SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, April 1, 2017

PERSEDIAAN PDPC TINGKATAN 6: PUN TERBABIT? (THE OLD WAY OF PRE-UNIVERSITY STUDY)

Pendahuluan
 
Pegawai tinggi pendidikan yang duduk di kerusi empuk bilik berhawa dingin dengan kemudahan komputer dan mesin cetak memang banyak idea. Malangnya, idea yang dicetuskan itu terpaksa dilaksanakan oleh pihak lain, iaitu guru penolong di sekolah. Maka, guru yang berada pada kedudukan paling tidak berdaya (disadvantage) tiada pilihan selain akur.
Sistem pengajian prauniversiti tingkatan enam yang dijenamakan semula sejak tahun 2008 terkena tempias yang serupa, khususnya yang masih berstatus mod B dan mod C. Pelajar tingkatan enam yang sepatutnya dibiasakan dengan sistem pengajian di kampus kini kembali dengan pedagogi murid sekolah menengah, walhal sepatutnya ke arah pembelajaran orang dewasa (andragogi). Setelah lesu dengan kerja kursus, mereka dikerah ke kelas tuisyen ala harapan lulus (halus) supaya sasaran sekolah tercapai.
Aplikasi PdPc dan model dalam pengajian prauniversiti
 
Hakikatnya, pengajian tingkatan 6 telah sekian lama menggabung jalin antara sejumlah isi pelajaran dengan kaedah penyampaian dan persembahan tertentu, bergantung kepada mata pelajaran. Misalnya, dalam mata pelajaran Pengajian Am, kemahiran alih komunikasi media telah diperkenalkan sejak lama. Pengajian ekonomi pula memang sudah sinonim dengan penggunaan model grafikal dan persamaan matematik.
Pelajar tingkatan 6 perlu banyak menggunakan sejumlah pemboleh ubah yang dapat menjelaskan hubungan antara peristiwa yang rencam dengan cepat dan tepat. Andai kata pelajar masih terkial-kial dengan penggunaan aplikasi matematik dan lojik yang asas, mereka sendiri bertanggungjawab belajar dengan lebih keras daripada pelajar lain. Jika guru perlu melayan hal itu, mereka berlaku tidak adil kepada pelaajar yang telah bersedia dan berdaya usaha tinggi.

...
 
...
 
...
 
...
 
...
 
...
 
...
 
...
 
...
 
...
 
...
 
...

No comments: