEBOOK (ENGAGEMENT AND SELF ENDEAVOUR IN LEARNING)

Generasi Y & Z memang lebih cenderung untuk berterus terang. Selain dilatih menerusi pelbagai kemahiran generik pembelajaran, mereka juga terdedah dengan maklumat di hujung jari dan sistem langit terbuka. Maka, peluahan pendapat mungkin dilakukan secara berhadapan atau mungkin juga menerusi pelbagai aplikasi atas talian.

Jika pengguna internet dewasa begitu berani mempersendakan pemimpin tertinggi negara di laman rasmi pemimpin berkenaan, maka generasi muda yang masih di bangku sekolah tidak terkecuali. Identiti mereka lebih mudah dikesan oleh pakar forensik komputer jaringan sama ada menerusi ikon peribadi yang digunakan, mahupun alamat protokol internet yang ada. Namun, mereka seperti tidak ambil pusing tentang natijah perundangan yang mungkin dihadapi.

Tinjauan terhadap laman sesawang rasmi sekolah, serta facebook milik pelajar menunjukkan perkara berkenaan semakin berleluasa. Pengetua dan guru disiplin menjadi sasaran utama, termasuk ubah suai gambar berserta dengan kata-kata (caption) yang tidak enak dibaca. Guru-guru mata pelajaran juga menjadi bahan bualan yang berbaur ulasan bersifat negatif.

Pelajar cemerlang lazimnya jarang-jarang menulis 'gosip' tentang guru mereka, tetapi kumpulan pelajar berpencapaian sederhana dan rendahlah yang banyak berbuat demikian. Seperti biasa, kumpulan itu kurang melakukan muhasabah diri, sebaliknya lebih tertumpu kepada pihak ketiga. Mereka enggan mengakui bahawa pencapaian seseorang pelajar sangat dipengaruhi oleh daya usaha kendiri, manakala guru hanyalah sebagai pembimbing, penolong, dan penunjuk jalan.

Antara ulasan yang pernah ditemui dalam facebook: Encik X berusaha keras untuk mengajar kita, tetapi saya langsung tidak faham apa-apa satu pun. Rakan sembangnya pun mengiyakan: hmmm... saya pun. Rakan-rakan yang lain menekan ikon like tanda bersetuju.

Guru yang disebutkan tidak berkecil hati justeru dia mengenali masalah pelajar yang meluahkan pendapat dan rakan-rakannya. Cuma, guru mungkin berasa sedikit terkilan bahawa konsep berdikari dan berusaha yang sentiasa diberi penekanan dalam proses pembelajaran tidak sampai kepada mereka. Sebaliknya, perasaan sentimental pula yang lebih menyerlah.

Keserasian guru dengan semua sekali pelajar bukan tugas mudah. Pelajar datang daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi dan pengalaman persekitaran yang berbeza. Guru sentiasa berusaha menggembleng potensi dan fakulti dalam diri pelajar secara optimum, tetapi pada akhirnya pelajar sendiri yang perlu berdaya usaha ke arah kecemerlangan.

Kritikan terhadap guru bukanlah tidak boleh dilakukan, tetapi biarlah dalam konteks adab dan nilai murni. Berkat dalam pembelajaran pasti terjejas apabila pelajar meluahkan cercaan kepada guru mereka sendiri. Malah, perbuatan yang sedemikian merupakan suatu pelanggaran terhadap peraturan sekolah yang tertakluk terhadap peruntukan hukuman yang tertentu.

Guru ialah ibu bapa gantian dalam konteks in loco parentis serta the duty of care. Guru layak dihargai dan dihormati seadanya. Dalam kata lain, hubungan kemanusiaan yang terjalin atas dasar pendidikan tanpa membabitkan ikatan biologi, tanggungjawab kewangan dan keibubapaan di rumah. Hanya menerusi hubungan yang harmonis, proses pembelajaran dan kesampaian kurikulum mudah dicapai.

Walaupun guru menerima imbuhan emolumen atas perkhidmatan, mereka tetap insan biasa yang tertakluk kepada kelebihan dan kekurangan yang tertentu. Pelajar hendaklah sentiasa menyematkan hakikat bahawa sekolah ialah organisasi yang memupuk pembelajaran secara terancang dan tertib. Pelajar perlu menyemai perasaan yang baik terhadap guru selama mana tujuan pendidikan masih dipatuhi ...

Thursday, February 11, 2016

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Wednesday, February 10, 2016

Tuesday, February 9, 2016

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA: PROSA TRADISIONAL KOMSAS TINGKATAN 5 (

Pengenalan

Dalam konteks peperiksaan bertulis SPM, calon hanya diuji berdasarkan petikan prosa tradisional sebanyak tiga atau empat perenggan utama sahaja. Lazimnya, tugasan soalan kbat berkaitan dengan keseluruhan dan kesudahan prosa. Walaupun demikian, perubahan boleh dilakukan justeru format tugasan soalan tiada suatu ketetapan muktamad.

Prosa tradisional tunggal dalam naskhah antologi 'Sejadah Rindu' berjudul 'Burung Terbang Dipipiskan Lada'. Setelah membaca keseluruhan prosa pada muka surat 27 - 38, judul berkenaan seperti tidak berkaitan. Kisah empayar Melaka yang enggan tunduk kepada Siam lebih keyara menyerlahkan kebijaksanaan Sultan Muzaffar Shah dan Tun Perak dalam mempertahankan Melaka.

Watak utama

...

...

...

Watak pembantu

...

...

...

Watak penentang

...

...

...

Latar tempat

...

...

Latar masa

...

...

Sinopsis

...

...

...

Perwatakan

...

...

...

Latar masyatakat

...

...

...

Nilai murni

...

...

...

Persoalan

...

...

...

Pengajaran

...

...

...

Perbincangan kbat

...

...

Contoh petikan

...

...

...

Contoh tugasan soalan

...

...

...

Cadangan jawapan

...

...

...

Saranan untuk murid

...

Saranan untuk guru

...

Kesimpulan dan Penutup

...

Monday, February 8, 2016

Sunday, February 7, 2016

HARIMAU MALAYA, HARIMAU MALAYSIA (THE SYMBOL OF GLORY)

Generasi dahulu kala mungkin sering terserempak dengan haiwan pemangsa yang ditakuti ini. Kisah harimau jadian juga dianggap sebagai amalan ilmu hitam yang terpaksa diwariskan kepada keturunan pengamalnya. Kini, harimau hanya dapat dilihat secara dekat di zoo atau sekadar ditonton di layar televisyen.

Dalam dua tiga hari ini, harimau kembali menjadi bualan masyarakat kita. Sebab pertama dek peristiwa harimau dilanggar di lebuh raya dan kedua tentang gelaran skuad bola sepak negara. Hakikatnya ialah kedua-dua isu menjurus terhadap kewujudan yang terancam dengan serius.
keratan muka hadapan akhbar Kosmo! 7.2.16

...

...

...

...

...

...

Saturday, February 6, 2016

AMUKAN OMBAK SUKAR DISEKAT (BEACH EROSION)

Sebagai sebuah semenanjung dan sebahagian pulau raksasa Borneo, Malaysia memiliki jajaran pantai yang panjang. Di sebelah pantai barat semenanjung terdapat tampanan banjaran di Sumatera, manakala di sebelah pantai timur, Sabah dan Sarawak ditampan oleh banjaran gunung di Filipina dan tengah Kalimantan. Maka, kekuatan angin kencang berupa ribut tropika, badai dan taufan berubah perlahan.

Terpaan angin kencang mempengaruhi kuasa ombak yang membentuk formasi gulungan ganas di laut lepas sebelum menghentam pantai. Arus bahagian bawah ombak sebenarnya lebih deras dan bertenaga luar biasa. Tolakan demi tolakan ombak dari arah belakang berpotensi melonjakkan ketinggian ombak serta membawa ancaman tsunami.
benteng ombak di pantai Teluk Lipat, Dungun

Di sebelah pantai timur semenanjung, hakisan pantai akibat hentaman ombaktbukan suatu fenomena geografi baharu. Namun, hal itu tidak boleh dibiarkan begiti sahaja justeru mengecilkan lagi zon ekonomi eksklusif berdasarkan jarak 200 kilometer dari garisan pantai. Peruntukan besar disalurkan untuk membina benteng pemecah ombak dan penyelidikan sains laut (oceanography).

...

...
sebuah wakaf di hujung waktu

...

...

...

...

...

Friday, February 5, 2016

Wednesday, February 3, 2016

PELANDUK MENGAJAR MEMERANG: PROSA TRADISIONAL KOMSAS TINGKATAN 2 (ASSIGNING THE BLAME TO OTHERS)

Pengenalan

Perlu ditegaskan bahawa walaupun dikaitkan dengan Nabi Allah Sulaiman, atas sifat asalnya sebagai sastera lisan, unsur mitos (myth, cerita diada-adakan) dan tokok tambah adalah lumrah. Dalam al-Quran memang digambarkan kelebihan Nabi Sulaiman alaihissalam boleh berkomunikasi dengan haiwan dan jin. Namun, kisah 'Pelanduk Mengajar Memerang' ini hanya satu satira dan bukan bertaraf sejarah atau kisah yang benar-benar pernah terjadi.

Petikan prosa tradisional yang dimaksudkan termuat dalam naskhah antologi 'Baik Budi, Indah Bahasa', muka surat 35 - 44. Sinopsisnya telah disediakan oleh penyunting antologi, Nor Azah Abd Aziz paga halaman 36. Walaupun demikian, perbincangan ini mungkin menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza.

Sinopsis

Nabi Allah Sulaiman mempunyai lima orang perdana menteri: manusia, jin ifrit, unggas, landak dan pelanduk. Perdana menteri paling bijak ialah pelanduk yang bergelar Syah Alam di Rimba (SAR). Suatu hari SAR terjumpa lubang memerang dengan 7 ekor anak yang ditinggalkan ibu bapa yang keluar mencari ikan. Kebetulan Sang Bubut memukul gendang perang, lalu SAR membuka pencak silat sehingga terpijak semua anak memerang hingga mati belaka. Apabila ibu bapa memerang balik, mereka mengenali bekas tapak kaki SAR, lantas berpakat menghadap Nabi Sulaiman.

Berdasarkan aduan memerang, Nabi Sulaiman menitahkan belatuk memanggil SAR menghadap, lalu ditanyakan motif tindakan itu. SAR menjelaskan dia menyangka Sang Bubut memukul gendang perang, maka secara tidak sengaja dia terpijak anak memerang. Sang Bubut yang dipanggil memberitahu dia melihat biawak berlari-lari sambil membawa pedang terhunus. Sang biawak pula memberitahu dia melihat labi-labi berenang secara senget sambil membawa perisai. Sang labi-labi melihat Sang Udang membawa tombak bercanggah. Sang udang berbuat demikian kerana melihat Sang Seberau mudik berikat pinggang melengkung.

Sang Seberau memaklum sembah kepada Nabi Sulaiman perihal anak bininya dianiaya Sang Memerang. Baginda murka terhadap memerang yang akhirnya mengaku salah. Nabi Sulaiman membuat keputusan bahawa tindakan SAR sebagai diat (nyawa dobalas nyawa) dan pesalah sebenar ialah memerang.

Tema:

Watak dan perwatakan

1  Nabi Sulaiman: adil, teliti

2  Syah Alam di Rimba / pelanduk / perdana menteri: bijaksana

3  Sang Memerang: tamak / mementingkan diri

4  Sang Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-labi, Sang Udang: peka / prihatin / setia kawan

5  Sang Seberau: penyayang

6  belatuk / unggas suruhan: akur / taat / setia

Latar masyarakat

1  masyarakat ketua kerajaan: Nabi Sulaiman sebagai pemimpin sekalian makhluk

2  masyarakat rakyat jelata

3  masyarakat yang adil / teliti

4  masyarakat yang bijaksana

5  masyarakat yang tamak

6  masyarakat yang peka / prihatin / setia kawan

7  masyarakat yang penyayang

8  masyarakat yang akur / taat / setia

Nilai murni

keadilan / ketelitian

kebijaksanaan

kepekaan / keprihatinan / kesetiakawanan

kasih sayang

keakuran / ketaatan / kesetiaan

Persoalan

...

...

...

...

...

Pengajaran

...

...

...

...

...

Perbincangan kbat

...

Contoh tugasan

...

...

...

...

...

Cadangan jawapan

...

...

...

Saranan kepada murid

...

Saranan kepada guru

...

Kesimpulan dan penutup

...

Monday, February 1, 2016