SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, July 31, 2016

PENGALAMAN BERBELANJA DI IKEA (TECHNOLOGY REDUCING COST)

Andai boleh dijustifikasi penggunaan barang yang lebih mahal, maka peribahasa yang sesuai ialah 'alah membeli menang memakai'.  Pembrlian barang dan perkhidmatan keluaran jenama yang kukuh dikatakan memilili nilai tambah lebih tinggi. Banyak urusan boleh diselesaikan dengan segera.

...

...

...

...

...

...

...

...


Saturday, July 30, 2016

HOTEL MURAH GANTI RUMAH UNIVERSITI MALAYA (NEARBY CAMPUS ACCOMODATION)

Rumah Universiti bersebelahan Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM) telah beberapa tahun ditutup. Penginapan bertaraf hotel itu dikendalikan oleh Koperasi Kakitangan UM (KKUM). Namun, sejak peranan pengasas KKUM, Profesor Diraja Umgku Abdul Aziz disempitkan, KKUM semakin lemah, terutama dari pengurusan kewangan dan hutang.

Permintaan yang tinggi untuk penginapan di kampus UM bukanlah luar biasa memandangkan statusnya sebagai universiti penyelidikan, selain konsisten dalam kelompok universiti terbaik dunia. UM menjadi tumpuan pelajar ijazah tinggi dan sarjana antarabangsa.
Buat sementara, pilihan yang ada ialah hotel berdekatan di kawasan Bangsar dan Petaling Jaya. Terdapat hotel mewah seperti Pullman dan terdapat juga hotel murah seperti Koptown yang dimiliki oleh koperasi kakitangan Tenaga Nasional Berhad (05-22022722). Jika membawa keluarga dan mampu membayar keselesaan, sewalah Pullman yang bernilai (RM350 sehari semalam, termasuk sarapan pagi bernilai RM106 bagi dua orang berdasarkan kadar khas kakitangan awam).

...

...

...

...

...

Friday, July 29, 2016

Wednesday, July 27, 2016

DOKUMEN ATAU HASIL SEBENAR LEBIH SAH (STAFF APPRAISAL REFERENCE)

Perancangan merupakan aspek penting dalam sesebuah organisasi rasmi. Perlu ada keselarasan dengan matlamat keseluruhan organisasi dan rangka tindakan dalam konteks persekitaran yang pesat berubah. Pelaksanaan yang disarankan pula hendaklah dalam bentuk yang boleh diukur oleh ketua organisasi intuk proses pengubahsuaian ad-hoc, penambahbaikan dan ukuran produktiviti pegawai yang berkenaan.

...

...

...

...

...

...

...

...

Tuesday, July 26, 2016

Monday, July 25, 2016

ETIKA ORANG BAHARU DALAM ORGANISASI (THE TRUTH ABOUT YOUNG SUBORDINATES)

Persekitaran sesebuat organisasi yang berkesan

...

...

...

...

...

...

...

Sunday, July 24, 2016

Saturday, July 23, 2016

ANGGARAN TETAMU DAN PESANAN MAKANAN (OVERESTIMATE IN BUDGETING)

Sesekali kita mungkin hadir dalam satu majlis keramaian atau jemputan kenduri kendara, tetapi mendapati hidangan sudah hampir habis. Tinggal hanya kuah dan sayur tanpa lauk. Sebagai tetamu yang beradab, makanan tetap diambil ala kadar dan dibawa ke meja dengan manis muka.

...

...

...

...

...

...

...

Friday, July 22, 2016

JENIS PERTANYAAN YANG PATUT DIELAKKAN (UNWISE COMMUNICATION)

Setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut seseorang melambangkan tahap kebijaksanaan dan kepekaan si penutur. Misalnya, apabila berbual dengan orang lain yang baharu dikenali dalam mana-mana majlis. Biarlah pertanyaan itu bersikap terbuka dan tidak menjurus kepada sesuatu kesimpulan yang belum pasti.

...

...

...

...

...

...

...

Wednesday, July 20, 2016

TAN YEE KHAN MENJENGAH SEKOLAH LAMA (LEGEND AS A BENCHMARK FOR AN EFFECTIVE SCHOOL)

Generasi sekarang mungkin hanya mengenali Datuk Lee Chong Wei, Datuk Misbun Haji Sidek dan Iskandar Zulkarnain sebagai jagoan badminton negara. Nama-nama seperti Punch Gunalan, Ng Boon Bee dan Tan Yee Khan mungkin sangat asing, kecuali nereka menekuni sejarah sukan tanah air. Pada era Tan Aik Huang dan adiknya Tan Aik Mong, serta Abdul Rahman Mohamad, mereka menjulang nama negara sama ada menerusi acara individu mahupun berpasukan.

Pasangan beregu Ng Boon Bee - Tan Yee Khan pernah bertakhta di persada badminton dunia pada pertengahan dekad 1960-an. Memang mereka pernah bertukar pasangan beregu, tetapi gandingan Ng Boon Bee -Tan Yee Khan begitu serasi. Ketinggian fizikal yang jauh berbeza memberikan kelebihan dari segi pergerakan dan taktikal.

Fakta menarik tentang pasangan beregu Ng Boon Bee - Tan Yee Khan ialah mereka belajar di sekolah yang sama, iaitu SMK St. Michael Ipoh (SMI). Barangkali ketika itu, Ipoh menyediakan kemudahan gelanggang permainan dan jurulatih badminton yang berwibawa. Kini, Tan Yee Khan menetap di Pulau Pangkor.

Walaupun bertaraf legenda badminton dunia, Tan Yee Khan kurang menyerlah sebagai jurulatih dan pemimpin organisasi badminton. Alangkah baik jika pengalaman dan pencapaian beliau dikongsi bersama pemain negara dan bakat muda. Mungkin bekas jaguh dunia itu boleh ditawarkan peranan sebagai anggota panel penasihat kejurulatihan dan perancangan basminton negara.

Penulis sukan harus tampil memperoleh input sejarah pembabitan Tan Yee Khan dan nasihat orang lama itu dalam naskhah memoir khas. Sarjana sains sukan juga boleh menggalakkan calon ijazah tinggi melakukan penyelidikan tertentu terhadap tokoh sukan kebanggan negara itu. Jika kena caranya, Tan Yee Khan dan rakan seangkatan beliau pasti sudi didekati.


Bagi warga SMI yang memasuki kurun kedua penubuhannya, Tan Yee Khan merupakan ikon keberkesanan sekolah yang tulen. Pelajar yang bergelar Michaelian semasa beroleh inspirasi untuk berjaya seperti beliau. SMI memiliki bukti betapa persekitaran sekolah yang berkesan menyumbang terhadap pencapaian tertinggi sebagai sang penakluk dunia dalam bidang masing-masing.

Tanggal 22 Julai 2016 bakal meninggalkan kenangan terindah buat Tan Yee Khan justeru dapat kembali menjejakkan kaki ke alma mater beliau. Datuk Tan Yee Khan telah sudi nenerima jemputan sebagai tetamu kehormat majlis hari anugerah ke emerlangan kurikulum. Kesempatan untuk bersua muka dan beramah mesra dengan warga SMI suatu detik berharga.

...

Monday, July 18, 2016

Sunday, July 17, 2016

ANCAMAN PENGGANAS DI MALAYSIA: BALAI BERLEPAS TERHAD PENUMPANG (PRECAUTION TO ANTICIPATE POSSIBLE ATTACK)

Kejadian 84 orang rakyat Peranchis yang terkorban akibat rempuhan sebuah trak ketika ribuan orang sedang asyik menyaksikan pertunjukan bunga api sempena Bastille Day atau hari kebangsaan negara itu menyerlahkan betapa pengganas seolah-olah melalui proses mutasi sepertimana virus berbahaya. Maka, cara mencegah peristiwa keganasan perlu dipelbagaikan. Jika pengganas bertambah licik, pakar keselamatan mestilah memiliki keupayaan yang lebih ke hadapan daripada itu.

Dahulu, Karachi pernah disenaraikan dalam kelompok teratas bandar raya paling berbahaya di dunia. Kini, Paris dan New York juga tidak terkecuali. Kuncu-kuncu pengganas yang terlatih kini bergerak di segenap pelosok dunia sama seperti pakar perisikan terbaik tanpa dapat dikenal pasti secara luaran.

...
 Keratan akhbar Kosmo! Sabtu, 16 Julai 2016
halaman 6

...

...

...

...

...

Friday, July 15, 2016

CUBAAN GULING KERAJAAN TURKI GAGAL LAGI (PROXY IN THE POWER CLASH)

Puak sekular yang menguasai Turki setelah Kamal Antartuk mengambil alih kuasa daripada keruntuhan empayar Othmaniah pada tahun 1924 terus cuba merampas kuasa. Setelah cara-cara membakar persepsi awam buntu, mereka cuba meraih sokongan tentera dan musuh politik kerajaan yang diterajui AKP pimpinan Tayyeb Erdogan. Mereka gagal membuktikan Erdogan hanya lulusan diploma ekonomi, bukan ijazah asas.

...

...

...

...

...

...

...

Thursday, July 14, 2016

Wednesday, July 13, 2016

APLIKASI PENTADBIRAN, PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN DI SEKOLAH (THE EXCERCISE OF POWER IN EDUCATION)

Secara ringkas, pentadbiran bermaksud proses mendapatkan kerjasama demi mencapai matlamat sesebuah organisasi. Pengurusan pula merujuk kepada pencapaian matlamat organisasi menerusi orang lain. Kepimpinan menjurus terhadap proses mempengaruhi orang lain bagi mencapai matlamat organisasi.

...

...

...

...

...

...

...

Monday, July 11, 2016

KEMUDAHAN UNTUK GURU (FRINGE BENEFIT AT SCHOOL)

Dalam satu sembang laman sosial atas talian, seorang guru membangkitkan tentang penggunaan harta awam untuk tujuan peribadi. Salinan pertanyaan kepada seorang ustaz dijadikan sandaran. Memang niat guru tersebut sangat baik dalam konteks tazkiyah an-nafs yang ditafsirkan dalam konteks tasawuf per se.

Contoh yang dibawakan ialah tentang penggunaan elektrik sekolah untik mengecas telefon bimbit. Rentetan itu, rakan yang lain turut memberi maklum balas spontan dengan memberi justifikasi bahawa sebahagian kerja sekolah dilakukan dengan telefon bimbit masing-masing, termasuk membaca komunikasi pentadbiran sekolah seperti jadual guru ganti. Terdapat pula yang memohon izin (halal) bagi tujuan itu.

Ternyata kaum guru masih banyak berkorban dengan menggunakan wang poket sendiri dalam menjayakan tugas mereka. Walaupun menyandang gred pegawai perkhidmatan pendidikan yang tinggi, guru tidak moncah seperti pembantu tadbir di pejabat yang duduk di kerusi eksekutif dengan kelengkapan komputer dan pencetak. Apatah lagi jika dibandingkan dengan pegawai awam dengan gred setara, tetapi siap dengan pembantu peribadi dan pemandu jabatan.

Syarikat swasta ada yang memberikan telefon bimbit percuma dengan peruntukan bulanan untul bayaran. Demikian juga denhan elaun petrol dan lain-lain. Guru juga sering terlepas peluang untuk mengikuti kursus di luar negara justeru kebanyakannya tidak sampai ke sekolah pun.

Maka, apabila hal yang sekecil caj telefon bimbit pun dibangkitkan, jelas bahawa perjuangan untuk menjaga kebajikan guru masih lemah. Baguslah jika guru beranggapan bahawa jika mereka menggunakan perbelanjaan peribadi bagi tugas rasmi sebagai suka rela, mereka memberi penarafan yang rendah kepada kerjaya mereka sendiri. Memang mereka tidak boleh sewenang-wenangnya membuat tuntutan kewangan yang disenaraikan, tetapi tidak bolehkah mereka menganggap bahawa mengecas telefon bimbit sama juga dengan penggunaan air untuk kebersihan diri.

...

...

...

Sunday, July 10, 2016

KISAH DALAM PERJALANAN KETETA API LAJU (ONE WAY TICKET TO DESTINATION)

Sepasang suami isteri dan anak kecil mereka duduk di ruang kafe gerabak C perjalanan kereta api laju dari KL Sentral menuju Ipoh. Rupa-rupanya mereka menggunakan tiket bertarikh semalam. Petugas tren beberapa kali berbincang kerana mengikut peraturan Suruhanjaya Pengangkutan Darat (Spad), mereka kena turun serta-merta. Akhirnya, atas budi bicara ketua petugas, mereka diberikan tempat duduk simpanan di gerabak D.

Penulis blog (PB) ke kafe untuk membeli hidangan malam, iaitu bihun dan kopi putih panas. Harganya RM9.00 dikira munasabah untuk jualan dalam perjalanan. Kemudian, datang petugas tren bersembang tentang pelbagai hal seperti pengalaman bertugas dan kisah umum peribadi.

PB memang sudah biasa menggunakan perkhidmatan kereta api sejak zaman kanak-kanak dari Sungai Tukang Sidin, Permatang Halt, Sungai Kerawai dan Teluk Anson. Ketika itu, bahan api yang digu akan ialah arang batu. Irama roda kereta api menyentuh landasan dan bunyi wisel yang unik masih terngiang-ngiang lagi.

Perkhidmatan kereta api mel biasa pernah melewati era suram sebelum penjenamaan semula perkhidmatan perjalanan antara bandar dan landasan berkembar di sebelah pantai barat. Sistem ini juga bersambung dengan laluan di dalam bandar di sekitar Lembah Kelang dan bakal diperluaskan. Jualan tiket secara atas talian juga memudahkan urusan pelanggan berbanding dengan menunggu di kaunter stesen, terutama pada waktu puncak.

Pekerjaan di dalam geranak kereta api dikira bertuah memandangkan keadaan nyaman pendingin hawa. Risiko untuk kereta api terbabit dengan insiden tidak diingini juga terhad. Pergerakan di sepanjang perjalanan juga stabil, iaitu tiada kejutan seperti pengangkutan darat yang lain.

...

...

...

Saturday, July 9, 2016

Friday, July 8, 2016

WANiTA PURDAH KINI LEBIH BERJAYA (THE RIGHT TO CHOOSE DRESS)

Baru sebentar penulis blog melewati tol Gombak lorong touch n go yang menggunakan sistem imbasan mudah alih. Petugas wanita yang dipanggil jurutol itu bertutup litup, kecuali menampakkan bahagian mata. Dia terlebih dahulu membeli salam dan kemudian mengucapkan selamat hari raya.

Di sepanjang lebuh raya pantai timur (LPT) pula terpampang papan iklan keluaran mesra wuduk yang dimiliki oleh Nurrasya, juga wanita berpurdah. Menerusi maklumat facebook, Nurrasya dikhabarkan memperoleh pendapatan kira-kira RM2 juta setiap bulan. Orangnya masih muda, belum pun mencecah 30-an (betulkan jika tersilap, gunakan ruangan comment di bawah artikel ini).

...

...

...

...

...

...

Thursday, July 7, 2016

PERKHIDMATAN TEKSI DI AMBANG KEJATUHAN? (THE IMPLICATION OF SAVING PARADOX)

Tambang teksi dari KL Sentral menuju Taman OUG, Jalan Kelang Lama yang menggunakan sistem kupon mengenakan caj RM20. Jika pengguna bergerak keluar dan menahan teksi bermeter, caj bagi jarak yang sama (8 km) ialah kira-kira RM13. Bagi pengguna yang sesekali turun ke ibu kota, mereka mungkin tidak berapa kisah.

Namun, bagi warga Kuala Lumpur mereka lebih rela menunggu bas kerana tambang yang dikenakan sama dengan membuka pintu teksi bermeter, iaitu RM3. Jika ada laluan sistem kereta api transit aliran tingan (LRT) atau monorel (MRT), teksi menjadi pilihan terakhir. Maka, tidak hairanlah bahawa pemandu teksi yang ditemui mengeluh kekurangan pelanggan tempatan.

Pemandu teksi terpaksa mewar-warkan perkhidmatan mereka menerusi perkhidmatan radio persatuan, iaitu panggilan telefon atau iklan dalam pelbagai media baharu. Mereka juga menjalin rapport yang baik dengan agensi pelancongan untuk tempahan perjalanan secara ground handling.

...

...

...

...

...

Wednesday, July 6, 2016

Tuesday, July 5, 2016

MASYARAKAT PEMURAH LAMBANG KESYUKURAN (BEGGAR AND FORMAL DONORSHIP TEQUEST)

Pada hari terakhir puasa tahun 1437 hijriyyah di sebuah bazar ramadan, kelihatan seorang mak cik duduk di celah-celah kesesakan laluan orang ramai membeli juadah berbuka. Dia menadah bekas plastik kecil bagi mengemis simpati orang ramai. Duit syiling memang tidak sesuai ketana boleh celus di bahagian bawah bekas itu.

Pemerhatian selama satu minit sahaja menunjukkan mak cik berkenaan mampu memprroleh RM3.00. Andai kata menerusi hitungan konservatif, satu jam dia beroleh RM120, jika tiga jam tidakkah dalam lingkunfan RM300? Kajian penuh bolehlah ditadbirkan secara tertib bagi mengumpulkan data yang tepat.

...

...

...

...

...

...

Monday, July 4, 2016

LETUPAN DI MADINAH: KESELAMATAN JEMAAH MESTI DIUTAMAKAN (NARROWING DOWN ROOT OF THE PROBLEM)

Masih terlalu awal untuk menyatakan secara pasti tentang punca kejadian letupan di luar Masjid Nabawi di kota Madinah pada waktu
 Maghrib tadi di sana. Pakar keselamatan, termasuk unit forensik bakal mencari bukti bagi tujuan itu. Dua jiwa dilaporkan terkorban dalam peristiwa berkenaan.

Memandangkan musim haji akan bermula dalam tempoh dua bulan, segala sudut keselamatan para jemaah wajib diberi tumpuan yang tuntas. Kesan psikologi beberapa peristiwa seperti rempuhan jemaah, runtuhan kren, nahas pengangkutan dan ancaman kumpulan taasub mesti ditangani segera. Pengalaman mengendalikan lebih dua juta orang jemaah haji berdaftar dari seluruh pelosok dunia saban tahun perlu digembleng bersama pasukan pemikir khusus tentang keselamatan tetamu Allah di Madinah dan Makkah.

Projek pembesaran kawasan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram masih berjalan. Hotel kos rendah, lot perniagaan dan  beberapa mercu tanda bersejarah seperti Masjid Abu Hurairah (masjid kucing) kini sudah tiada lagi. Demikian juga peluasan laluan tawaf dan saie yang dilaksanakan demi keselesaan jemaah. Laluan jamrah (tempat melontar) di Mina juga dijadikan lima tigkat bagi mengelakkan rempuhan dua hala.

Kecekapan pasukan keselamatan dan perisikan Arab Saudi terus diperkasakan. Kerjasama Pertubuhan Negara Islam (OIC) patut dijanakan ke tahap optimum. Sumber kepakaran keselamatan umat Islam boleh dikerah sepenuhnya.

...

...

...

...

...

...


Saturday, July 2, 2016

Friday, July 1, 2016