SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, November 12, 2017

SENARAI SEMAK TUGAS HUJUNG TAHUN (CLOSING THE BOOKS)

Sesi persekolahan 2017 menutup tirai mulai tanggal 25 November ini. Kini, para guru mempunyai baki masa dua minggu bagi membereskan urusan dokumentasi, laporan dan kandungan fail tertentu. Bagi guru yang tidak terbabit dengan pengawasan peperiksaan, jika tiada tugas guru ganti kelas tingkatan 3 dan 4, mereka boleh memanfaatkan masa yang terluang bagi memastikan bahawa segala maklumat yang diperlukan berjaya diisi.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Saturday, November 4, 2017

DEBARAN CALON STPM 2017 BERMULA (HALF STEP TO UNIVERSITY)

Disalin daripada:


KUALA LUMPUR: Seramai 45,303 calon akan menduduki peperiksaan Penggal 3, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 di 683 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula 6 November hingga 14 November ini.
Daripada jumlah itu, seramai 44,819 calon membabitkan sekolah kerajaan, calon sekolah swasta (222), calon persendirian (254) dan sekolah kerajaan negeri (lapan).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Majlis Peperiksaan Malaysia, seramai 50,011 calon pula akan menduduki peperiksaan Penggal 1, STPM 2018 pada 15 November hingga 21 November ini di 670 pusat peperiksaan.


Daripada jumlah itu, seramai 49,746 calon daripada sekolah kerajaan, sekolah swasta (168), persendirian (80) dan 17 calon sekolah kerajaan negeri.
Selain itu, peperiksaan ulangan Penggal 1 STPM 2017 juga akan diadakan pada 15 November hingga 21 November ini membabitkan 41,078 calon, manakala peperiksaan ulangan Penggal 2 STPM 2017 akan diadakan pada 22 November hingga 28 November ini (40,289 calon).
Menurut kenyataan itu lagi, ujian bertulis Malaysian University English Test (MUET) sesi November 2017 pula akan dijalankan pada 4 November ini di 483 pusat ujian membabitkan seramai 48,065 calon.
Sehubungan itu, calon dinasihati supaya sentiasa membawa kad pengenalan masing-masing ketika hadir bagi menduduki peperiksaan itu.
Bagi calon persendirian, mereka hendaklah juga membawa slip Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) bagi peperiksaan STPM dan slip daftar MUET (MUET/D) bagi MUET semasa hadir menduduki peperiksaan ini.
Calon boleh mencetak LPKC dan MUET/D masing-masing melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) http://www.mpm.edu.my.
Calon juga dinasihati agar menyemak nama pusat peperiksaan yang akan diduduki bagi mengelak daripada hadir di pusat peperiksaan yang salah.
Jika berlaku sebarang bencana alam pula, seperti banjir atau tanah runtuh, dan calon mendapati sukar untuk sampai ke pusat peperiksaan, mereka dinasihati supaya pergi ke pusat peperiksaan yang berdekatan dan melaporkan diri kepada Ketua Pengawas di pusat peperiksaan yang berkenaan bagi menduduki kertas peperiksaan pada hari berkenaan.
Bagi menghadapi sebarang kemungkinan itu semasa peperiksaan STPM dan MUET berlangsung, MPM membuka Bilik Gerakan yang boleh dihubungi melalui telefon di talian 03-61261668.
Bilik Gerakan ini beroperasi dari jam 7 pagi hingga 5 petang. Talian telefon lain yang boleh dihubungi ialah 03-61261600 (Am)/03-61261650/03-61261651/03-61261653/03-61261661/03-61261662.